Blog Ustazah Azimah

Perkongsian Ilmu Berkaitan Hal Keagamaan

Archive for the ‘Sirah nabi’


Allah bersifat AL-HADI..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan

Bertemu lagi pada kali ini dengan tajuk yg suka ustazah nk kongsikan di sini iaitu “AL-HADI ALLAH”

Al-Hadi bermaksud Allah itu Maha Memberi Pertunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Ustazah ulang sekali lagi Allah memberi Pertunjuk kepada sesiapa yang Dia KehendakiNya.

Ini bermaksud Allah memberi pertunjuk atau hidayah kepada insan/orang yang Dia pilih sahaja. Jadi berdoalah kita dan memohon selalu pertunjuk dari Allah sepertimana dalam Surah AlFatihah yg selalu kita baca ayat 6 yg bermaksud “Ya Allah tunjukkanlah kami jalan yang lurus”.

Walaupun kita dibesarkan dalam keluarga yang berlatar belakangkan islamik sejati tetapi belum tentu hidayah Allah menjadi milik kita sepenuhnya. Sebab apa ustazah cakap begitu kerana kadangkala ada manusia ini yang tak rela melakukan perkara kebaikan dengan sendirinya, mereka melakukan mungkin kerana sudah terbiasa dan jadi rutin harian atau menurut arahan atau perintah ibubapa.Sebab memang dah dari kecik2 lagi dah buat. Bila buat dengan hati yg tak ikhlas bila jauh dari ibu bapa amalan mereka itu tadi mereka tinggalkan. Hidayah dan Iman juga tidak dapat kita warisi dari ibu dan ayah baik.

Dan jikalau sekiranya hidayah itu memang telah ada dari kita kecil atau sejak azali lagi semua manusia di muka bumi Allah ini tidak akan melakukan kerosakan, kejahatan dan perbuatan maksiat. Tentu hidup kita pun aman. Dan tidak juga Allah jadikan syurga dan neraka itu. Sedangkan syurga tempat manusia yang berbuat amalan kebajikan dan neraka itu pula tempat manusia yg berbuat amalan kejahatan.

Kita kembali kepada sejarah Islam di mana Syaidina Umar yang gagah, bengis dan sangat memusuhi Islam, setelah Nabi saw berdoa dan memohon kepada Allah semoga suatu hari nanti Umar beroleh hidayah dan memeluk islam. Alhamdulilah doa Nabi saw diperkenankan oleh Allah dan Umar pun memeluk Islam. Tetapi bagaimana pula dengan Paman Nabi saw Abu Talib yang memelihara nabi sejak kecil dan menyayangi Nabi saw melebihi anak kandungannya, sentiasa menyokong Nabi dalam  berdakwah menyiarkan syiar Islam tapi beliau tidak pun dapat hidayah untuk memeluk Islam. Renungkan dan fikirkanlah antara orang yang dapat hidayah ialah orang yang dipilih Allah.Justeru itu memohonlah kita pada setiap hari dengan doa ini yang selalu ustazah gunakan ” Ya Allah berikanlah aku/kami taufiq dan hidayah mu, dan janganlah Engkau sesatkan kami setelah engkau bveri kami pertunjuk.

Di sini ustazah titipkan ciri2 orang yang mendapat hidayah Allah:
1. Bersifat gigih
2. Bersifat sabar dan tekun
3. Berilmu
4. sentiasa ikhlas dan redho

Dan mengapa pula kita memerlukan hidayah dari Allah:
1. manusia bersifat lemah
2. menghindari diri dari kesesatan
3. mengharapkan keampunan dan keredhoan Allah
4. manusia memerlukan perlindungan Allah dari hasutan dan bisikan syaitan

Tajuk yang ustazah bincangkan di sini adalah juga sebagai membalas pertanyaan dari seorang hamba Allah yang telah menghubungi ustazah di ruangan komen pada post “Amalan Wanita Solehah”. Harap semuanya jelas amin.

Wassalam

-ustazah azimah-

Amalan menjadi wanita solehah..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan

Bertemu lagi kita pada kali ini dengan tajuk yg suka ustazah nak kongsikan iaitu “AMALAN  MENJADI WANITA SOLEHAH”.

