Blog Ustazah Azimah

Perkongsian Ilmu Berkaitan Hal Keagamaan

Zakat..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah

Hari ini ustazah suka nak kongsi tajuk “ZAKAT ” bukannya apa, sbb sekarang ini ramai orang tengah sibuk2 isi e-filling. Jadi ustazah nak ingatkan tentang zakat sama, bagaiman dan ditunaikan ataupun belum. Ustazah Alhamdulillah kedua2nya pun dh selesai. Sekarang ni nak bayar zakat pun senang guna maybank2u pun boleh. Canggih sungguh zaman teknologi serba maju ni kan..

Adapun zakat itu rukun islam yang ke 4, maksudnya bila dah rukun tu wajib buat le kan.

1. Pengertian Zakat:

menurut bahasa Arab ialah bersih, suci, bertambah, dan berkembang

menurut syarak pula ialah kadar tertentu daripada harta kita yang wajib disedekahkan.

2. Harta yang wajib dizakatkan pula ialah:

2.1 Emas dan perak

2.2 Haiwan ternakan

2.3 Hasil tanaman

2.4 Barang perniagaan

2.5 Gaji bulanan

2.6 Pendapatan Hasil Sewaan

2.7 Wang simpanan

3. Orang yang wajib zakat :

3.1. Muslim (beragama islam)

3.2 Baligh

3.3 Berakal

4. Dalil Naqli wajib zakat :

4.1 ”Ambillah daripada harta mereka akan sedekah” surah altaubah:103

4.2 perkataan zakat disebut dlm quran hampir 30kali  bermaksud

” dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat”

4.3 Hadis Nabi ” tangan yg di atas adalah lebih mulia dari yg di bawah” (riwayat muslim)

5. KEPENTINGAN BERZAKAT:

5.1 Terbilang sebagai rukun

5.2 Sering disebut di dalam Quran

5.3 Penawar duka pada yg susah

5.4 Zakat satu cara untuk bersyukur

5.5 Menjadikan harta itu berkat

Semoga catatn ustazah kali ini bermanfaat buat semua pembaca ya.

Wassalam

-ustazah azimah-

Cerita anak soleh ..

gmbar-anak-dan-ibu-bapaAssalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah segala puji dan syukur kepada Tuhan Sekelian Alam, kita dapat bertemu lagi pada catatan dan tulisan ustazah kali ini. Suka ustazah berkongsi satu cerita dengan semua pembaca yang dirahmati Allah

Satu cerita tentang kisah “seorang anak yang memuliakan kedua ibu bapanya walaupun ibu bapa telah bertukar menjadi babi”.

Di zaman Nabi Musa a.s ada seorang pemuda yang memuliakan ibu bapanya. Lalu Nabi Musa a.s pergi ke rumah pemuda itu untuk melihat apakah amalan yang dilakukannya itu. Setelah memberi salam pemuda itu menjemput Nabi Musa a.s masuk ke dalam rumahnya. Baginda pun duduk di ruang tamu rumah pemuda tersebut.

Namun pemuda itu tidak melayan Nabi Musa a.s dan hairanlah Nabi Musa akan tingkah laku pemuda itu, dia terus masuk ke dalam bilik kemudian membawa seekor babi betina keluar dari bilik itu, dia mendukungnya dengan cermat, kemudian memandikannya. Nabi Musa sekali lagi kehairanan dan berbisik sendiri di dalam hati baginda ” apakah ertinya semua ini?”

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap hingga kering serta dipeluk dan dicium kemudian dihantar semula ke dalam bilik tadi. Selepas itu pemuda itu keluar semula dengan seekor babi jantan pula dan lebih besar sedikit dari yang tadi. dan diperlakukan seperti babi yang sebelumnya juga.

Selepas semua kerja selesai barulah ia melayan Nabi Musa a.s. Lalu Nabi Musa a.s bertanya kepada pemuda itu tadi ” Apakah agama tuan hamba?” . “Islam agamaku” jawab pemuda itu ringkas. ” Habis kenapa kamu membela babi?” tanya Nabi Musa a.s lagi.

