Blog Ustazah Azimah

Perkongsian Ilmu Berkaitan Hal Keagamaan

Archive for the ‘tafsir’


Hukum Berkahwin Bagi Lelaki..

Assalamualaikum Wbt dan Salam Persaudaraanimagespengantin

Bertemu lagi kita dengan tajuk yang ustazah ingin kongsikan pada hari ini ialah dalam bab Munakahat iaitu:

“HUKUM BERKAHWIN BAGI LELAKI”

Hukum ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:-

1. WAJIB BERKAHWIN:

Sekiranya seseorang itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar “mahar”(mas kahwin) dan mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin. Beliau juga tidak berniat untk menganiya isterinya selama berumah tangga. Di samping itu, beliau juga yakin akan terdorong melakukan maksiat (zina) di sebabkan runtunan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin.

2. SUNAT BERKAHWIN:

Kepada orang yang mampu, tetapi aman dirinya daripada terjatuh ke lembah maksiat. Ini adalah hukum asal perkahwinan.

3. HARUS  BERKAHWIN:

Bagi seseorang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tidak berkahwin serta mampu.

4. MAKRUH BERKAHWIN:

Apabila seseorang itu  bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya. Di samping itu, dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu  dan juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi peperangan.

5. HARAM BERKAHWIN:

Bagi seseorang yang tidak dapat menunaikan kewajipan2 terhadap isterinya lahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiaya.

Begitulah tadi hukum2 berkahwin bagi lelaki buat panduan kita semua yang ustazah ambil dari buku yang ustazah baca iaitu                                           “Indahnya Hidup Bersyariat”..

WAssalam

-ustazah azimah-

Solat dan Manusia Yang Pertama mengerjakannya..

solat-berjemaahAssalamualaikum WBT dan Salam Tahun Baru 2010

Bertemu lagi kita pada tahun yang baru ini. Sesungguhnya sudah lama ustazah tidak update blog ni kerana sememangnya sibuk dengan banyak perkara seperti membeli peralatan dan keperluan sekolah anak2, mengunjungi saudara mara yang mengadakan kenduri dan minggu lepas sibuk dengan mesyuarat disekolah.

Hari ini suka ustazah berkongsi dengan satu buku yang ustazah baca tentang “Solat Fardhu 5 waktu dan Siapakah Manusia Yang mula mengerjakannya”.

1. Solat Fardhu Subuh :
Waktunya bermula setelah terbit fajar sadiq hingga terbitnya matahari.
Manusia yang pertama mengerjakannya ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar, Nabi Adam a.s pun Solat 2 Rakaat. Begitulah asal usulnya solat subuh.

2. Solat Fardhu Zuhur :
Waktunya mulai gelincir matahari ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.
Manusia pertama yang solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s , iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s , Apabila seruan itu datang sujudlah Nabi Ibrahim sebayank 4 rakaat.

3. Solat Fardhu Asar :
Waktunyandimulai setelah habis waktu Zuhur iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.
Manusia yang pertama mengerjakan solat ini ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s di tepi pantai pada waktu Asar,. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s lalu solat 4 rakaat.

4.Solat Fardhu Maghrib :
Waktunya mulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila cahaya merah telah hilang.
Manusia pertama yang mengerjakan Solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s , iaitu apabila baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedangkan pada waktu itu matahari telah terbenam, Bersyukur Nabi Isa a.s lalu baginda solat 3 rakaat.

5. Solat Fardhu Isyak :
Waktunya dimulai setelah hilangnya cahaya merah sampai terbit fajar.
Manusia pertama yang melakukan solat ini ialah Nabi Musa a.s . Ketika itu Nabi Musa tersesat mencari jalan keluardari negeri Madyan. Baginda amat berdukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan berdukacitanya itu pada waktu Isyak. Lalu Nabi Musa a.s pun bersolat 4 rakaat sebagai tanda bersyukur.

Begitulah asal usul waktu solat fardhu 5 waktu yang dikerjakan oleh kaum Muslimin dan Muslimah.

Sekian buat kali ini.

