Blog Ustazah Azimah

Buat Yang Disuruh, Tinggal Yang DiLarang..

Archive for the ‘kemusykilan agama’


Soalan dari pembaca(5)..Haid dan masalahnya

Assalamualaikum WBT dan Salam Perpaduan

Bertemu lagi kita , ustazah sebenarnya ketika ini sangat sibuk dengan tugasan di sekolah itu sebabnya agak lama blog ini tidak di’ update’kan . Mohon maaf banyak2 ye. (sibuk nak sukan)

Hari ini ustazah ingin menjawab solan dari pembaca mengenai

“Haid dan perkara yang haram dilakukan ketika waktu itu (period)”

Soalan beliau:

Assalammulaikum wbt. Ustazah, sy ada bbrp kemusykilan berkenaan m’bc Al-Qur’an ketika uzur.
i. belajar ilmu tajwid/belajar mengaji ketika uzur. semasa belajar tajwid, perlu membaca ayat2 Al-Qur’an untuk disemak oleh guru.
ii. mengajar kawan2/anak2 ketika uzur. semasa mengajar, perlu membaca ayat2 Al-Qur’an sbg panduan untuk dibaca oleh org yang diajar.

Perkara Yang Haram dilakukan ketika Haid:

1. Solat

2. Membaca, menyentuh dan membawa Al-Quran

3. Tawaf

4. Bersetubuh

5. Bercerai

6. Puasa

7. Iktikaf (berhenti) di dalam masjid

Permasalahan yang biasa bagi orang haid:

1. Orang yg sedang haid boleh membaca sedikit dari ayat Quran seperti basmalah dengan niat zikir. Zikir boleh ya. Juga ayat2 kategori pelindung diri seperti 3 qul.

2. Jadi belajar tajwid itu boleh le maksudnya. Tetapi jika boleh sebaiknya tidak dibaca ayat tersebut untuk diperdengarkan kepada guru. Lain kali bila dah suci barulah kita cuba perdengarkan kepada guru bacaan kita itu.

3. Mengajar anak jika semasa haid bila ngajar seperti kalimah2 tu sepotong dua boleh le anggapkan zikir.  Jika guna buku iqra 1-3 okey le bila dh masuk 4-6 tu dah banyak kalimahnya tak usah lah. Bila uzur kalau ustazah, ustazah ajar anak2 jawi pula.  atau bacaan2 dalam solat test mereka niat solat ke? nanti dah suci ajarlah balik, bolehkan?

Ustazah harap semuanya telah jelas dan dapat membantu saudari yang bertanya.

Wallahu’alam

-ustazah azimah-

Soalan dari pembaca..

Assalamualaikum WBT dan Salam Ukhwah

Jutaan terima kasih ini ustazah tujukan kepada semua pembaca blog ini, dan segala pertanyaan dan kemusykilan akan ustazah jawab insyaAllah.

Peti mailbox ustazah dihujani dgn pelbagai soalan dan pertanyaan juga kemusykilan dari pembaca. Tapi yang satu ini membuat ustazah agak ‘tersentuh’ jua biarlah ustazah jawab dengan Nas Quran dahulu dan kemudian ustazah minta si pulan yg bertanya supaya berfikir dgn akal yg Allah kurniakan.

Inilah solan beliau:

Salam Ustazah. Nak tanya kalau dah ada 4 isteri, nak kahwin baru. Jadi nak cerai isteri yg mana? yg no.1 atau yg macamana?

Kepada tuan yang bertanya:

Renungkan  firman Allah Surah Annisa ayat 3 maksudnya:

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan (apabila kamu berkahwin denganya), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan itu 2, 3, atau  4. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu) maka kahwinlah dengan seorang sahaja, atau pakailah hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (baik) untuk mencegah kamu dari melakukan kezaliman.”

Demikianlah Nas yg telah Allah turunkan buat tatapan dan renungan para lelaki yang ingin berkahwin lebih dari satu.

Tetapi tuan bertanyakan saya jika dah ada 4 isteri jika nk kahwin lagi nak ceraikan yang mana satu? yg itu tuan fikirlah sendiri , bukankah isteri2 itu isteri tuan.

Tapi ustazah pula nk tanya pd tuan adakah Allah suruh lelaki2 yg punya isteri lebih boleh menceraikan isteri2 nya sesuka hati. Walaupun talak itu halal tetapi itulah perkara yang paling Allah murka.

Isteri itu insan yg paling rapat dgn kita yg sanggup bersusah payah dgn kita, jika ada anak dia ibu kepada anak2 kita. tergamakkah kita nk menceraikannya hanya kerana kita terpikat kepada perempuan lain? banyakkah lah puasa sunat kerana ianya boleh melemahkan nafsu syahwat kita yang berlebihan itu.

Jika nak tambah isteri lagi harapan ustazah, semaklah dahulu isteri dan anak2 kita tu dah lengkapkah ilmua dunia dan akhirat yg kita berikan kepada mereka. Jika belum tunaikanlah selagi umur masih dikandung badan. Bila isteri ramai, anak pun sudah tentu ramai ini beerti tanggjwab lelaki pun berat. Fikir2kan lah..

