Hari Bapa…
Assalamualaikum wbt ..dan salam buat semua yang bergelar bapa..
Bertemu lagi kita pada catatan ustazah kali ini iaitu tentang sambutan yang sedang diraikan diseluruh negara iaitu ” Sambutan Hari Bapa”
Selamat menyambut Hari Bapa kepada semua lelaki di luar sana yang bergelar bapa…termasuklah suami ustazah iaitu bapa kepada anak2 ustazah yang 2 orang tu. Iaitu En Amir Hakimi b. Meor Mohamed dan teristimewa juga buat bapa ustazah yang telah kembali kerahmatullah hampir 11tahun yang lalu iaitu Tn Hj Ismail b Hj Ahmad. Dengan ucapan Sekalung Penghargaan dan JutaanTerima Kasih , Semoga Jasa dan Pengorbananmu Mendidik dan membesarkan ku selama ini akan diberkati Yang Esa buat selamanya. Damailah pusaramu di sana bersama sewangin doaku untukmu bapaku…Moga kau di tempatkan bersama Para Solihin dan Syuhadah di taman 2 syurga , Aminn…!
Siapakah Bapa??…Bapa ialah seorang insan lelaki yang garang, tegas dan jarang bermesra dengan anaknya. Orang yang paling ditakuti. Dengar bunyi motosikalnya pulang kerumah, semua anak2 dan kecut perut…! jika sedang menonton kartun kegemaran , terus sahaja mematikan suiz tv. Pura-pura buat baik dengan mengambil buku atau alquran bersedia untuk diajar mengaji. Duit…sangat jimat. Pakaian yang kita pakai semua pilihan mereka dari segi fesyen , corak dan warna yang pastinya mesti menutup aurat. Hendak minta dibelikan mainan jauh sekali…bawa berjalan atau bersiar-siar pun tak pernah. Nak pergi ikut rombongan sekolah tak pernah dapat keizinan… . Semuanya mereka tentukan hatta kadangkala cita-cita anak2 pun mereka tentukan. Bila berpakaian “tak kena” sindiran yang diterima nak ber’sport’ ke..?: katanya.Kalau tak baca buku dia tak marah tapi kalau tak solat tak mengaji siaplah kami adik beradik…. Itulah karektor bapa ustazah… (more…)