Memang semua wanita bercita2 untuk menjadi wanita solehah dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah. Disini ustazah tuliskan serba sedikit tips atau ciri2 yg boleh diamalkan untuk menjadi wanita solehah.

Amalan-amalan itu ialah:

1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya.  Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!

Begitulah serba sedikit amalan untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat semua yg bercita2 menjadi wanita solehah..InsyaAllah.

Wassalam

-ustazah azimah-

Khasiat buah kurma..

kurmasafia-tangkaiAssalamualaikum wbt dan salam ukhwah

Bertemu lagi kita kali ini, marilah kita bersama memanjatkan kesyukuran atas kurniaan Illahi dgn memberi kesihatan dn kekuatan kita utk melakukan ibadat kepadanya. Terima Kasih Ya Allah.

Diam tk diam dh 24 Syabaan dlm masa beberapa hari lagi kita akan bertemu dgn kedatangan bulan yg paling mulia, bulan yg penuh dgn keberkatan dan kerahmatan. Tak sabar rasanya… anak2 ustazah pun sibuk seronok nak tunggu ramadhan.. tp kanak2 bukan lah sibuk nk puasa sangat, sibuk nk raya sbb nak kumpul duit raya… tu yg lebihnya! tkpe lah namanya pun kanak2. Ummi dia dulu pun mcm tu jugak mana nk tumpahnya kuah kalu tk ke lantai…he he.

Buah apa yg sering dikaitkan dgn kedatangan bulan Ramadhan. Tentulah buah kurmakan.. ada juga yg suka panggil buah tamar.Ada ke perbezaan kurma dan tamar? sesiapa boleh beritahu tolonglah ustazah ya.

Pada catatan ustazah kali ini suka ustazah nak kongsikan khasiat buah kurma.

Berbuka didahului dgn buah kurma adalah merupakan amalan junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. Jadi sekiranya kita ingin mengikut sunnah Baginda eloklah kita melakukan demikian juga.

KHASIAT BUAH KURMA adalah seperti berikut:

1. Memperkuatkan daya tahan tubuh (imun).
2. Meningkatkan stamina.(memberi tenaga).
3. Mencegah pereputan tulang (osteoporosis).
4. Mempercepat penyembuhan penyakit.
5. Sangat baik untuk nutrisi ibu hamil, menyusui dan pada masa merancang kehamilan.
6. Baik untuk pertumbuhan tulang kanak-kanak.
7. Meningkatkan kadar sel darah dan mencegah anenmia.
8. Melancarkan pembuangan air besar. (bagi yg mengalami sembelit)
9. Kurma mengandungi serat tinggi , vitamin serta mineral yg diperlukan oleh tubuh kita.
10. Kurma juga mengandungi potasium dua kali ganda lebih byk dari sebiji buah pisang.
11. Kurma boleh melindungi badan dari pengumpulan kadar kolesterol.
12. Kurma bebas dan tidak mengandungi sodium, kolesterol dan tanpa lemak.
13. Mencegah penyakit kanser dan jantung.
14. Baik utk rawatan batuk, sakit kerongkong, demam, cirit birit, bronkitis dan sakit perut.

Sumber ini adalah dari pembacaan ustazah melalui majalah Rasa keluaran September.

Kredit gmbr dari saudagarkurma.blogspot.com

Selamat berpuasa dan selamat makan kurma.

Wassalam.

-ustazah azimah-

Allah itu bersifat AsSobuur..

Assalamualaikum dan salam persaudaraan

Ustazah nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa saje yg sudi singgah atau berkunjung ke blog ustazah yg tak sepertinya ini. Blog ini ustazah tulis berdasarkan ilmu yg ada sedikit cuma, melalui pemerhatian, melalui pengalaman dan juga melalui bahan2 bacaan serta tajuk2 dlm sukatan pelajaran Pendidikan Islam. Bila ustazah mengajar di kelas dan ustazah rasa tajuk itu sesuai utk dikongsikan maka ustazah akan catatkan di sini. Bahasa yg mudah digunakan agar ia memberi manfaat kpd semua, maklumlah ustazah pun ustazah sek rendah jer..