Wahai tuan hamba kedua-dua babi yang aku dukung, dan aku mandikan itu tadi ialah ibu bapa kandungku, Oleh sebab mnereka banyak melakukan dosa besar, Allah telah menukarkan rupa mereka kepada rupa babi yang hodoh. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain, itu urusannya sama Allah. Aku sebagai anak tetap melaksanakan tanggungjawabku kepada mereka berdua. Hari-hari aku berbakti kepada kedua orang tua ku itu sepertimana yang tuan hamba lihat tadi”.

sambungnya Setiap hari aku berdoa semoga Allah berikan rupa ayah dan ibu muka rupa mereka yang asal, tetapi Allah belum lagi mengkabulkannya, tambahnya lagi

Maka ketika itu juga Allah berfirman dan menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s “Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti hasil  baktinya yang sangat tinggi kepada ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dan hodoh dengan rupa babi pun dia tetap juga berbakti. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami”.

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud ” Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di neraka telah kami tukarkan / pindahkan ke dalam syurga”.

Begitulah tadi wahai pembaca betapa mulianya si anak itu yang sanggup berbakti kepada kedua ibubapa walaupun rupa keduanya telah ditukar oleh Allah menbjadi sangat buruk. Ini kan pula kita ibu dan ayah kita masih handsome ibu pula masih ayu.. sanggupkah kita mempersiakan mereka.

Ustazah sudah tidak ada ibu bapa lagi kerana kedua2nya telah pun kembali ke rahamatullah, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin dan syuhada’.

Wassalam

-ustazah azimah-

Agar mudah bangun Tahajud..

Assalamualaikum WBt dan Salam Persaudaraan ..kanak2solat

Pada kali ini suka ustazah berkongsi tajuk bagaimana untuk kita mudah bangun malam atau dengan kata lain senang nak bangun solat tahajud. Ye lah kan.. dh tidur sedap2 dah lena dan nyenyak bukan senang nak bangun semula…

Apatah lagi lah bila kita nak lakukan solat malam atau Qiamullail..

Jom kita cari macamana caranya hendak mudah bangun.. jom!

1. Kurangkan makan makanan berat pada waktu malam

2. Tidur awal - antara 10pm-11pm

3. Berusaha dan berazam dan berniat hendak bangun solat / lakukan qiamullail

4. Pesan kepada ahli keluarga yang lain minta tolong dibangunkan/gerakkan

5. Boleh juga berpakat dengan jiran- wah bagusnya jika kita dapat jiran yg sedemikian ye.. tp ustazah berjiran dgn cina.. susah le sikit he3

6. Elakkan melakukan kerja2 yang berat sebelum tidur

7. Elakan bersukan sebelum tidur

8. Jangan suka mengumpat , mencaci orang

Itulah diantara beberapa perkara yg boleh kita ikuti dari pembacaan ustazah melalui majalah Anis baru2 ini

wassalam

-ustazah azimah-

Bersilaturahim dengan Ahli Keluarga..

Assalamualaikum WBT dan Salam Ukhwahimagesbersalaman

Bertemu lagi kita pada kali ini dengan izin Allah dengan rahmat juga kasih sayangNya ustazah bersyukur kerana mampu menulis dan berkongsi ilmu dengn semua rakan2 pembaca yang dirahmati Allah SWT semuanya.

Abu Laits Assamamrqandi berkata:

Jika seseorang itu dekat dengan ahli keluarganya maka ziarahilah mereka, tidak dapat membantu dengan harta, memadai dengan tenaga dan jika berjauhan utusilah surat dan yang terbaik ialah menziarahi mereka.

