Blog Ustazah Azimah

Buat Yang Disuruh, Tinggal Yang DiLarang..

Archive for the ‘tazkirah’


Tarawih dan Witir..

Assalamualaikum wbt dan salam Tarawih

Bertemu lagi dengan tajuk yg ustazah rasa sesuai untuk dikongsikan iaitu “SOLAT SUNAT TARAWIH & WITIR”

Solat Sunat Tarawih ialah Solat malam yg dikerjakan pada bulan Ramadhan dan ianya tidak boleh dilakukan pada bulan2 yg lain. Hukumnya ialah Sunat Muakkad, boleh dikerjakan seorang diri atau secara berjemaah. Solat ini dilakukan selepas waktu solat Isyak sampai waktu fajar.
Bilangan rakaat yg dilakukan oleh Rasulullah saw lapan, Khalifah Umar b AlKhatab pula sebanyak 20 rakaat. Amalan Umar ini telah disepakati Ijmak.

Cara melakukannya:
Tiap2 dua rakaat diakhiri dengan satu salam. Setelah selesai solat tarawih seeloknya disudahi dengan solat witir sekurang2nya satu rakaat.Tetapi kebiasaanya kita melakukannya sebanyak 3 rakaat.Tetapi umumnya 3 rakaat dengan dua salam atau 3 rakaat 1 salam pun boleh dikerjakan juga.

SOLAT WITIR pula :Surah yang dibaca sesudah fatihah pada rakaat pertama boleh pilih sesukahati dan tidak ditetapkan, sedang rakaat kedua pula selepas fatihah juga boleh dibaca surah mengikut pilihan sendiri tetapi afdhal ialah surah al-ikhlkas. Jika witir satu rakaat bacalah surah alikhlas, al-falaq dan an-nas.

Sekian dahulu, sampai jumpa lagi.

-ustazah azimah-

Maksud As-Syiam..(PUASA)

Assalamualaikum wbt dan salam Ramadhan

buat semua pengunjung dan pelawat yg sudi hadir ke blog ustazah ini.

Kali ini ustazah suka berkongsi tajuk yg paling hampir dgn kita iaitu ‘PUASA’

1. Pengertian puasa ialah menahan diri dan menurut syarak  menahan diri dari lapar dan dahaga, mulai terbit fajar hingga terbenam matahari disertai niat dengan syarat2 tertentu.
Adapun puasa di bulan Ramadhan dilakukan selama 29 atau 30 hari. (sebulan)

2. Niat puasa : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu bulan Ramadhan tahun ini sekeliannya kerana Allah Taala.ini dibaca pada hari permulaan sahaja dan sekiranya kita terlupa pada hari kedua atau ketiga puasa tidak mengapa kerana kita sudah berniat dgn niat ini.

3. Niat puasa pd tiap2 malam / hari : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardu bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

4. Syarat2 Wajib Puasa:
*Beragama Islam
*Baligh dan berakal-kanak2 belum diwajibkan cuma bolehlah dilatih.
*Suci dari haid dan Nifas (bagi perempuan sahaja)
*Kuasa bermaksud mampu melakukan tidak sakit dan bukan sudah terlalu tua, mereka ini tidak boleh berpuasa tetapi wajib membayar fidyah.

5. Rukun Puasa:
* Niat
* Meninggalkan segala yg membatalkan puasa mulai terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari.

6. Hikmah Puasa:
* Mengawal nafsu dan keinginan manusia biasa
* Mendidik jiwa agar biasa dan dapat menguasai diri sehingga mudah menjalankan semua kebaikan
* mendidik menjadi insan yg sabar dan tabah menghadapi ujian
* mendidik diri berdisiplin dan amanah utk tidak makan dan minum    sehingga tiba waktu berbuka serta menjauhi segala perkara yg dilarang
* dapat menjaga dan memperbaiki kesihatan
* Menanam rasa kasih sayang dan saling membantu sesama manusia

Semoga Ramadhan yg datang kali ini lebih bermakna dari tahun2 lalu. Tingkatkan keimanan dan ibadat kita kpd Yang Esa. Moga keampunan , kerahmatan dan keberkatan menyebelahi kita sekeluarga, aminn..

Sekian, Wasalam.

-ustazah azimah-

Ilmu Allah..

