Tag Archive | rumah baru

Rumah Baru..

Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysiarumah-baru

Bersua lagi kita dan pada kali ini ustazah nak berkongsi tajuk “RUMAH BARU.. tapi bukan cara nk beli rumah baru..TETAPI APA YG PERLU KITA LAKUKAN APABILA MASUK RUMAH BARU, atau kita berpindah ke RUMAH BARU.. Ustazah dapat info ini dari hasil pembacaan ustazah pd ptg tadi d suatu majalah.

Haa..tentunya ada rakan2 dan pembaca yg telah membeli rumah baru dan pada tahun baru 2012 ini akan berpindah dari rumah sewa ke rumah sendiri kan? ustazah mengucapkan tahniah dan selamat berpindah ke rumah sendiri..tp tk kiasah la..kalau pembaca berpindah ke rumah sewa yg baru..

Di sini ustazah ingin berkongsi petua atau tips2 berpindah ke rumah baru..

Apa yg perlu dilakukan ialah:

1. AZAN

Dalam sebuah hadis Rasullullah saw pernah berpesan sekiranya banggunan atau rumah yg terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ia akan dimasuki sejenis makhluk yg dikenali sbg Al-Ammar. Ia suka tinggal di rumah yg tak berpenghuni. Oleh itu laungkan azan pada pertama kali anda masuk ke rumah baru anda itu ya..

2. MEMBACA SURAH AL-BAQARAH:

Rasullullah bersabda: ” Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya utk tidur shj) sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yg dibacakan surah Al-Baqarah ” (Hadis riwayat Abu Hurairah r.a)

sekurang2nya amalkan membaca 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah.

3. BANYAKKAN SOLAT DAN MEMBACA QURAN:

Rasullullah saw bersabda : ” Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran ” (riwayat al-Baihaqi)

4. BACA SURAH YAASIN , AL-FATIHAH DAN AL-IKHLAS:

Amalkan membaca surah2 tersebut insyaAllah kita akan terpelihara dan akan dilindungi dari gangguan makhluk2 halus dan dikhuatiri akan mengganggu anak2 kita yg masih baby atau kecil.

Selamat beramal

-USTAZAH AZIMAH-