Blog Ustazah Azimah

Perkongsian Ilmu Berkaitan Hal Keagamaan

Archive for the ‘Sirah nabi’


Selawat Tafrijiyah..jom kita baca

selawat_nariyah_3b1

Assalamualaikum WBT dan Salam Ukhwah

Bersempena dengan Maulidur Rasul ustazah kongsikan bersama bacaan selawat untuk kita semua. Marilah kita semua membacanya dan menjadikannya amalan seharian atau juga wirid sesudah solat. Banyak Khasiat dan fadilatnya.

Jom baca…

Tanda-tanda Kenabian..

Bersempena dengan kedatangan Ulang tahun Kelahiran Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad saw.

Nabi Muhammad dilahirkan pada 12 RabiulAwal Tahun Gajah, subuh Isnin.

Nabi Muhammad saw telah dilahirkan dengan tanda2 kenabiannya seperti:

1. SEBELUM KELAHIRANNYA:

-Ibunya sering bermimpi akan cahaya putih yang bersinar dan menerangi Mekah.

-Raja Abrahah (Raja Parsi) telah menyerang Mekah untuk ,meruntuhkan Kaabah tetapi tidak berjaya kerana Allah telah mengutuskan burung Ababil untuk menghapuskan Tentera Bergajah Abrahah itu. Kerana itu jugalah Tahun itu dinamakan tahun gajah.

-Ibunya mengandungkannya akan hal keadaannya sangat ringan walaupun sudah cukup bulan

2. SEMASA DILAHIRKAN :

- Api sembahan Majusi itu yang bernyala dari ribuan tahun lalu terus terpadam secara automiknya

- Sesudah dilahirkan keadaanya tangannya melekap kebumi, mukanya mendongak ke langit (sudah merangkak)

- sudah berkhatan (bersunat)

3. SESUDAH DILAHIRKAN :

- semasa Nabi saw berumur 4 tahun dadanya dibedah oleh Malaikat dan dicuci hatinya dgn air zam zam

- semasa berumur 6 tahun Nabi saw mengikut bapa saudaranya Abu Talib berniaga ke Syam, semasa berjalan awan sentiasa memayungi beliau.

Begitulah kisah Kelahiran Nabi saw yang sangat berbeza dengan kelahiran kita atau bayi2 biasa. Kerana Allah ingin menunjukkan kepada kita semua bahawa Nabi saw itu sangat istimewa dan hebat orangnya sejak dari sebelum , semasa dan selepas beliau dilahirkan.

Jika kita inginkan syafaat dan pertolongan Nabi saw hendaklah kita rajin dan selalu berselawat ke atas baginda.

Wallahu’alam

-ustazah azimah-

Hukum Berkahwin Bagi Lelaki..

Assalamualaikum Wbt dan Salam Persaudaraanimagespengantin

Bertemu lagi kita dengan tajuk yang ustazah ingin kongsikan pada hari ini ialah dalam bab Munakahat iaitu:

“HUKUM BERKAHWIN BAGI LELAKI”

Hukum ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:-

1. WAJIB BERKAHWIN:

Sekiranya seseorang itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar “mahar”(mas kahwin) dan mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin. Beliau juga tidak berniat untk menganiya isterinya selama berumah tangga. Di samping itu, beliau juga yakin akan terdorong melakukan maksiat (zina) di sebabkan runtunan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin.

2. SUNAT BERKAHWIN:

Kepada orang yang mampu, tetapi aman dirinya daripada terjatuh ke lembah maksiat. Ini adalah hukum asal perkahwinan.

3. HARUS  BERKAHWIN:

Bagi seseorang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tidak berkahwin serta mampu.

4. MAKRUH BERKAHWIN:

Apabila seseorang itu  bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya. Di samping itu, dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu  dan juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi peperangan.

5. HARAM BERKAHWIN:

Bagi seseorang yang tidak dapat menunaikan kewajipan2 terhadap isterinya lahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiaya.

Begitulah tadi hukum2 berkahwin bagi lelaki buat panduan kita semua yang ustazah ambil dari buku yang ustazah baca iaitu                                           “Indahnya Hidup Bersyariat”..

WAssalam

-ustazah azimah-

Solat dan Manusia Yang Pertama mengerjakannya..

solat-berjemaahAssalamualaikum WBT dan Salam Tahun Baru 2010

Bertemu lagi kita pada tahun yang baru ini. Sesungguhnya sudah lama ustazah tidak update blog ni kerana sememangnya sibuk dengan banyak perkara seperti membeli peralatan dan keperluan sekolah anak2, mengunjungi saudara mara yang mengadakan kenduri dan minggu lepas sibuk dengan mesyuarat disekolah.

