Blog Ustazah Azimah

Buat Yang Disuruh, Tinggal Yang DiLarang..

Jom amalkan..Sujud Syukur

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..orgsujud

Syukur ke hadrat Illahi kerana diberiNya kita kesihatan yg baik, kemudahan urusan dan berbagai2 lagi nikmat dan pemberianNya yg tidak ternilai kepada kita setiap hari..

Sedapnya nasi dan lauk yg kita makan, sejuknya air yg kita minum..: “Nikmat Tuhan yg manakah yg hendak kamu dustakan..” terjemahan ayat surah Ar Rahman.

Jom kita semak dan selidik sudah berapa tahun umur kita di atas muka bumi Allah ini, berapakalikah kita pernah melakukan sujud syukur sebagai tanda syukur dan terima kasih kita kepada Allah swt Tuhan sekelian Alam.

Oleh itu hari ini suka ustazah berkongsi cara2 sujud syukur mengikut Imam Syafie

1. Berniat

2. Sujud seperti sujud dlm solat fardhu (sekali shj)

3. Bacaan ketika sujud sama seperti bacaan ketika sujud biasa juga. Selepas itu berdoalah kepada Allah mohon dan kemukakanlah permohonan dan hajat.

Selepas itu memberi salam.

Akhir kata jom kita amalkan sujud syukur..

-ustazah azimah-

4.

Doa elak rasa malas,takut,elak hutang..

Assalamua’laikum wbt dan Salam Sejahtera

Hari ini suka ustazah nak kongsikan dengan semua pembaca yg dirahmati Allah sebuah doa yg sesuai diamalkan selepas solat. Doa berikut ialah:

doa-elak-malas

Adab Menziarahi Kubur..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah..kubur

Bertemu lagi kita pada kali ini dengan izin dari Nya, tajuk yg hendak ustazah kongsikan kali ini ialah ” ADAB MENZIARAHI KUBUR”

Adab-adab menziarahi kubur ialah:

1. Berpakaian kemas, menutup aurat dan sesuai

2.  Memberi salam kepada ahli kubur dgn ucapan ” Assalamua’laikum ya ahlil kubur..”

3. Membaca ayat1 suci alquran (memadai alfatihah atau surah AlIkhlas)  atau bertahlil

4. tidak melangkah di atas kubur

5. tidak bermain-main atau berlari (khusus kpd anak2 kecil)

6. tidak berbual-bual kosong

7. menjaga persekitaran tanah perkuburan

sekian dahulu buat kali ini..

wassalam

-ustazah azimah-

Darurat dalam Islam..

Assalamualaikum wbt dan Slam Sejahtera..

Ustazah suka berkongsi tajuk DARURAT DALAM ISLAM….” hari ini memandangkan ada seorang pelawat yg bertanyakan apakah maksud DARURAT..

Darurat bermaksud suatu keperluan yang mendesak , tidak dapat dihindari ataupun sesuatu yang memaksa.

Dalil bagi darurat ialah:

1.  ” Sesungguhnya Dia mengharamkan ke atas kamu bangkai, darah, daging babi, dan daging haiwan disembelih dengan (menyebut nama) selain dari Allah. Tetapi barangsiapa terpaksa (memakannya) bukan kerana menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas , maka tidak ada dosa baginya. Sungguh Allah Maha Pengampun , Maha Penyayang”. (AlBaqarah:173)

2. ” Dan Mengapa kamu tidak mahu memakan  dari apa (daging haiwan)  yg (ketika disembelih) disebut nama Allah, padahal Allah telah menjelaskan kepadamu apa yg diharamkan-Nya kepadamu, kecuali jika kamu dalam keadaan terpaksa. Dan sungguh, banyak yg menyesatkan orang dgn keinginannya tanpa dasar pengetahuan. Tuhanmu lebih mengetahui orang-orang yg melampaui batas “. (AlAn’am:119)

Darurat juga bermaksud jika tidak kita lakukan boleh mengancam jiwa/nyawa. Maka dalam keadaan darurat seseorang dibolehkan melakukan sesuatu yang dilarang (demi menyelamatkan jiwa dari kematian)

Kesimpulannya:

Darurat mengikut kaedah qawaidh fiqhiyyah dirumuskan sebagai sesuatu keadaan yg kalau tidak dilakukan seseorang boleh mati kerananya , keselamatan jiwa adalah ukurannya..

wallhualam

-ustazah azimah-

terjemahan selawat Nariyah/Tafrijiyah..

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera..

