Blog Ustazah Azimah

Perkongsian Ilmu Berkaitan Hal Keagamaan

Archive for the ‘tafsir’


Terjemahan Surah Addhuha..

Assalamualaikum WBT dan Salam Ukwah

Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana ustazah masih berkesempatan untuk memberi sedikit tazkirah atau peringatan dan jua sedikit ilmu untuk dikongsikan.

Marilah bersama2 kita renungankan apakah dia intisari atau isi2 penting di dalam surah Addhuha ini. Yang mana pada waktu Dhuha itu kita umat Islam disunatkan untuk mengerjakan Solat Sunat Dhuha seperti post ustazah yang lalu.

ad-dhuha2jpg

Terjemahan Surah:

[1}Demi waktu dhuha,
[2]Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[3](Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4]Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5]Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
[6]Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7]Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
[8]Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9]Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10]Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11]Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Wassalam

-ustazah azimah-

Soalan dari pembaca(4)..Selawat Syifa’

selawtsyifateks

Maksudnya:

Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah

Hari ini ustazah ingin berkongsi lagi satu soalan yg ustazah terima d peti email ustazah.

Soalannya begini:

ustazah boleh bagi tahu saya tentang selawat syifa? ada sumber mengatakan selawat itu syirik, pada pandangan ustazah bagaimana pula?

Jawapan ustazah:

1. Makna selawat:

Selawat ialah jamak dari perkataan solat. Selawat menurut bahasa ertinya doa, rahmat dari Allah memberi berkah dan iabadat.

Allah berfirman maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat Nya berselawat kepada NAbi, Hai orang2 yg berimanberselawatlah kamu kepada dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. (surah AlAhzab ayat 56)

2. Hukum membaca selawat:

2.1- Imam Shafei mengatakan , selawat itu wajib dibaca dalam tasyahud akhir, iaitu diantara tasyahud (tahiyat) dan salam.

2.2- At-Thahawi mengatakan wajib dibaca apabila seseorang mendengar orang menyebut nama NAbi Muhammad saw

2.3- Az Zamakhsyari berpendapat, selawat wajib dibaca pada tiap2` sesuatu majlis.

Ini bermaksud berselawat ke atas Nabi adalah satu ibadah yang terpuji yang amat disukai Allah dan para malaikat-Nya.

3.Jenis2 atau nama2 selawat:

Ada banyak nama selawat di antaranya ialah:

1. Selawat Nur

2. Selawat Syifa’

3. Selawat Munjiyat

4. Selawat Nariyah/Tafrijiyah dan lain-lain lagi

Jadi kesimpulannya mana ada pula le selawat syifa itu syirik? dalil dari Nas Quran pun ada. Yang jadi heboh dikatakan syirik itu ialah tentang terjemahannya sahaja. Disini uatzah sertakan tyerjemahan yang sohih jgn bimbang ye. Ustazah kreditkan dari http://www.darussyifa.org

4. Selawat Syifa dan fadilat mengamalkannya:

1. Barang siapa yg membaca selawat ini 3 kali setiap lepas solat 5 waktu akan dapat menghilangkan kebuntuan fikiran dan susah hati.

2. Jika dibaca 7 kali selawat ini pada air, InsyaAllah dapat menyembuhkan sakit perut, pening kepala, demam dan sakit2 ringan.

Sekian Wallahu’alam

Surah An Nas (terjemahannya)

annas

Assalamualaikum WBT dab Salam Sejahtera

Hari ini ustazah ingin kongsikan terjemahan surah An Nas.

Ustazah tahu ramai orang dah hafal surah ini, sehingga anak2 kita yg berada di tadika pun sudah hafal Alhamdulillah. Tapi masih ramai lagi yang tidak tahu maknanya..

Terjemahan Surah An Nas:

1. Katakan lah (wahai Muhammad) bahawa aku berlindung kepada Allah Tuhan Pemelihara sekelian manusia

2. Yang menguasai sekalian manusia

3. Tuhan yang berhak di sembah oleh sekelian manusia

4. Dari kejahatan pembisik , penghasut yang timbul dan tenggelam

5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannyake dalam hati manusia

6. Iatu pembisik dan penghasut (kejahatan) dari kalangan jin dan manusia

Pengajaran dari surah ini ialah:

1.  Kita semua wajib menyembah Allah

2. Allah SWT sahaja yang memelihara sekelian manusia

3. Syaitan itu yang selalu membisik dan menghasut kita

4. Syaitan itu membisikkan ke dalam hati2 manusia, jika hati itu kuat maka tewaslah syaitan itu. tapi sebaliknya jika hati itu lemah maka berjayalah mereka menghasut manusia

5.  Dan kejahatan itu bukan sahaja berpunca dari syaitan tetapi juga dari manusia, (manusia yg berhati syaitan dan yang bersekutu dengannya)

Wassalam

-ustazah azimah-

Hukum Berkahwin Bagi Lelaki..