Hari ini suka ustazah berkongsi dengan satu buku yang ustazah baca tentang “Solat Fardhu 5 waktu dan Siapakah Manusia Yang mula mengerjakannya”.

1. Solat Fardhu Subuh :
Waktunya bermula setelah terbit fajar sadiq hingga terbitnya matahari.
Manusia yang pertama mengerjakannya ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar, Nabi Adam a.s pun Solat 2 Rakaat. Begitulah asal usulnya solat subuh.

2. Solat Fardhu Zuhur :
Waktunya mulai gelincir matahari ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.
Manusia pertama yang solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s , iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s , Apabila seruan itu datang sujudlah Nabi Ibrahim sebayank 4 rakaat.

3. Solat Fardhu Asar :
Waktunyandimulai setelah habis waktu Zuhur iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.
Manusia yang pertama mengerjakan solat ini ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s di tepi pantai pada waktu Asar,. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s lalu solat 4 rakaat.

4.Solat Fardhu Maghrib :
Waktunya mulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila cahaya merah telah hilang.
Manusia pertama yang mengerjakan Solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s , iaitu apabila baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedangkan pada waktu itu matahari telah terbenam, Bersyukur Nabi Isa a.s lalu baginda solat 3 rakaat.

5. Solat Fardhu Isyak :
Waktunya dimulai setelah hilangnya cahaya merah sampai terbit fajar.
Manusia pertama yang melakukan solat ini ialah Nabi Musa a.s . Ketika itu Nabi Musa tersesat mencari jalan keluardari negeri Madyan. Baginda amat berdukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan berdukacitanya itu pada waktu Isyak. Lalu Nabi Musa a.s pun bersolat 4 rakaat sebagai tanda bersyukur.

Begitulah asal usul waktu solat fardhu 5 waktu yang dikerjakan oleh kaum Muslimin dan Muslimah.

Sekian buat kali ini.

Wassalam

-ustazah azimah-

Binatang Korban AidilAdha..

kambing2Assalamualaikum wbt dan Salam AidilAdha

Buat semua pengunjung dan pembaca setia blog ustazah

Tajuk yang ustazah nak kongsikan disini kali ini ialah “KORBAN”

Sempena hari raya AidilAdha ini tajuk ini sangat sinonim le, Istilah Korban ialah : Korban bermaksud hampir, Dari segi Istilah pula menyembelih binatang tertentu pada hari raya AidilAdha atau Hari Tasrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat atau menghampirkan diri dengan Allah swt.

Dalil yang menerangkan tentang Qurban ini ialah : Surah AlKausar ayat 2. Yang bermaksud : “Maka dirikanlah solat kerana TuhanMu dan berkorbanlah”.

Sabda Rasullulah SAW yang bermaksud ” Nabi SAW telah berkorban dengan menyembelih 2 ekor kibasy bewarna putih dan bertanduk. Baginda sendiri yang menyembelih kedua-duanya dan Baginda menyebut nama Allah, bertakbir sambil meletakkan kakinya di atas tengkok kibasy tersebut.

Hukum Korban ialah Sunat Muakkad, iaitu sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan tetapi dihukumkan wajib apabila bernazar.

Orang yang berkorban dianjurkan menyembelih sendiri binatang korbannya, jika tidak boleh menyembelih sunat melihat binatang korban itu semasa penyembelihan dilakukan.

Apakah pula binatang2 yg boleh dikorbankan:
Binatang3 itu mestilah elok keadaanya, sihat , tidak cacat, tidak buta, tidak kurus, tidak berkurap, dan sah untuk dikorbankan seperti berikut:

1. Kambing biri2 yg berusia satu tahun ke atas

2. Kambing biasa yg berusia 2 tahun ke atas

3. Unta yg berusia 5 tahun ke atas

4. Lembu atau kerbau yang berusia 2 tahun ke atas

Syarat orang yang ingin melakukan ibadah korban:

1. Islam

2. Baligh dan berakal

3. Berkemampuan

Justeru itu ustazah menyarakan kepada rakan pembaca yang berkemampuan bolehlah melakukan ibadah korban tersebut. Ustazah dan keluarga pun masih belum berkemampuan lagi , InsyaAllah kalau dapat ustazah berazam dan bercita-cita untuk melakukan ibadah korban itu suatu hari nanti InsyAllah. Moga Allah murahkan rezeki ustazah sekeluarga Aminnn…

Wassalam

-ustazah azimah-