Blog Ustazah Azimah

Perkongsian Ilmu Berkaitan Hal Keagamaan

Tanda-tanda Kenabian..

Bersempena dengan kedatangan Ulang tahun Kelahiran Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad saw.

Nabi Muhammad dilahirkan pada 12 RabiulAwal Tahun Gajah, subuh Isnin.

Nabi Muhammad saw telah dilahirkan dengan tanda2 kenabiannya seperti:

1. SEBELUM KELAHIRANNYA:

-Ibunya sering bermimpi akan cahaya putih yang bersinar dan menerangi Mekah.

-Raja Abrahah (Raja Parsi) telah menyerang Mekah untuk ,meruntuhkan Kaabah tetapi tidak berjaya kerana Allah telah mengutuskan burung Ababil untuk menghapuskan Tentera Bergajah Abrahah itu. Kerana itu jugalah Tahun itu dinamakan tahun gajah.

-Ibunya mengandungkannya akan hal keadaannya sangat ringan walaupun sudah cukup bulan

2. SEMASA DILAHIRKAN :

- Api sembahan Majusi itu yang bernyala dari ribuan tahun lalu terus terpadam secara automiknya

- Sesudah dilahirkan keadaanya tangannya melekap kebumi, mukanya mendongak ke langit (sudah merangkak)

- sudah berkhatan (bersunat)

3. SESUDAH DILAHIRKAN :

- semasa Nabi saw berumur 4 tahun dadanya dibedah oleh Malaikat dan dicuci hatinya dgn air zam zam

- semasa berumur 6 tahun Nabi saw mengikut bapa saudaranya Abu Talib berniaga ke Syam, semasa berjalan awan sentiasa memayungi beliau.

Begitulah kisah Kelahiran Nabi saw yang sangat berbeza dengan kelahiran kita atau bayi2 biasa. Kerana Allah ingin menunjukkan kepada kita semua bahawa Nabi saw itu sangat istimewa dan hebat orangnya sejak dari sebelum , semasa dan selepas beliau dilahirkan.

Jika kita inginkan syafaat dan pertolongan Nabi saw hendaklah kita rajin dan selalu berselawat ke atas baginda.

Wallahu’alam

-ustazah azimah-

Sifat-sifat Mazmumah(tercela)..

Assalamualaikum WBT dan Salam Ukhwah

Bertemu lagi kita pada kali ini dan suka ustazah berkongsi tajuk “Sifat2 Mazmumah/ sifat2 yg tercela”

Sifat Mazmumah ialah sifat2 yg tidak baik dan tercela, juga sifat yg patut kita jauhi.

Menurut Imam Ghazali antara sifat2 Mazmumah ialah seperti berikut:

1. Gemar Makan dan Minum:

Hadis Nabi saw maksudnya ” Yang terlebih Afdhal(utama) pada Allah swt ialah orang yg banyak berlapar dan banyak tafakur (berfikir sambil meneliti) Dan yang terlebih benci kepada Allah ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum”.

2. Banyak berkata-kata(yg sia-sia):

telah menjadi lumrah manusia suka berkata2, berbual2 dan bersembang2 tetapi biarlah perkataan kita itu tidak sia2.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan2 mereka, melainkan bisikan2 daripada yang menyuruh (manusia) bersedekah, atau berbuat makruf, atau mendamaikan manusia”- Surah AnNisa :114

3.  Marah:

Sifat marah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang demikianselalunya  didorong oleh pengaruh Syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya.

4.  Hasad dengki, dan iri hat:

Sifat di atas lahir  daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya.

Hadis Nabi saw yang bermaksud: ” Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan (membakar) kayu.”

5. Kasih kepada harta:

Tiada salah memiliki harta dan kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil , tamak haloba dan juga membazir dibenci oleh Islam.

6. Takbur:

Banyak sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau sombong diri seperti  nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.

7. Riyak ;

Riyak pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.

8. Ujub;

Sifat ujub pula ialah berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujud beerti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi  kecantikan , kepandaian, kekayaan dan lain-lain.

9. Kasih akan Dunia:

Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupandan kesenangan  dunia akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Hakikat sebenar kehidupan dunia ini telah digambarkan oleh Allah SWT dalam firmaNya:

Maksudnya: Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak.

Kesimpulannya dari catatan ini semoga kita semua termasuk ustazah dapat menghindarkan diri kita dari mempunyai sifat2 mazmumah ini.

Wassalam

-ustazah azimah-

Sifat-sifat Mahmudah..

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahteraorg-berdoa

Syukur kehadrat Illahi dengan limpah kurniaNya dapat lagi ustazah menulis dan mencoret tinta buat tatapan semua pembaca dan dapat juga ustzah berkongsi ilmu di alam maya ini.