Wassalam

-ustazah azimah-

Binatang Korban AidilAdha..

kambing2Assalamualaikum wbt dan Salam AidilAdha

Buat semua pengunjung dan pembaca setia blog ustazah

Tajuk yang ustazah nak kongsikan disini kali ini ialah “KORBAN”

Sempena hari raya AidilAdha ini tajuk ini sangat sinonim le, Istilah Korban ialah : Korban bermaksud hampir, Dari segi Istilah pula menyembelih binatang tertentu pada hari raya AidilAdha atau Hari Tasrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat atau menghampirkan diri dengan Allah swt.

Dalil yang menerangkan tentang Qurban ini ialah : Surah AlKausar ayat 2. Yang bermaksud : “Maka dirikanlah solat kerana TuhanMu dan berkorbanlah”.

Sabda Rasullulah SAW yang bermaksud ” Nabi SAW telah berkorban dengan menyembelih 2 ekor kibasy bewarna putih dan bertanduk. Baginda sendiri yang menyembelih kedua-duanya dan Baginda menyebut nama Allah, bertakbir sambil meletakkan kakinya di atas tengkok kibasy tersebut.

Hukum Korban ialah Sunat Muakkad, iaitu sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan tetapi dihukumkan wajib apabila bernazar.

Orang yang berkorban dianjurkan menyembelih sendiri binatang korbannya, jika tidak boleh menyembelih sunat melihat binatang korban itu semasa penyembelihan dilakukan.

Apakah pula binatang2 yg boleh dikorbankan:
Binatang3 itu mestilah elok keadaanya, sihat , tidak cacat, tidak buta, tidak kurus, tidak berkurap, dan sah untuk dikorbankan seperti berikut:

1. Kambing biri2 yg berusia satu tahun ke atas

2. Kambing biasa yg berusia 2 tahun ke atas

3. Unta yg berusia 5 tahun ke atas

4. Lembu atau kerbau yang berusia 2 tahun ke atas

Syarat orang yang ingin melakukan ibadah korban:

1. Islam

2. Baligh dan berakal

3. Berkemampuan

Justeru itu ustazah menyarakan kepada rakan pembaca yang berkemampuan bolehlah melakukan ibadah korban tersebut. Ustazah dan keluarga pun masih belum berkemampuan lagi , InsyaAllah kalau dapat ustazah berazam dan bercita-cita untuk melakukan ibadah korban itu suatu hari nanti InsyAllah. Moga Allah murahkan rezeki ustazah sekeluarga Aminnn…

Wassalam

-ustazah azimah-

Bersyukur..

Assalamualaikum wbt dan Salam Persaudaraan

Suka Ustazah kali ini berkongsi tajuk :

“Bersyukur” terutama selepas makan dan minum

Bersyukur atau ucapan “Alhamdulilah” adalah satu ucapan yang paling ringan di bibir, tetapi amat berat timbangannya di akhirat nanti.

Sebuah Hadis yang bermaksud : ” ..Dan zikir Alhamdulilah memenuhi (memberatkan) timbangan, dan zikir Subhanallah dan Alhamdulilah , keduanya memenuhi ruang yang ada di langit dan di bumi..”

(HR: Imam Muslim)

Memanglah susah untuk mendapatkan amalan yang mudah dan ringan untuk dibuat, tetapi timbangannya memenuhi dan memberatkan timbangan pahala di Akhirat seperti zikir “Alhamdulillah”.

Kerana kehebatan zikir “Alhamdulilah” inilah, Allah SWT meletakkannya sebagai bacaan yang awal dalam surah AlFatihah yang juga digelar “Ummul Kitab” atau “Ibu AlQuran” yang wajib dibaca dalam apa jua solat yang hendak ditunaikan!

Sekarang mari kita lihat pula kelebihannya zikir “Alhamdulilah” ini dibaca setiap kali selepas makan dan minum.

1. Orang yang makan sesuap dan minum seteguk air dan mengucapkan “Alhamdulilah” Allah akan meredhai-NYa

2. Orang yang Allah redha akan ditempatkan bersama-sama orang2 yang soleh di Akhirat kelak

3. Orang2 itu juga mendapat tempat yang tinggi dan mulia di Hari Kiamat

4. Dan barangsiapa membaca doa selepas makan akan diampunkan oleh Allah SWT akan dosa-dosanya yang telah lalu

Dari itu marilah kita bertanya kepada diri masing2 adakah kita mengucapkan “Alhamdulilah” setiap kali selepas makan dan minum, doa sebelum makan memang ramai yang baca tapi bila dah kenyang ..lupa nak baca doa selepas makan ye.