Pada kali ini suka ustazah nak kongsikan tajuk ” Allah itu bersifat AsSobuur” yg bermaksud Allah itu Maha Sabar.

Pengertian Allah bersifat AsSobuur ialah Allah swt itu bersifat Maha Sabar dan tidak terburu-buru.

Dalil aqli ialah: Allah itu tidak terburu2 menghukum hambanya yg derhaka dgn serta merta dan Allah menangguhkannya hingga hari Akhirat nanti. Allah juga memberi peluang agar hambanya yg derhaka itu memohon maaf dan bertaubat.

Kita juga patut mengamalkan sifat sabar dlm kehidupan kita seharian. Terutama sabar dlm mendidik anak2 sendiri dan anak2 murid bagi seorang guru. Kita terpaksa bersabar melayan kerenah mereka walaupun adakalanya kelakuan mereka amat mencabar kesabaran kita! sabar..sabar

Sabar itu salah satu cabang iman, Allah itu sentiasa bersama2 dgn orang yg sabar. Apa yang perlu kita buat…SABAR!

Nabi saw adalah contoh terbaik dalam bab ini, suka ustazah kongsikan satu cerita yg terjadi kepada Nabi saw yg bersabar dalam menyampaikan dakwah Islamiah.

Di Kota Madinah , terdapat seorg pengemis miskin Yahudi yg buta. Dia selalu memfitnah Nabi saw dan menyuruh org ramai memulaukan Baginda. Tetapi setiap pagi Nabi saw akan mengunjungi beliau dan menyuapkan makanan kpd pengemis itu tanpa bersuara. Terlebih dahulu Nabi saw akan menghalusi (menghancurkan) makanan itu sebelum disuap ke mulut pengemis tersebut.
Baginda sangat bimbang pengemis itu akan tercekik. Begitulah sayang nya Nabi saw kpd semua makhluk Allah.

Pada suatu hari Syaidina Abu BAkar AsSiddiq bertanya kpd anaknya Aisyah ” Wahai Aisyah apa lagi amalan Rasullullah saw yg belum lagi aku lakukan?”. Aisyah menjawab ” semua perkara ayahanda dh lakukan kecuali satu shj . Setiap pagi Nabi saw akan ke pasar dan membawa makanan utk pengemis yg buta di sana. Lalu ABu Bakar pun bertemu dgn pengemis tersebut dan dia menyuapkan makanan ke mulut pengemis buta itu. Lalu berteriaklah pengemis itu sambil marah ” Siapakah kamu..?kamu bukan org yg biasa menyuapkan aku, kerana beliau selalu menghaluskan makanan itu sebelum menyuapkan ke mulutku”. Syaidina Abu Bakar tidak dapat menahan air matanya sambil berkata ” Aku memang bukan org yg biasa dtg kpdmu, kerana insan mulia itu sudah tiada. Orang itu ialah Muhammad Rasullullah saw”.

Pengemis tersebut tergamam dan menanggis dan berkata “benarkah demikian? selama ini aku sering mencaci dan memfitnahnya, tetapi dia tidak pernah memarahiku bahkan dia melayanku seolah2 aku bapa kandungnya.
Akhirnya pengemis itu memeluk islam di hadapan Syaidina Abu Bakar. Alhamdulillah…

Begitulah besarnya berkat kesabaran Nabi saw. Kita pun semua ustazah seru terutama diri ustazah sendiri utk sentiasa bersabar dlm menjalani kehidupan seharian. Laluilah hari2 kita ini dgn redho, ikhlas dan tawakal. Selalu kita ingat bahawa Allah sentiasa bersama orang2 yg sabar. Jika kita sabar, Allah pasti beri kita jalan dan memudahkan semua urusan kita InsyaAllah.

Wassalam

-ustazah azimah-

Allah bersifat dgn ‘Iradat’..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Bertemu lagi kita pada kali ini dan suka ustazah nak kongsikan pada kali ini tajuk Iradat Allah.
Iradat Allah itu bermaksud Allah itu Maha Berkehendak. Kehendak Allah pula pasti akan terjadi dan berlaku. Tiada sesiapa atau apapun yang boleh menghalang kehendak Allah itu.Jika Allah menghendaki sesuatu itu berlaku, Hanya dgn berkata ‘KUN’ (jadilah) maka ia akan terjadi.
Berbeza dgn kehendak manusia, kehendak manusia pula tidak semestinya berlaku kerana terdapat banyak halangan dan bergantung kepada kehendak Allah jua.

