Tag Archive | Add new tag

Dosa atau tak??..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..

Bertemu lagi kita pada kali ini dan ustazah suka nak berkongsi dgn pembaca semua tentang pertanyaan yg selalu di ajukan kepada ustazah iaitu.. sbg contoh “ustazah saya buat dot dot ni berdosa ke? tp niat saya baik?”. atau “ustazah saya pakai ini ini..berdosa ke? tp bos tempat keje saya yg suruh.”

Biasanya ramai antara kita sudah tahu, samada sesuatu itu berdosa atau tidak, perkara yg dilakukan kerana memang jelas perkara itu maksiat atau perkara yg boleh mendatangkan dosa.

Tapi jika perkara yg kita lakukan itu tidak dinyatakan dengan jelas haramnya. Kita dah lakukan perkara itu..lepas tu kita rasa tk sedap hati samada yg kita lakukan itu BERDOSA atau TIDAK??

Hadis Nabi saw bersabda:

” Apabila beliau ditanya apakah itu DOSA? Baginda menjawab DOSA itu sesuatu yg dilakukan yang menyebabkan RESAH diHATI kamu dan kamu tidak suka orang lain TAHU dan MELIHAT kamu melakukannya

Jadi jelas di sini kepada sesiapa yg bertanya soalan kepada ustazah tentang soalan yg sebegini:

“as salam ustazah nk tnya pendpt ustazah tentang sambutan hari krismas adakah berdosa besar kah sekiranya kmi meraikan perayaan krismas bersama kwn2 ditempat kerja kerana setiap perayaan pasti kmi semua meraikan just for fun…dan kami ada mengambil gambar sambil memakai topi krismas tu..”

dan satu hadis Nabi saw juga bersabda:

“Barang siapa yg meniru perbuatan sesuatu kaum, maka dia juga adalah dari kalangan mereka itu”

wallahualam

-ustazah azimah-

Tahun baru..semua baru?

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahteragambarperhimpunan2011baru_n

Tahun 2010 telah meninggalkan kita, kini kita semua berada di tahun yang baru iaitu tahun 2011. Semuanya baru semangat baru, azam baru dan macam2 lagi.

Untuk anak2 yg bersekolah yg memulakan sessi persekolahan baru bagi 2011 merengek2 minta dibelikan semua kelengkapan yg baru, kasut baru, baju sekolah baru, beg baru, stokin baru dan lain2 lagi..

Perlukah semuanya baru? mungkin perlu dan mungkin juga tidak..

tapi dari segi psikologinya perlulah sesuatu yg baru..kerana menjadi fitrah manusia memang sukakan yg baru.  Tambahan pula kanak2.. bila ke sekolah pada hari pertama persekolahan dgn pakaian yg baru dan semangat yg baru. Ada yg bangun pd hari pertama tk perlu dibangunkan oleh ibubapa.. sampai begitu sekali penangan ‘BARU’ dalam kamus hidup kanak2.

Tapi jika keluarga yg kurang kemampuan bagaimana mereka hendak menyediakan semua keperluan anak2 dgn serba baru.. sedih juga jika memikirkan perkara itu. Alhamdulilah syukur kita dan terutama diri ustazah sendiri kerana dapat menyediakan keperluan anak2 ustazah dgn pakaian baru dan buku2 keperluan sekolah shj yg baru. Beg yg masih elok tidak pula diganti kerana boleh diguna pakai lagi. Diterangkan kepada anak2 dan alhamdulillah mereka memahami. Jika membazir kawan siapa..? kawan syaitan kata anak2 ustazah. Terkesan jugalah sikit2 adab dan aqidah yg diterapkan sejak kecil lagi.

Pada hari pertama ke sekolah ustazah nampak semua murid yg memakai uniform baru ..wajahnya ceria dan yakin. Semoga murid2 akan menjadi khalifah di muka bumi ini usatazah doakan kalian semua menjadi anak yg soleh dan solehah, dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Wassalam

-ustazah azimah-