Blog Ustazah Azimah

Perkongsian Ilmu Berkaitan Hal Keagamaan

Archive for the ‘Uncategorized’


Sam’iyat..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.. kiamat

Bertemu lagi kita dengan tulisan ustazah pada kali ini dan suka ustzah untuk berkongsi tajuk “SAM’IYAT”

Pengertian Sam’iyat ialah perkara yang tidak dapat digambarkan dengan pancaindera manusia dan hanya dapat diketahui melalui al-quran dan al-hadis.

Dalil kewajipan beriman dengan perkara sam’iyat seperti firman Allah yang bermaksud:
” (Orang yang bertaqwa) ialah orang yang beriman dengan perkara-perkara ghaib” - surah al baqarah

Contoh2 perkara sam’iyat:

1. Alam Barzah - alam kubur
2. Soalan kubur - soalan yang ditanya oleh malaikat munkar dan nakir
3. Nikmat kubur : nikmat kepada orang yang mentaati perintah Allah
4. Azab kubur : siksaan kepada orang yang banyak melakukan dosa
5. Mahsyar : tempat berkumpul selepas dibangkitkan semula
6. Mizan : Alat timbangan amalan
7. Sirat : titian yang merentangi neraka untuk memasuki ke syurga
8. Syurga : tempat ganjaran bagi orang yang mentaati perintah Allah
9. Neraka : tempat siksaan bagi orang yang melanggar perintah Allah

Semasa mengajar tajuk Sam’iyat ini di dalam kelas tahun 6 ada seorang murid bertanya JIN, SYAITAN dan HANTU tu termasuk dalam perkara2 sam’iyat ke ustazah? Ustazah menjawab “YA”.. kerana JIn , Syaitan itu tidak dapat kita lihat dengan mata kasar tetapi hanya dengan izin Allah swt sahaja ada sesetengah orang yang mampu melihat dan bercakap dengan makhluk tersebut, Wallahu’alam…

Wassalam

-ustazah azimah-

Surah At Tin..jom baca

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera

Maaf kepada semua pengunjung blog ustazah ni, kerana pemiliknya agak sibuk dengan tugasan harian dan kekangan masa.

Tapi ustazah nak kongsikanĀ  surah At-Tin untuk semua pembaca yag dirahmati Allah.

bismillah

95_1attin2attin_3attin_4attin_5attin_6

attin_7attin_8

Jom nikmati ciptaan Tuhan Rabbul Jalil..

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Bertemu lagi kita pada kali ini , ustazah memohon maaf kerana lambat tidak dpt mengemaskinikan blog ini dengan entry terbaru.. bukan apa kekangan masa.. tugasan di sekolah pun bertambah.

Tapi hari ini suka nak berkongsi pemandangan yg hijau, bumi yang indah yang di ciptakan oleh Allah Rabbul Jalil , Tuhan kita yang Maha Agung..

Tidak ada sesuatu yang Allah ciptakan itu dengan sia-sia. Dan tidak sesuatu pun di dunia ini yang mampu menandingi ciptaan Allah itu, ciptaan yg sangat sempurna dan ciptaan yang betul mengkagumkan.

Gambar ini ustazah rakamkan ketika bercuti merehatkan minda , kerana tugasan yg banyak sejak akhir2 ini. Sesungguhnya apabila melihat ciptaan Allah ini semuanya kembali lapang dan tenang.. Subhanallah

ladang_teh-_boh

ini ladang teh boh di Cameron Highlands.. sejukkan mata memandang!

Inilah juga bukti dan tanda yang sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Agung..

Wassalam

Agar mudah bangun Tahajud..

Assalamualaikum WBt dan Salam Persaudaraan ..kanak2solat

Pada kali ini suka ustazah berkongsi tajuk bagaimana untuk kita mudah bangun malam atau dengan kata lain senang nak bangun solat tahajud. Ye lah kan.. dh tidur sedap2 dah lena dan nyenyak bukan senang nak bangun semula…

Apatah lagi lah bila kita nak lakukan solat malam atau Qiamullail..

Jom kita cari macamana caranya hendak mudah bangun.. jom!

1. Kurangkan makan makanan berat pada waktu malam

2. Tidur awal - antara 10pm-11pm

3. Berusaha dan berazam dan berniat hendak bangun solat / lakukan qiamullail

4. Pesan kepada ahli keluarga yang lain minta tolong dibangunkan/gerakkan

5. Boleh juga berpakat dengan jiran- wah bagusnya jika kita dapat jiran yg sedemikian ye.. tp ustazah berjiran dgn cina.. susah le sikit he3

6. Elakkan melakukan kerja2 yang berat sebelum tidur

7. Elakan bersukan sebelum tidur

8. Jangan suka mengumpat , mencaci orang

Itulah diantara beberapa perkara yg boleh kita ikuti dari pembacaan ustazah melalui majalah Anis baru2 ini

wassalam

-ustazah azimah-

Permulaan Manusia..

Ustazah nak kongsikan dengan pembaca semua. Asal kejadian manusia yang Allah ciptakan. Jom..

subhanallah..hebat3 . Semua mesti tengok ye..

Selamat menonton

Ustazah Azimah

Al-kisah tak tau baca qunut..

Di sini ustazah kongsikan alkisah.. seorang yang tk tau membaca doa qunut. Lucu tu memanglah lucu ..tp membaca doa qunut bukan perkara main2 dlm solat kita.

Harap dpt menjadi iktibar dan teladan.