Blog Ustazah Azimah

Buat Yang Disuruh, Tinggal Yang DiLarang..

Archive for the ‘tazkirah’


Ayat Ruqyah..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah

Hari ini suka ustazah nak kongsikan satu ayat yg di namakan AYAT RUQYAH yg mana ianya boleh mengesan diri kita ni ada JIN atau tidak (dlm badan kita la), juga boleh menghalau JIN atau SYAITAN  dari tubuh badan kita.

Kalau komputer kita ada VIRUS kita selalu scan kemudian kita delete atau padamkan virus yg terdapat di dalamnya. Jika VIRUS itu yg susah nk dihapuskan kita akan hantar komputer kita ke kedai2 komputer untuk format semula komputer kita tu kan..

Sekarang kita nak SCAN diri kita pulak nk tahu samada dalam badan kita ada JIN atau tidak. caranya seperti ini:

1. Kita dengarkan video ayat ruqyah ini dgn earphone dgn volume yg paling kuat

2. Pejam mata dan jangan ikut bacaan ayat2 tersebut samada di mulut atau di dalam hati

3.SEKIRANYA…badan anda  BERPELUH2, HATI ANDA BERDEBAR2, TERASA MULA , HENDAK MUNTAH, PENING, TERASA ADA YG BERGERAKI DI BAWAH KULIT ANDA, SENDAWA , MENGANTOK, BATUK JANTUNG BERDEGUP KENCANG…

ini beerti badan anda dihuni JIN..

sekiranya ini berlaku maka anda hendaklah berjumpa dengan ustaz2 yg ada di darus syifa.. jgn jumpa BOMOH atau PAWANG ye…syirik tu

JOm sedia..kita dengarkan AYAT RUQYAH ini..

ALLAH itu DEKAT..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..

Bertemua kita lagi di tahun baru Hijrah 1433 dan rasanya masih belum terlambat utk ustazah mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH buat semua pengunjung blog ini yg dirahmati Allah..

Hari ini ustazah nak bawakan 1 terjemahan ayat dari surah al-baqarah ayat 186 yg bermaksud:

‎Dan apabila hamba2ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang ‘Aku’, maka sesungguhnya

‘Aku’ dekat. ‘Aku’ akan kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.

Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran”

Kesimpulan yg dpt kita ambil dr ayat ini ialah:

1. ALLAH itu DEKAT dgn kita semua

2. BERDOALAH utk memohon segala hajat dan keperluan kita

3. Kita hendaklah melakukan semua perintah ALLAH

4. Selalu yakin akan KEBESARAN dan KEKUASAAN Allah swt

Bagi kita mungkin sesuatu perkara terasa sukar , susah dan berat TETAPI bagi ALLAH swt semua itu adalah sangat mudah di dalam KEKUASAAN-Nya..

-ustazah azimah-

Sambutan 1 Syawal berhati-hatilah..

Assalamualaikum wbt dan Salam Aidil fitri 1432

Syukur kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izInNya, kasih sayangNya kita masih berupaya melaksanakan perintahNya di penghujung Ramadhan tahun ini.. Kita berdoa bersama2 supaya Ramadhan akan datang kita akan jumpa lagi.

Alhamdulillah dengan kesihatan yg cemerlang yg dikurniAkan Allah kita dapat melakukan ibadah puasa dan solat fardhu setiap waktu. Dapat melakukan ibadah2 sunat sampingan atau sisipan dicelah2 ibadah fardhu itu tadi.

InsyaAllah esok hari kita akan menyambut hari kejayaaan, hari kemenangan dan hari kegembiraan. Semuanya akan jelas terpancar di wajah2 insan yg kita sayang iaitu ahli keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan semua muslimin dan muslimat amnya.

Janganlah keghairahan kita menyambut Syawal menyebabkan kita terlupa atau terlalai melakukan ibadah2 fardhu. Janganlah di salahkan Syawal yg menyebabkan semua amalan2 baik kita ketika Ramadhan terhenti serta merta.

Dikesempatan ini ustazah mencadangkan perkara2 yg kita lakukan ketika menyambut pagi 1Syawal:

1. Bangun awal dan mandi sunat Syawal

2. Jika subuh belum masuk waktu bersolat sunatlah dahulu samada tahajjud atau yg lain2..

3. Jika ada masa lagi bacalah quran walaupun 5ayat..(1 muka surat juga baik)

4. Lakukan Solat Sunat Fajar, (Nabi tidak pernah meninggalkannya)-Sesudah masuk waktu subuh

5. Lakukan solat Subuh berjemaah jika tak dapat berjemaah solatlah bersendirian..

6. Jangan lupa gerakkan anak2 atau keluarga ajaklah mereka bersama-sama.

7. Sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri kita disunatkan makan terlebih dahulu..

8. Jaga pakaian kita dan anak2 kita hendaklah menutup aurat.

9. Janganlah berlebih2an ketika bergaya

10. Menziarahi sanak saudara dan kaum keluarga

11. bermaaf2an..dan berterus terang tentang kejahatan kita padanya..(ada berani??)

