Terjemahan surah Al-Fatihah..
Assalamualaikum wbt dan Salam Nuzul Quran
Buat semua pembaca dan pengunjung blog ustazah ni. HAri ini di Perak kami bercuti sempena Menyabut Hari Kebesaran dan Peristiwa besar di mana Turunnya Alquran pada 17hb Ramadhan iaitu hari ini.
Suka ustazah berkongsi terjemahan Surah Al-Fatihah pada catatan ustazah kali ini.
Surah Alfatihah ada sebanyak 7 ayat termasuk Basmalah. Maksud nya seperti berikut:
1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.
2. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam.
3. Allah yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
4. Allah yang menguasai Hari Pembalasan.
5.Hanya kepada Engkau Ya Allah kami menyembah (tunduk) dan kepada Engkau jualah yg kami memohon pertolongan.
6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
7. Jalan orang2 yg Engkau telah beri rahmat dan bukan jalan orang2 yang Engkau murkai atau jalan mereka yang sesat.
Sekian dulu buat kali ini.
Wassalam.
-ustazah azimah-