Mari rakan2 pembaca yang dirahmati Allah kita cari tahu apakah kelebihan bersilaturahim dengan ahli keluarga sendiri iaitu:

1. Mendapat keredhaan Allah swt

2. Dapat mengembirakan mereka, menurut sebuah hadis yg bermaksud “amal yang paling utama ialah menyenangkan hati orang mukmin”

3. Malaikat juga turut bergembira dengan orang yang suka bersilaturahim

4. Mendapat pujian dari kaum muslimin

5. Iblis berdukacita ( padan muko iblis laknatullah tu kan..)

6. Allah swt akan memanjangkan umur kita

7. Rezeki diluaskan dan diberkati Allah swt

8. Melapangkan roh ahli keluarga yang telah meninggal dunia

9. Dapat memupuk rasa kasih sayang, saling bantu membantu dikalangan ahli keluarga

10. Apabila ia meninggal dunia, ahli keluarga akan sentiasa ingat dan mendoakan kebaikan untuknya. Pahalanya akan bertambah InsyaAllah

Begitulah bagusnya jika kita selalu bersilaturrahim tidak kira dengan sesiapa pun, terutama keluarga kita.. Dan dalam kitab yang pernah ustazah baca ada menyebutkan setiapkali kita bersalam apabila bertemu sesiapa tak kira saudara, rakan2 dosa2 kecil kita kan terhapus dengan sambung ikatan silaturahim itu. Hebatkan.. !

Sekian wassalam

-ustazah azimah-

Demi Masa..

Assalamualaikum WBT dan Salam Ukhwah..

Bertemu kita lagi setelah lama ustazah tidak mengemaskini blog ustazah ni tk bertengok. Sibuknya Ya Allah mengalahkan menteri besar he he.. Isnin sehingga Jumaat sekolah macam biasa, Sabtu jadi guru pengiring bawa murid ke Pertandingan Majlis Tadarus Quran, hari Ahadnya pula pagi2 dh ke Dewan Serbaguna untuk menghantar anak2 ustazah ujian Taekwando untuk ambil tali pinggang merah dan merah hitam(1st poom). memang tkde rehat..

Oleh itu hari ini ustazah suka berkongsi dgn pembaca yang dirahmati Allah tajuk Demi Masa.. iaitu terjemahan Surah Al-Asr.

surah-al-asr2

Maksudnya:

1. Demi Masa

2. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian

3. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan2 dengan kebenaran serta berpesan2 dengan sabar

Pengajaran ayat di atas:

1. Masa itu amat berharga

2. Masa yang berlalu tidak akan berulang lagi

3. Jangan suka bertangguh kerja (ibadat2 seharian)

4. Sentiasa berpesan2 dan saling ingat memperingati sesama kita dalam hal2 kebaikan dan mencegah kemungkaran

5. Jika kita lalai dan tidak memperdulikan pesanan dan peringatan yang baik kita akan rugi dan malang

Wassalam

Adab bersahabat..

Assalamualaikum WBt dan Salam Sejahterakanak2

Syukur kehadrat Illahi kerana kita mampu bertemu lagi buat kesekian kalinya, dikesempatan ini ustzah ingin kongsikan tajuk “Adab bersahabat”

Terdapat Hadis Nabi saw yang bermaksud : ” seseorang itu atas agama perjalanan rakannya, maka hendaklah diperlihatkan siapa yang harus dipilih sebagai teman/rakan”

Ayat ini menegah kita bersahabat dgn orang fasik yang sentiasa melanggar perintah Allah walaupun adakalanya dia melakukan amal ibadat.

Al-QAmah  memberikan panduan kepadan anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:

1. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.

2. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan darimu dia akan menghargainya

3. Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu

4. Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Selain itu Allah swt juga menegaskan kepada kita bahawa betapa pentingnya menjalinkan persahabatan dengan orang2 yg beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia yg dapat bersama-sama menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini seperti di dalam firmanya yang bermaksud:

“Berpegang teguhlah dengan tali (agama) Allah bersama-sama dan janganlah engkau berpecah belah” - Surah Ali Imran:103

Semoga catatan ustazah kali ini memberi panduan atau tip2 mencari sahabat yang baik.

Wassalam

-ustazah azimah-