Kali ini suka ustazah berkongsi tajuk “Sifat-sifat Mahmudah(terpuji)”

Adapun sifat-sifat Mahmudah itu ada 10 sifat iaitu:-

1. Taubat - keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa2 yg telah dilakukan

2. Takut kepada Allah (taqwa)- Seseorang muslim itu apabila dia mengenali Zat Allah melalui sifat2Nya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah SWT

3. Mahabbah (kasih sayang)- Kasih akan Allah SWT itu dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh Rasullullah saw

4. Zuhud - mengambil dunia sekadar yang perlu

5. Sabar

6. Syukur -

7. Ikhlas dan benar

8. Tawakkal - sentiasa berserah diri kepada Allah SWT setelah berazam, seterusnya diikuti dgn usaha

9. Redha dgn Qadak dan Qadar

10. Mengingati Mati - Hadis Nabi saw bermaksud ” Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersiap sedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana”.

Semoga catatan ustazah kali ini dapat memandu diri kita semua (termasuk ustazah sekali le) untuk mengamalkan sifat2 yang terpuji ini, InsyaAllah.

-ustazah azimah-

Soalan Pembaca(6)..solat dhuha

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Bertemu lagi kita, dipanjatkan setinggi2 kesyukuran pada Allah Yang Maha Esa kerana memberi kesempatan dan kelapangan untuk ustazah menulis di blog ini.

Di sini ustazah ingin berkongsi jawapan dari pertanyaan yg diajukan kepada ustazah.

Soalannya:

salam ustazah. Dlm sbyg Dhuha. Surahnya sy tak boleh hafal. Jadi sy baca surah Alkafirun pd rakaat ptma dan surah Al iklas pd rakaat ke2. Boleh ke?

Pengertian Solat Sunat Dhuha:

Solat Sunat ini dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Bilangan rakaatnya paling sedikit ialah 2 rakaat dan paling banyak ialah 12 rakaat.

Hukumnya:

Sunat, barangsiapa yang mengerjakannya dapat pahala dan tiada pula berdosa sesiapa yang tidak mengerjakannya.

Surah yang patut dibaca ketika solat sunat dhuha:

1.  Pada rakaat pertama selepas Fatihah di baca surah Assyam

2. Pada rakaat kedua pula selepas fatihah dibaca surah AdDhuha.

tetapi boleh juga dibaca begini:

1. Rakaat 1 selepas fatihah surah AdDhuha

2. Rakaat kedua selepas fatihah surah Al-Ikhlas

atau bacalah apa2 surah yang mudah dan yang anda hafal seperti firman Allah dlm Surah AlMuzammil- ayat 20:

Firman Allah bermaksud:

“……..bacalah oleh kamu apa2 ayat yang mudah daripada Al-Quran”

Jadi pada pembaca yang bertanya itu bolehlah anda buat begitu tidak ada yang salah.

Sekian

Wallahu’alam

-ustazah azimah-


Soalan dari pembaca(5)..Haid dan masalahnya

Assalamualaikum WBT dan Salam Perpaduan

Bertemu lagi kita , ustazah sebenarnya ketika ini sangat sibuk dengan tugasan di sekolah itu sebabnya agak lama blog ini tidak di’ update’kan . Mohon maaf banyak2 ye. (sibuk nak sukan)

Hari ini ustazah ingin menjawab solan dari pembaca mengenai

“Haid dan perkara yang haram dilakukan ketika waktu itu (period)”

Soalan beliau:

Assalammulaikum wbt. Ustazah, sy ada bbrp kemusykilan berkenaan m’bc Al-Qur’an ketika uzur.
i. belajar ilmu tajwid/belajar mengaji ketika uzur. semasa belajar tajwid, perlu membaca ayat2 Al-Qur’an untuk disemak oleh guru.
ii. mengajar kawan2/anak2 ketika uzur. semasa mengajar, perlu membaca ayat2 Al-Qur’an sbg panduan untuk dibaca oleh org yang diajar.

Perkara Yang Haram dilakukan ketika Haid:

1. Solat

2. Membaca, menyentuh dan membawa Al-Quran

3. Tawaf

4. Bersetubuh

5. Bercerai

6. Puasa

7. Iktikaf (berhenti) di dalam masjid

Permasalahan yang biasa bagi orang haid:

1. Orang yg sedang haid boleh membaca sedikit dari ayat Quran seperti basmalah dengan niat zikir. Zikir boleh ya. Juga ayat2 kategori pelindung diri seperti 3 qul.

2. Jadi belajar tajwid itu boleh le maksudnya. Tetapi jika boleh sebaiknya tidak dibaca ayat tersebut untuk diperdengarkan kepada guru. Lain kali bila dah suci barulah kita cuba perdengarkan kepada guru bacaan kita itu.

3. Mengajar anak jika semasa haid bila ngajar seperti kalimah2 tu sepotong dua boleh le anggapkan zikir.  Jika guna buku iqra 1-3 okey le bila dh masuk 4-6 tu dah banyak kalimahnya tak usah lah. Bila uzur kalau ustazah, ustazah ajar anak2 jawi pula.  atau bacaan2 dalam solat test mereka niat solat ke? nanti dah suci ajarlah balik, bolehkan?

Ustazah harap semuanya telah jelas dan dapat membantu saudari yang bertanya.

Wallahu’alam

-ustazah azimah-