Blog Ustazah Azimah

Buat Yang Disuruh, Tinggal Yang DiLarang..

Archive for the ‘Sirah nabi’


Allah bersifat dgn ‘Iradat’..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Bertemu lagi kita pada kali ini dan suka ustazah nak kongsikan pada kali ini tajuk Iradat Allah.
Iradat Allah itu bermaksud Allah itu Maha Berkehendak. Kehendak Allah pula pasti akan terjadi dan berlaku. Tiada sesiapa atau apapun yang boleh menghalang kehendak Allah itu.Jika Allah menghendaki sesuatu itu berlaku, Hanya dgn berkata ‘KUN’ (jadilah) maka ia akan terjadi.
Berbeza dgn kehendak manusia, kehendak manusia pula tidak semestinya berlaku kerana terdapat banyak halangan dan bergantung kepada kehendak Allah jua.

Adapun tujuan kita beriman dgn Iradat Allah itu Ialah:
1. Redho dgn Irradat Allah
2. Ikhtiar
3. Yakin
4. Tidak putus asa
5. tawakal kpd Allah
6. Iman bertambah
7. Sabar menghadapi ujian Allah

Disini suka ustazah utk menyampaikan sebuah cerita tentang Iradat(kehendak) Allah.Cerita tentang Raja Namrud membakar Nabi Ibrahim as hidup-hidup

Raja Namrud amat murka kpd Nabi Ibrahim as kerana baginda mengajak manusia supaya beriman kpd Allah. Namrud pun memerintahkan supaya Nabi Ibrahim as dihumban ke dalam api. Apabila tiba masa yg telah ditetapkan. Unggun api yang besar pun dinyalakan. Raja Namrud berasa sangat gembira kerana hari itu diakan membakar Nabi Ibrahim as hidup2. Nabi Ibrahim as tetap tenang. Apabila api sudah benar2 marak Nabi Ibrahim as pun ditolak ke dalam unggun api tersebut.

Allah dengan IradatNya menghendaki supaya Nabi Ibrahim as hidup dan selamat. Lalu Allah berfirman kepada api ” wahai api, sejuklah engkau dan selamatkanlah Nabi Irahim as “. Setelah api tersebut api dan kayu2 api semua sudah menjadi arang, keluarlah Nabi Irahim as dengan selamat seolah2 tiada apa pun yang berlaku. Lihatlah kalau Allah menghendaki sesuatu tiada sesuatu pun yg dapat menghalang kehendaknya itu.

Begitulah ye semua pengujung ambillah iktibar dari kisah nabi diatas. Apapun yg Allah ingikan sesuatu itu berlaku kpd kita maka ianya akan berlaku. Cumanya dgn akal yg Allah berikan, kita ada daya usaha dan ikhtiar. Apa yang tidak baik kita jauhilah ya..dan apa yang baik kita lakukanlah!

Wassalam

-ustazah azimah-

Ilmu Allah..

Assalamualaikum dan salam ukwah

Bertemu Kita kembali pada kali ini dgn tajuk yang suka ustazah nak kongsikan iaitu Allah bersifat dgn Ilmu iaitu berpengetahuan. Adapun Ilmu Allah itu tidak setanding dgn ilmu kita manusia. Ilmu Allah merangkumi semua yg ada di langit dan di bumi. Tiada sesuatu apa pun yg Allah tidak tahu melainkan Allah tahu kesemuanya. Oleh itu suka ustazah datangkan satu cerita yang berlaku di zaman Khalifah Umar Al Khatab.

Pada suatu malam seperti biasa Khalifah Umar akan berjalan2 di sekeliling kota meninjau2 dan mencari tahu apa masalah yg berlaku kepada masyarakat di tempat beliau di Kota Madinah. Setelah penat berjalan beliau pun berhenti rehat di tepi sebuah rumah. Tiba2 Khalifah Umar terdengar perbualan antara seorang ibu dan anaknya.

Ibu : Wahai anakku kau campurkanlah sedikit air ke dalam susu itu agar ianya menjadi lebih banyak!

Anak : Ibu, Khalifah melarang kita menipu dalam perniagaan

Ibu : Tidak mengapa, khalifah tidak melihat apa yang kita lakukan..

Anak : Walaupun Khalifah tidak mengetahui tetapi Allah Maha Mengetahui apa yang kita lakukan

Pengajaran yang dapat kita simpulkan di sini ialahkita tidak boleh melakukan sebarang penipuan atrau perkara kejahatan kerana ada yang melihat dan mengetahui segala apa yang kita lakukan iaitulah Allah swt . Ingatlah kita bahawa Allah sentiasa melihat gerak geri dan tingkah laku serta Allah juga mencatat apa2 saje yg kita lakukan..

Wassalam

-ustazah azimah-

Pesanan Saad Ibnu Abi Waqas..