Assalamualaikum dan salam ukwah

Bertemu Kita kembali pada kali ini dgn tajuk yang suka ustazah nak kongsikan iaitu Allah bersifat dgn Ilmu iaitu berpengetahuan. Adapun Ilmu Allah itu tidak setanding dgn ilmu kita manusia. Ilmu Allah merangkumi semua yg ada di langit dan di bumi. Tiada sesuatu apa pun yg Allah tidak tahu melainkan Allah tahu kesemuanya. Oleh itu suka ustazah datangkan satu cerita yang berlaku di zaman Khalifah Umar Al Khatab.

Pada suatu malam seperti biasa Khalifah Umar akan berjalan2 di sekeliling kota meninjau2 dan mencari tahu apa masalah yg berlaku kepada masyarakat di tempat beliau di Kota Madinah. Setelah penat berjalan beliau pun berhenti rehat di tepi sebuah rumah. Tiba2 Khalifah Umar terdengar perbualan antara seorang ibu dan anaknya.

Ibu : Wahai anakku kau campurkanlah sedikit air ke dalam susu itu agar ianya menjadi lebih banyak!

Anak : Ibu, Khalifah melarang kita menipu dalam perniagaan

Ibu : Tidak mengapa, khalifah tidak melihat apa yang kita lakukan..

Anak : Walaupun Khalifah tidak mengetahui tetapi Allah Maha Mengetahui apa yang kita lakukan

Pengajaran yang dapat kita simpulkan di sini ialahkita tidak boleh melakukan sebarang penipuan atrau perkara kejahatan kerana ada yang melihat dan mengetahui segala apa yang kita lakukan iaitulah Allah swt . Ingatlah kita bahawa Allah sentiasa melihat gerak geri dan tingkah laku serta Allah juga mencatat apa2 saje yg kita lakukan..

Wassalam

-ustazah azimah-

Pesanan Saad Ibnu Abi Waqas..

Assalamualaikum wbt dan salam ukhwah

Ustazah ada mendengar ceramah di TV9 dalam rancangan kesukaan ustazah kerana ada idola ustazah di sana , Ustazah Siti Norbahyah dan suaminya Ustaz Wan Akasah ada  menyatakan pesanan Saad Ibnu Abi Waqas katanya: Hendaklah Kamu Lupakan 2 perkara dan Ingat 2 perkara…

Apakah perkara-perkara  itu..??

2 perkara yang perlu diingat ialah:

1. Mengingati kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang lain kepada kita
2. Mengingati keburukan/kejahatan yang kita lakukan kepada orang lain

dan 2 perkara yang perlu dilupakan ialah:

1. Melupakan kebaikan yang kita lakukan terhadap orang lain
2. Melupakan keburukan/kejahatan oranglain kepada kita

Apa yang dapat kita simpulkan di sini ialah , apabila ada orang yang melakukan kejahatan kepada kita, kita maafkanlah mereka dan lupakanlah perbuatan mereka itu, sebaliknya jika kita yang melakukan kejahatan itu berusahalah memohon kemaafan kepada mereka.

Dan apabila kita melakukan kebaikan kepada oranglain lupakan sahaja kerana itu hanyalah kebaikan yang sedikit dapat kita lakukan dan sebaliknya kenangilah kebaikan yang  sedikit yang dapat dilakukan oleh oranglain kepada kita, kerana hanya itulah kemampuan mereka terhadap kita.

Jika kita dapat mengamalkan 4 pesanan Saad Ibnu Abi Waqas ini , InsyaAllah kita akan beroleh hati yang bersih dan sejahtera

Wassalam

-Ustazah Azimah-

Apa yang harus disegerakan…

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Bertemu lagi kita pada kali ni dan suka ustazah berkongsi dengan membawakan pesanan Nabi saw meminta kita menyegerakan beberapa perkara…iaitu:

Sabda Nabi saw ..berpesan

1. Jikalau tetamu datang segeralah kamu menghidangkan tetamu itu air
2. Jikalau anak gadis kamu cukup dewasa dan sudah sedia lengkap untuk berkahwin maka kahwinkanlah ia
3. Jikalau jenazah kapanlah lah , sembahyangkanlah dan segaralah dikebumikannya
4. Jikalau kamu berhutang maka segeralah kamu melunasknnya (membayar kembali hutang itu)

