Solat Sunat Tahajjud..
Assalamualaikum WBT
Bertemu lagi kita dengan tajuk “ Cara Solat Tahajjud ” tajuk ini sebenarnya adalah kemusykilan dari seorang pembaca blog ustazah
1. Erti Solat Tahajjud:
Solat sunat yg dikerjakan pada waktu malam, sedikit 2 rakaatnya, dan sebanyak2 nya tidak terbatas.
Waktu dikerjakan Solat sunat Tahajjud ini sesudah waktu isyak sampai terbit fajar.
Tetapi dengan syarat barangsiapa yang ingin melakukannya perlulah tidur dahulu. Walaupun tidurnya itu sebentar sahaja . Bangun daripada tidur itu barulah boleh melakukannya.
Jika kita bangun hendak pergi kerja dalam pukul 5.00pg bolehlah kita nmelakukan Solat Sunat Tahajjud itu. sekejap sahaja. Lakukan sebelum masukknya waktu Subuh.
Bacaan ketika solat sunat tahajjud itu:
Pada rakaat pertama baca surah Fatihah dan Surah Alkafirun atau surah2 lain yg anda tahu kerana iainya tidak ditetapkan.
Dan pada rakaat kedua selepas Surah Fatihah bacalah surah Al-Ikhlas
selepas selesai solat bacalah doa yg khusus jika kita tidak tahu kita bacalah apa2 sahaja doa yang kita tahu atau mintalah apa sahaja hajat atau permintaan dalam bahasa kita sendiri.
Fadillah atau faedah mengamalkannya:
1. Mendekatkan diri kepada Allah
2. Orang yang melakukannya termasuk dalam golongan orang yg berzikir
3. Orang yg mengerjakannya akan diberi ganjaran syurga InsyaAllah
4. Solat ini juga sebagai penebus kejahatan (dosa2) yg lalu
5. Ianya juga dapat menghindarkan dari penyakit
Wassalam
-ustazah azimah-