Adapun tujuan kita beriman dgn Iradat Allah itu Ialah:
1. Redho dgn Irradat Allah
2. Ikhtiar
3. Yakin
4. Tidak putus asa
5. tawakal kpd Allah
6. Iman bertambah
7. Sabar menghadapi ujian Allah

Disini suka ustazah utk menyampaikan sebuah cerita tentang Iradat(kehendak) Allah.Cerita tentang Raja Namrud membakar Nabi Ibrahim as hidup-hidup

Raja Namrud amat murka kpd Nabi Ibrahim as kerana baginda mengajak manusia supaya beriman kpd Allah. Namrud pun memerintahkan supaya Nabi Ibrahim as dihumban ke dalam api. Apabila tiba masa yg telah ditetapkan. Unggun api yang besar pun dinyalakan. Raja Namrud berasa sangat gembira kerana hari itu diakan membakar Nabi Ibrahim as hidup2. Nabi Ibrahim as tetap tenang. Apabila api sudah benar2 marak Nabi Ibrahim as pun ditolak ke dalam unggun api tersebut.

Allah dengan IradatNya menghendaki supaya Nabi Ibrahim as hidup dan selamat. Lalu Allah berfirman kepada api ” wahai api, sejuklah engkau dan selamatkanlah Nabi Irahim as “. Setelah api tersebut api dan kayu2 api semua sudah menjadi arang, keluarlah Nabi Irahim as dengan selamat seolah2 tiada apa pun yang berlaku. Lihatlah kalau Allah menghendaki sesuatu tiada sesuatu pun yg dapat menghalang kehendaknya itu.

Begitulah ye semua pengujung ambillah iktibar dari kisah nabi diatas. Apapun yg Allah ingikan sesuatu itu berlaku kpd kita maka ianya akan berlaku. Cumanya dgn akal yg Allah berikan, kita ada daya usaha dan ikhtiar. Apa yang tidak baik kita jauhilah ya..dan apa yang baik kita lakukanlah!

Wassalam

-ustazah azimah-

Ilmu Allah..

Assalamualaikum dan salam ukwah

Bertemu Kita kembali pada kali ini dgn tajuk yang suka ustazah nak kongsikan iaitu Allah bersifat dgn Ilmu iaitu berpengetahuan. Adapun Ilmu Allah itu tidak setanding dgn ilmu kita manusia. Ilmu Allah merangkumi semua yg ada di langit dan di bumi. Tiada sesuatu apa pun yg Allah tidak tahu melainkan Allah tahu kesemuanya. Oleh itu suka ustazah datangkan satu cerita yang berlaku di zaman Khalifah Umar Al Khatab.

Pada suatu malam seperti biasa Khalifah Umar akan berjalan2 di sekeliling kota meninjau2 dan mencari tahu apa masalah yg berlaku kepada masyarakat di tempat beliau di Kota Madinah. Setelah penat berjalan beliau pun berhenti rehat di tepi sebuah rumah. Tiba2 Khalifah Umar terdengar perbualan antara seorang ibu dan anaknya.

Ibu : Wahai anakku kau campurkanlah sedikit air ke dalam susu itu agar ianya menjadi lebih banyak!

Anak : Ibu, Khalifah melarang kita menipu dalam perniagaan

Ibu : Tidak mengapa, khalifah tidak melihat apa yang kita lakukan..

Anak : Walaupun Khalifah tidak mengetahui tetapi Allah Maha Mengetahui apa yang kita lakukan

Pengajaran yang dapat kita simpulkan di sini ialahkita tidak boleh melakukan sebarang penipuan atrau perkara kejahatan kerana ada yang melihat dan mengetahui segala apa yang kita lakukan iaitulah Allah swt . Ingatlah kita bahawa Allah sentiasa melihat gerak geri dan tingkah laku serta Allah juga mencatat apa2 saje yg kita lakukan..

Wassalam

-ustazah azimah-