Assalamualaikum Wbt dan Salam Persaudaraanimagespengantin

Bertemu lagi kita dengan tajuk yang ustazah ingin kongsikan pada hari ini ialah dalam bab Munakahat iaitu:

“HUKUM BERKAHWIN BAGI LELAKI”

Hukum ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:-

1. WAJIB BERKAHWIN:

Sekiranya seseorang itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar “mahar”(mas kahwin) dan mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin. Beliau juga tidak berniat untk menganiya isterinya selama berumah tangga. Di samping itu, beliau juga yakin akan terdorong melakukan maksiat (zina) di sebabkan runtunan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin.

2. SUNAT BERKAHWIN:

Kepada orang yang mampu, tetapi aman dirinya daripada terjatuh ke lembah maksiat. Ini adalah hukum asal perkahwinan.

3. HARUS  BERKAHWIN:

Bagi seseorang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tidak berkahwin serta mampu.

4. MAKRUH BERKAHWIN:

Apabila seseorang itu  bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya. Di samping itu, dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu  dan juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi peperangan.

5. HARAM BERKAHWIN:

Bagi seseorang yang tidak dapat menunaikan kewajipan2 terhadap isterinya lahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiaya.

Begitulah tadi hukum2 berkahwin bagi lelaki buat panduan kita semua yang ustazah ambil dari buku yang ustazah baca iaitu                                           “Indahnya Hidup Bersyariat”..

WAssalam

-ustazah azimah-

Solat dan Manusia Yang Pertama mengerjakannya..

solat-berjemaahAssalamualaikum WBT dan Salam Tahun Baru 2010

Bertemu lagi kita pada tahun yang baru ini. Sesungguhnya sudah lama ustazah tidak update blog ni kerana sememangnya sibuk dengan banyak perkara seperti membeli peralatan dan keperluan sekolah anak2, mengunjungi saudara mara yang mengadakan kenduri dan minggu lepas sibuk dengan mesyuarat disekolah.

Hari ini suka ustazah berkongsi dengan satu buku yang ustazah baca tentang “Solat Fardhu 5 waktu dan Siapakah Manusia Yang mula mengerjakannya”.

1. Solat Fardhu Subuh :
Waktunya bermula setelah terbit fajar sadiq hingga terbitnya matahari.
Manusia yang pertama mengerjakannya ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar, Nabi Adam a.s pun Solat 2 Rakaat. Begitulah asal usulnya solat subuh.

2. Solat Fardhu Zuhur :
Waktunya mulai gelincir matahari ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.
Manusia pertama yang solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s , iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s , Apabila seruan itu datang sujudlah Nabi Ibrahim sebayank 4 rakaat.

3. Solat Fardhu Asar :
Waktunyandimulai setelah habis waktu Zuhur iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.
Manusia yang pertama mengerjakan solat ini ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s di tepi pantai pada waktu Asar,. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s lalu solat 4 rakaat.

4.Solat Fardhu Maghrib :
Waktunya mulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila cahaya merah telah hilang.
Manusia pertama yang mengerjakan Solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s , iaitu apabila baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedangkan pada waktu itu matahari telah terbenam, Bersyukur Nabi Isa a.s lalu baginda solat 3 rakaat.

5. Solat Fardhu Isyak :
Waktunya dimulai setelah hilangnya cahaya merah sampai terbit fajar.
Manusia pertama yang melakukan solat ini ialah Nabi Musa a.s . Ketika itu Nabi Musa tersesat mencari jalan keluardari negeri Madyan. Baginda amat berdukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan berdukacitanya itu pada waktu Isyak. Lalu Nabi Musa a.s pun bersolat 4 rakaat sebagai tanda bersyukur.

Begitulah asal usul waktu solat fardhu 5 waktu yang dikerjakan oleh kaum Muslimin dan Muslimah.

Sekian buat kali ini.

Wassalam

-ustazah azimah-