Assalamualaikum wbt dan salam ukhwah

Ustazah ada mendengar ceramah di TV9 dalam rancangan kesukaan ustazah kerana ada idola ustazah di sana , Ustazah Siti Norbahyah dan suaminya Ustaz Wan Akasah ada  menyatakan pesanan Saad Ibnu Abi Waqas katanya: Hendaklah Kamu Lupakan 2 perkara dan Ingat 2 perkara…

Apakah perkara-perkara  itu..??

2 perkara yang perlu diingat ialah:

1. Mengingati kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang lain kepada kita
2. Mengingati keburukan/kejahatan yang kita lakukan kepada orang lain

dan 2 perkara yang perlu dilupakan ialah:

1. Melupakan kebaikan yang kita lakukan terhadap orang lain
2. Melupakan keburukan/kejahatan oranglain kepada kita

Apa yang dapat kita simpulkan di sini ialah , apabila ada orang yang melakukan kejahatan kepada kita, kita maafkanlah mereka dan lupakanlah perbuatan mereka itu, sebaliknya jika kita yang melakukan kejahatan itu berusahalah memohon kemaafan kepada mereka.

Dan apabila kita melakukan kebaikan kepada oranglain lupakan sahaja kerana itu hanyalah kebaikan yang sedikit dapat kita lakukan dan sebaliknya kenangilah kebaikan yang  sedikit yang dapat dilakukan oleh oranglain kepada kita, kerana hanya itulah kemampuan mereka terhadap kita.

Jika kita dapat mengamalkan 4 pesanan Saad Ibnu Abi Waqas ini , InsyaAllah kita akan beroleh hati yang bersih dan sejahtera

Wassalam

-Ustazah Azimah-

Israk dan Mikraj

Assalamualaikum wbt dan salam persaudaraan

Ditujukan istimewa buat semua pembaca dan pengunjung setia blog ustazah. Bersempena dengan kedatangan Peristiwa Besar dalam Agama Islam iaitu Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi kita Muhammad saw…

Esok seluruh umat islam akan menyambut Hari Kebesaran Islam, dimana peristiwa kita memperingati salah satu mukjizat Junjungan kita.

Israk beerti perjalanan Nabi saw dari Masjidil haram di Mekah ke Masjidil Aqso di Palestin dan Mikraj pula bermaksud perjalanan nabi dari MAsjidil Aqso ke Sidratul Muntaha (langit) perjalanan yang jauh tetapi hanya memakan masa semalaman sahaja dengan binatang tunggangan yang bernama Buraq. Ramai antara orang yang tidak mempercayai cerita Nabi itu, melainkan sahabatnya yang setia iaitu Abu Bakar Assiddiq yang sentiasa membenarkan kata2 Nabi.

Di dalam perjalanan Nabi ke langit Nabi telah bertemu dengan roh2 Nabi-nabi yang terdahulu seperti Nabi Ibrahim as, Nabi Musa s, Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as dan Nabi Isa as. Melalui peristiwa ini jugalah difardhukan solat 5 waktu yang pada asalnya 50waktu. Tetapi Nabi Muhammad saw telah menerima pendapat NAbi Musa yang meminta Nabi meminta dikurangkan lagi bilangan waktu solat memandangkan umat Nabi saw yang kecil dan tidak berdaya untuk melakukan solat sebanyak 50 waktu itu. Sehinggalah 9 kali Nabi berulang alik dan pada akhirnya tinggallah 5 waktu sahaja yang difardhukan kepada kita sehari semalam. Dan Allah berfirman bahawa solat 5 waktu itu jika dikerjakan menyamai pahala solat 50waktu. Subhanallah…Allah Maha pengasih lagi Maha penyayang kepada semua makhluknya.

Di dalam perjalanan israk dan mikraj itu juga Nabi saw telah disediakan 3 jenis  minuman oleh Jibril berupa arak, madu dan susu kambing. Baginda telah memilih untuk meminum susu kambing yang dipercayai merupakan minuman kedua terbaik selepas susu ibu.

Kesimpulannya dari peristiwa di atas pengajaran yang diperolehi ialah kita mesti dan wajib menunaikan solat fardhu dalam apa jua keadaan pun dan jangan sesekali kita tinggalkan. Dan marilah kita meminum susu kambing sebagai usaha mengimarahkan sunnah nabi. Dapat banyak pahala, rahmat dan keberkatan. Memanglah pahala itu tidak kelihatan tapi rahmat dan keberkatan boleh dirasai oleh sesiapa yang memperolehinya, InsyaAllah…Keluarga ustazah pun sudah mula mengamalkan meminum susu kambing sebagi mengikut sunnah Nabi saw. Kami memilih susu kambing keluaran Hiraaq Syarikat Seleberiti TV3 Raja Mazian Raja Mohamed.

Wassalam

-ustazah azimah-

Tanda-tanda orang munafik..

Assalamualaikum..wbt dan salam ukhwah

Bertemu kita lagi pada kali ini, dan ustazah suka nak kongsikan satu hadis Nabi saw yang baru ustazah baca sebentar tadi yang bertajuk “Tanda-tanda orang munafik”.