Akhirnya berhati2 lah ketika menyambut hari raya..solat jgn kita tinggalkan. Sesiapa yg bermusafir bolehlah melakukan solat qasar jamak..ianya lebih memudahkan..ISLAM ITU MUDAH..tkde sebab untuk kitaq meninggalkan solat..

ANDA BUAT ANDA DAPAT..

Sebaik-baik Penolong..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah

Bertemu lagi, hari ini suka ustazah berkongsi tajuk “sebaik-baik penolong…”

Siapakah sebaik-baik penolong itu..sudah tentunya Rabbul ‘Izzati yang menciptakan alam ini dengan segala isi didalamnya..

Benarlah firman Allah swt:

“HASBUNALLAHU WANIKMAL WAKIL”

yang bermaksud: ” Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan sebaik-baik pelindung..”

Ini bermaksud tiadalah ada sesuatu yang lain samada manusia atau jin yang dapat membantu kita melainkan dengan izin Allah swt.

Tatkala kita ditimpa bencana atau musibah siapakah yang dapat membantu atau menghulurkan bantuan kepada kita?

Baru2 ni ustazah membeli buku yang bertajuk ” TRAVELOG SYAHADAH” menurut penulisan,  Islam penuh keajaiban.. semasa penulis hendak diserang oleh sekumpulan lelaki jahat di dalam penjara beliau hanya menyebut di dalam hatinya kalimah لأاله الا الله  lalu beredarlah lelaki2 jahat itu tanpa mengusik atau mencedarakan nya..

Jika kita ada masalah tk kiralah besar mana permasalahan kita itu, kita mohonlah pertolongan dengan Allah.. ambil wudhuk solat sunat 2 rakaat, tadahlah tangan mohonlah pertolongan kepadaNya..kerana

Allah adalah sebaik-baik penolong..

wassalam

-ustazah azimah-

Kelebihan berzakat..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukwah

Kali ini suka ustazah berkongsi tajuk “Kelebihan Berzakat”

1. Mendapat rahmat daripada Allah swt - dgn berzakat, harta dan rezeki kita  akan bertambah dan  bukannya berkurang.

2. Mengeratkan Kasih Sayang - orang yg kaya dan senang membantu orang yg miskin dan fakir. Si kaya turut merasai kepayahan dan kedhaifan yg dilalui oleh saudara seislam tersebut.

3. Mendapat ganjaran Syurga Firdausi - Allah swt telah menjanjikan balasan Syurga yg tertinggi sekali iaitu Jannatul Firdausi buat semua pembayar zakat.

4. Membersihkan Hati dan Harta Daripada perkara yg merosakkan - Zakat mengajar dan mendidik kita agar bersikap pemurah, saling bantu membantu dan memberi pertolongan kepada org yg berhak mendapatkannya. Justeru itu terhindarlah sikap tamak, bakhil dan sombong yg berada di hati2 kita Na’uzubillah…

Akhir kata zakat itu hukumnya wajib

“ZAKAT MEMBAWA BERKAT”

-ustazah azimah-

Orang Ikhlas Tertindas..?

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Bertemu lagi kita kali ini dan ustzah suka berkongsi sebuah tazkirah yang baru ustazah baca dan jadikanlah renungan buat kita semua ye..
supaya kita berkerja dengan ikhlas dan melakukan tugas yg diamanahkan kepada kita.

Jom kita baca sama2.

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang. “Mengapa?” balas saya. “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.” Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji? (more…)

Jangan tinggalkan Ibadat..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwahorgsujud

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana kita masih boleh bertemu di alam maya, dan ustazah boleh menulis catatan untuk dikongsikan bersama2 pembaca2 yang dirahmati Allah.

Hari ini suka ustazah berkongsi tajuk ” Jangan Tinggalkan Ibadat “..

Pernyataan ini untuk mengingatkan diri ustazah sendiri dan juga sahabat2 pembaca semua..

1.Kita sebenarnya mestilah selalu berzikir dan mmengingati Allah SWT tidak kira di mana sahaja kita berada.. sedanag duduk kah, sedang berdirikah atau sedang diamkah.. atau sebagainya.

2.Solat juga sebagai tiang agama janganlah kita tinggalkan dengan sengaja melainkan kita terlupa atau tertidur maka wajiblah kita qada’ atau ganti dengan segera.

3. Membaca Al-Quran sebagai satu ibadah sunat untuk memohon dan mendapatkan syafaat. Quran itu tanpa kita sedari mampu memberi syafaat kepada kita di alam kubur atau di akhirat nanti kepada para pembacanya yang setia.

4. Solat Tahajjud juga salah satu lagi ibadah sunnat yang sangat dituntut kerana orang yang rajin melakukan ibadah solat sunat tersebut akan memiliki hati yang bersih, wajah yang bercahaya kerana hidung dan dahinya akan menjadi saksi mereka bersujud kepada Allah.

Ini juga akan memudahkan mereka menghadapi sakratul maut, menerima buku amalan dengan tangan kanan, mudah meniti titian sirat dan mudah menghuni syurga Allah , InsyaAllah..

Sekian buat kali ini. Wassalam

-ustazah azimah-