Sebab itulah kadangkala kita lihat amalan2 tertentu itu walaupun kelihatannya mudah, tetapi jika tidak mendapat hidayah dan taufik dari Allah SWT, maka perkara mudah pun akan menjadi payah, dan mudah pula dilupakan.

Jadi kesimpulnya marilah kita bersama2 mengamalkan doa sebelum dan selepas makan dan minum. Untuk beroleh keredhoan Allah.

Wassalam

-ustazah azimah-

Rahsia Murah Rezeki..

Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan..

Bersua lagi kita dengan tajuk yang suka ustazah kongsikan di si ni ialah petua untuk murah rezeki melalui sumber bacaan ustazah dari buku “101 Petua Murah Rezeki & Jauhi Hutang” keluaran Telaga Biru”

Erti murah rezeki ialah rezeki yang mudah atau senang didapati setelah berusaha dan berikhtiar dengan jalan yang halal. Dan rezeki yang diperolehi itu pula mencukupi keperluan keluarga. Erti mencukupi bukanlah sehingga ke tahap membazir.

Untuk mendapat kemurahan rezeki yang mencukupi buat kita sekeluarga amalkanlah petua2 dan rahsia2 di bawah ini :

1. Beristighfar dan bertaubat

2. Bertaqwa kpd Allah

3. Sentiasa mengingati Allah

4. Bertawakkal kpd Allah selepas berusaha

5. Beribadah sebenar-benarnya kpd Allah swt

6. Mengerjakan Haji dan Umrah

7. Menjalin Silaturrahim

8. Bersedekah secara istiqamah

9. Membantu penuntut ilmu

10. Membantu Golongan Miskin

11. Berhijrah untuk mencari pendapatan di tempat yang lain

12. Memperbanyakkan doa

13. Bersyukur atas nikmat

14. Melibatkan diri dengan perniagaan

15. Bersungguh2 melakukan pekerjaan yang harus

HAKIKAT REZEKI : Allah berfirman dalam (Surah Al-Ra’d:26)
Maksudnya: Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka yang ingkar bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak kekal, berbanding dengan kesenangan di akhirat”

Wassalam

-ustazah azimah-

Terjemahan Surah Al-Maun

Assalamualaikum wbt dan salam Aidilfitri

Bertemu lagi kita dikesempatan yang sangat berharga ini dan yang suka nak dikongsikan ialah pengertian atau terjemahan surah AlMaun.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang.

1. Tahukah engkau orang2 yang mendustakan agamanya

2. Iaitu mereka yang berlaku zalim dan kejam terhadap anak2 yatim

3. Dan mereka yang juga menghalang orang memberi makanan kepada orang2 miskin

4.  Neraka Wil untuk  orang2 yang sembahyang

5. Iaitu orang2 yang lalai dari dari solatnya

6. Dan juga mereka yang riyak dalam ibadat dan bawaan nya

7. Dan juga mereka yang enggan memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan ( enggan membayar zakat )

Berdasarkan surah di atas dapatlah kita simpulkan bahawa:

Orang yang mendustakan agama ialah:

1. orang yang menzalimi anak yatim

2. tidak mahu memberi bantuan/ makanan kepada orang2 miskin

Orang yang mendapat kecelakaan:

1. Orang yang suka melambat2kan / melenggahkan solat

2. Mereka yang lalai dalam solat akan dicampakkan ke dalam Neraka Wil

3. Orang yang riyak/ menunjuk2  dalam amalan dan ibadat

4. Orang yg enggan memberi pertolongan kpd oranglain yg memerlukannya

5. Orang yang enggan membayar zakat

Ustazah berharap dan mengingatkan diri ustazah dan juga rakan2 pembaca yang dirahmati Allah semoga suka bersedekah dan memberi pertolongan semampunya dgn hati yang ikhlas. Melakukan kebaikan kerana Allah dan bukan untuk menunjuk2.

Wassalam

-ustazah azimah-