Alhamdulilah syukur kita kehadrat Illahi dgn limpah kurniaNya dpt kita bersama2 lagi berkongsi ilmu. Hari ini suka ustazah nk kongsikan terjemahan selawat Nariyah/Tafrijiyah.

solawat_tafrijiyyah2

“Wahai Tuhan Kami, limpahkanlah rahmat dan nikmat yg sempurna dan kesejahteraan yg meluas ke atas penghulu kami Nabi Muhammad saw yg dengan berkatnya semoga akan terurailah segala simpulan, ikatan dan akan terhapuslah segala kesusahan serta tertunailah segala hajat, juga akan tercapailahsegala maksud dan kesudahan umur yg baik (mati dalam aman) , dan limpahan air hujan rahmat  dengan berkat peribadinya yang mulia. Dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya pada setiap kerdipan mata dan hembusan nafas, maka semoga Engkau limpahankan rahmat kesejahteraan dan keselamatan yang cukup sempurna”.

Di amalkan  kali setiap kali lepas solat fardhu atau pada bila2 masa kita lapang fadhilatnya ialah mustajab doa, meluaskan rezeki, dijauhkan bahaya dan menghilangkan segala dukacita..InsyaAllah dengan izin Allah jua.

-ustazah azimah-

Terjemahan Doa Khatam Quran..

Assalamualaikum wbt dan salam Sejahtera

Dengan Limpah kurnia dari Allah swt ustazah mampu lagi utk bersama2 berkongsi dengan tajuk  ” Terjemahan Doa Khatam Quran”

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

Segala puji bagi Allah Tuhan yg memelihara dan mentadbir sekelian alam. Pujian orang2 yg bersyukur dan kesudahan yg baik bagi orang yg bertaqwa. selawat dan salam ke atas Rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat2nya.

Ya Allah ya Tuhan kami, terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah yg Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui,. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah yg Maha menerima taubat lagi mengasihani, Tunjukilah kami dan bimbinglah kami kepada kebenaran jalan yg lurus dengan berkat Al-Quran. Ya Allah kasihilah kami dgn berkat AlQuran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, pertunjukdan rahmat untuk kami.

Ya Allah ingatkanlah kami apa yg telah kami lupa dari AlQuran, dan ajarkan kami apa yg tidak kami tahu tentang isi AlQuran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada tiap waktu siang dan malam, dan jadikanlah AlQuran itu sebagai hujah untuk kami. Wahai Tuhan pemeliharaan sekelian alam.

Ya Allah hiasilah diri kami dengan keindahan AlQuran, muliakanlah kami dgn kemuliaan AlQuran. dan serikanlah hidup kami dengan ketinggian martabat AlQuran. dan pakaikanlah kami pakaian permata AlQuran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat AlQuran. Selamatkan kami dari segala bencana dunia dan azab hari akhiratdgn berkat kehormatan AlQuran.

Ya Allah jadikanlah AlQuran semasa hidup kami didunia sebagai rakan, dan di dalam kubur sebagai kawan yg mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghalang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah AlQuran utk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaanMu jua ya Allah, Tuhan yg Maha Pemurah.

-ustazah azimah-

Terjemahan Doa Selepas Baca Ma’thurat..

Assalamualaikum wbt.. Salam perpaduan

Alhamdulilah dgn limpah kurnia dari_Nya, ustazah mampu meluangkan masa untuk mengemaskini tulisan ustzah pada hari ini.

Suka ustazah nk kongsikan hari ini “Terjemahan Doa Selepas Baca Al-Ma’thurat”

Bismillah hirrahmanir rahim..

Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (nama)Mu, hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat)Mu, serta badan yg ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)Mu.

Ya Allah, kurniakanlah kami iman yg sempurna,hati yg khusyuk, ilmu yg berguna, keyakinan yg benar-benar mantap. YaAllah kurniakanlah kami (din) cara hidup yg jitu dan unggul, selamatkanlah kami dari segala bahaya dan petaka. Kami mohon Ya Allah kecukupan yg tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orglain.

Ya Allah Berikanlah kami iman yg sebenarnya sehingga kami tidak gentar atau mengharap oranglain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yg bersama-sama kami.

Ya Allah, Janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri walaupun  kadar sekelip mata atau kadar yg lebih mudah dan cepat wahai Tuhan yg memperkenankan doa (perkenankanlah)

selepas itu berselawatlah ke atas Nabi Muhammad saw

Doa ini boleh juga di baca ketika lepas solat fardhu

-ustazah azimah-