Sabda Nabi saw diriwayatkan oleh Sahih Bukhari  yang bermaksud :

Dari Abu Hurairah r.a , katanya Nabi saw bersabda : ” Tanda-tanda orang munafik” itu ada 3 iaitu :
1. Apabila berkata , dia dusta
2. Apabila berjanji , dia mungkir
3. Apabila diberi amanah , dia khianat

Adapun munafik itu ada 2 macam iaitu:
1. Munafik dalam iktikad bererti orang yang menunjukkan keislamannya, tapi pada hakikat yang sebenarnya dia tidak percaya kepada Allah dan RasulNya, seperti Abdullah b Ubai dan rakan2nya. Mereka termasuk dalam golongan kafir, bahkan lebih jahat. Dan orang yang seperti ini dijanjikan Allah tempatnya di tingkatan paling bawah dalam neraka. Na’uzubillah….

2. Munafik dalam amal, seperti yang tersebut didalam hadis di atas. Munafik seperti ini tidaklah membawa kepada kekafiran tetapi amat merugikan diri dan merosakkan pergaulan.

Semoga pembaca yang dirahmati Allah ,bersama2 ustazah akan selalu menjauhi sifat2 orang yang munafik seperti hadis di atas.

Wassalam..

-Ustazah azimah-

Tanda orang yang murah hati…

Assalamualaikum wbt.. dan salam ukhwah

Kepada pembaca yang dirahmati Allah selalu..

images_sedekah

Bertemu kita lagi pada tulisan ustazah kali ini dengan tajuk ” Tanda Orang Yang Murah Hati “

Sabda Rasullullah yang bermaksud:

Bagi orang yang hatinya murah ada tiga alamat iaitu:
1. memberi kemaafan kepada orang yang bersalah terhadapnya
2. mengeluarkan zakat
3. suka bersedekah

Kesimpulannya:

1.  Orang yang suka memaafkan orang lain adalah orang yang mengamalkan sunnah Nabi saw. Seperti catatan pada post yang telah lalu dalam tajuk “Pemaafnya Nabi”.
Ustazah pernah mendengar sesi motivasi di TV oleh Dr Fadillah Kamsah bahawa orang yang suka memaafkan orang adalah manusia yang positif. Manusia yang positif beroleh banyak manfaat dalam kehidupan sehariannya. Orang yang negatif akan mudah mendapat sakit 20% lebih cepat dari orang yang positif.

2.  Dalam islam mengeluarkan zakat rukun islam yang keempat. Hukumnya wajib. Jadi…zakat pula perlulah dikeluarkan mengikut syarat2 tertentu. Ramainya…lagi orang yang masih tidak mahu mengeluarkan zakat. Kerana dibimbangi akan berkurangan hartanya. Tetapi hakikatnya tidak. Allah akan membersihkan harta kita serta menyuburkannya. Ianya juga menyebabkan harta semakin bertambah.

3.  Suka bersedekah , sering membantu golongan susah dan miskin yang sangat memerlukan bantuan memang seorang yang murah hati!. Sedekah jariah yang kita lakukan semasa hayat kita di dunia ini tidak akan terputus , malahan ia membantu kita untuk memberati timbangan hisab nanti.

Marilah muhasabah diri kita bersama-sama. Sekiranya kita ada melakukan ketiga2 tanda di atas Alhamdulillah maka kita adalah orang yang murah hatinya..

Jika belum lakukanlah sekarang jangan berlengah lagi.

Wallahhu’alam

-ustazah azimah-

Mimpi Rasullullah..(siri 1)

Assalamualaikum wbt … dan salam penuh penghargaan

Buat semua pembaca blog ustazah yang sentiasa suka membaca, seperti ustazah juga yang suka menulis….

Kali ini ustazah suka nak kongsikan tentang Mimpi Rasullullah..saw

Ustazah ada membaca sebuah buku lama dalam simpanan ustazah dan suka ustazah nak kongsikannya di sini :

Hadis Nabi dari Abdul Rahman b. Samurah ra berkata, Nabi SAW bersabda:
Sesungguhnya aku telah bermimpi yang menakjubkan pada malam kelmarin.

1.Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikatul maut untuk mengambil nyawanya, maka terhalang disebabkan ketaatan kepada kedua ibubapanya.

2. Seorang umatku yg telah disediakan azab kuburnya , maka ia diselamatkan oleh berkat wudhuknya.

3. Seorang umatku dikerumuni oleh syaitan2 , maka ia diselamatkan oleh berkat zikirnya kepada Allah.

4. Seorang umatku diseret oleh malaikatul azab , tetapi solatnya telah melepaskan dia dari seksaan itu.

5. Seorang umatku yang dahaga yang amat berat, setiap kali ia pergi ke telaga ia dihalang dari minum, ketika itu datanglah pahala puasanya memberi ia minum hingga ia berasa puas.

Setakat ini dulu kita akan sambung pada siri akan datang tentang mimipi Nabi saw.

WALLAHU’ALAM

-ustazah azimah-