Pengajaran yang dapat kita simpulkan di sini ialah :

1.  Melayan tetamu dengan baik merupakan tanda2 org yang beriman kpd Allah swt
2. Anak gadis yg sudah siap zahir dan batinnya maka nikahkan lah ia agar terpelihara dari maksiat dan fitnah
3. Jenazah yang ada hendaklah dikebumikan segera tak perlulah menunggu2 anak2 atau saudara2 si mayat jika lambat ini akan menyiksa jenazah tersebut
4. Apabila berhutang segeralah membayarnya kerana berhutang itu menjadikan kita hina di siang hari, tak lena tidur dimalam harinya…

Setakat ini dulu utk kali ini, sampai jumpa lagi, syukran..

Wassalam

-ustazah azimah-

Adab belajar ..

Assalamualaikum wbt dan salam israk mikraj

Hari ini suka ustazah hendak berkongsi tajuk  ADAB MENUNTUT ILMU

Adapun hadis Nabi saw yang bermaksud : Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap orang samada muslimin dan muslimat.

Dari hadis ini fahamlah kita bahawa menuntut ilmu itu hukumnya wajib bagi tiap2 orang tak kira jantina samada lelaki atau perempuan. Dan tidak hairan lah pada masa sekarang lelaki dan perempuan sama2 bersaing di universiti, di kolej dan pusat2 pengajian di dalam negara ataupun luar negara, bergantunglah kepada rezeki masing2.

Suka di sini ustazah kongsikan Adab2 menuntut ilmu yang di sarankan oleh agama kita:

1. Niat utk beribadat kpd Allah swt - kerana melakukan sesuatu perkara untuk diterima oleh Allah bergantunglah kpd niat kita. Tetapi perlu diingatkan bahawa “niat tidak menghalalkan cara”

2. Jauhi sifat hati yang tidak baik -sifat dengki, cemburu, bermegah-megah dan suka memandang rendah kebolehan orang lain

3. Sentiasa merendah diri, menghormati dan menurut nasihat guru

4. Tidak kedekut ilmu

5. Tanamkan kesungguhan diri utk mencapai kecemerlangan

6. Patuhi peraturan tempat belajar - melatih diri supaya berdisiplin

Setakat ini dulu buat kali ini, jumpa di catatan akan datang.

Wassalam

-ustazah azimah-

Adab Bekerja..

Assalamualaikum..wbt dan salam ukhwah

Kembali lagi bertemu semua pembaca dan pegunjung blog ustazah yang dirahmati Allah.

Suka ustazah pada kali ni nak berkongsi tajuk ” Adab Bekerja “. Baru2 ini ustazah ada mengajar di kelas tahun 5, tajuk ini.

Pembaca yang dirahmati Allah, Semua kita selagi hidup akan bekerja. Apakah tujuan kita bekerja untuk mencari nafkah, mencari rezeki sesuap nasi , untuk menyara kehidupan kita sekeluarga. Pekerjaan kita itu pula biarlah lah yang halal. Agar punca rezeki itu nanti akan mendapat keberkatan dari Allah swt.  Oleh kerana agama islam ini sangat sempurna maka kita semua ustazah seru termasuk diri ustazah sendiri untuk beramal dengan adab2 bekerja yang dianjurkan oleh agama kita.

Adab-adab bekerja ialah seperti berikut:

1. Amanah - janganlah kita khianat ataupun pecah amanah.

2. Tepati masa - ini sangat penting tambahan apabila tempat kerja kita menggunakan sistem ‘punch cards’

3. Mencari pekerjaan yang halal - sebaik kita menjauhi diri kita dari melakukan kerja2 yang haram

4. Tekun - melakukan apa2 saja pekerjaan yang halal itu tadi dengan tekun dan bersungguh-sungguh serta dengan rasa gembira. Selain itu ianya juga dapat menghindari dari rasa stress ataupun tekanan.

5. Tidak melupakan ibadat kepada Allah - jangan sibuk bekerja saje, solat jangan kita lupakan pulak ye. Nanti duit gaji yang kita perolehi dikhuatiri akan jauh dari keberkatan dari Allah swt. Masa rehat kita tu pandai2 le kita menyelitkan waktu solat ya. ala bukannya lama 20minit pun tak sampaikan…

Sekian dahulu buat kali ini.

Wassalam

- ustazah azimah -