Wassalam

Kemusykilan dari pelawat blog..Tatacara berpakaian

Assalamualaikum WBT dan Salam Ukhwah

Alhamdulilah bertemu lagi kita pada kali ini, post atau entry ustazah kali ini ialah tentang menjawab soalan dari pengunjung yg datang ke blog ustazah ini.

Soalan pertama :

Ustazah wajibkah kita memakai stoking?

Jawapan: Aurat perempuan ialah dari hujung rambut hingga ke hujung kakikecuali tapak tangan dan muka sahaja. Jadi wajib kita memakai stoking sama seperti kita menutup kepala(memakai tudung)

Soalan kedua :

Tabaruj itu ialah berhias, untuk wanita islam berhiaslah sekadarnya supaya kita kelihatan kemas dan mengikuti lunas2 Islam dan syariat agama kita. Tidak melampau, dan tidak pula comot dan kotor sehingga boleh menjatuhkan imej wanita islam. Lihat sahajalah ustazah2 yg selalu keluar Tv seperti Dato Ustazah Siti Nor Bahiyah, Ustazah Asni Alhafizah kan mereka pun nampak cantik, Allah pun suka yang cantik.

Soalan ketiga :

Tentang warna tudung atau jenis kain yg patut digunakan?

Warna apa pun tkpelah, jenis kain pula kalau boleh janganlah jarang atau terlalu nipis ya hingga menampakkan yang hendak kita tutup iaitu tengkok.

Soalan keempat :

Adakah boleh kita guna tudung kain bawal yg bidang 45″ kerana kainnya jarang?

Ye betul tudung kain bawal adalah ‘jarang’tetapi boleh kita pakai dengan memakai tudung pendek di dalamnya. sekarang banyak dijual di kedai2 tudung. Anak tudung itu menutup tengkok. Bidang kain tudung bergantung kepada saiz badan kita sebenarnya yang kita selesa dan sesuai, jgnlah badan kita saiz besar dan tinggi kita pakai tudung yang bidang 45″ sbb ianya akan jadi pendek dan nampak kecil sgt tidak dapat menutup apa yang patutnya kita tutup. apa pun pastikan tudung kita itu labuh dan menutup dada kita terutamanya.. UStazah agak sedih kerana melihatkan tudung sekarang yang terlampau ringkas dan pendek sangat.  Siapalah yang punya idea design tudung macam tu?.

Akhir kata , semoga jelas dan dapat membantu.

Wallahu’alam

-ustazah azimah-

Tanda-tanda orang yang sabar..

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Suka ustazah berkongsi pada kali ini tajuk

” TANDA-TANDA ORANG YANG SABAR “

Sabda Nabi SAW bersabda:

Rasullah telah bersabda, bagi orang yang sabar itu mempunyai  tiga tanda besar iaitu :-

1. Sabar dalam melakukan perintah Allah

2. Sabar menghadapi musibah dan

3. Sabar menerima qada’ Allah

dan kita juga sering diperdengarkan dengan hadis Nabi saw:

“ASsabru Minal Iman” yang bermaksud Sabar itu sebahagian dari iman.

Firman Allah yg bermaksud ” sesungguhnya Allah bersama2 orang yang sabar “.

Harapan ustazah agar kita semua menghadapi hari2 mendatang dengan penuh kesabaran.. susun perancangan hidup dengan rapi, berusahalah ke arah impian yang dirancangkan itu.., berserahlah diri kemudiannya, sabarlah atas segala yang ditentukan oleh Allah SWT kerana Dia Lebih Mengetahui apa yang terbaik buat kita semua, yang mungkin tiada dalam perancangan kita sekalipun.

Wassalam

-ustazah azimah-

Hukum Main Kutu ..

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Berdoalah kita semua agar hidup kita, kesihtan kita rezeki kita akan bertambah dan tercapailah hajat kita pada tahun ini InsyaAllah.

Suka ustazah pada kali ini  berkongsi tajuk “HUKUM MAIN KUTU”

Pengertian main kutu ialah sekumpulan manusia menyumbang dana kewangan masing2 dengan kadar yang sama pada setiap bulan dan akan dilakukan cabutan atau undian untuk siapa yang berhak menerima duit kutu yang telah dikumpulkan itu, penerima dari ahli kumpulan itu akan menerima wang kutu tersebut dengan sistem bergilir2.

Hukumnya menurut Islam , pada hukum asalnya ialah ‘HARUS’ kerana permainan ini boleh dikatakan dapat membantu sesama rakan.Dan duit yang kita dapat itu ialah duit kita sendiri sebenarnya. Bermakna setiap bulan ahli, kumpulan akan menyumbangkan pinjaman dan wang itu akan kembali kepada kita setelah giliran kita sampai pula. Kekadang jika kita simpan sendiri tk sempat duit tu banyak kita dah keluarkan…

Jadi sebelum kita memulakan permainan ini hendaklah kita mengenali ahli kumpulan yang menyertai permainan ini, pilih seorang yang akan jadi ketua dan orang itu hendaklah amanah. Sebaiknya semuanya dicatat atau ditulis dan direkodkan.

Benarkah  melakukan cabutan pada setiap bulan kerana ini mengandungi unsur2 judi atau menjadikan ianya sebagai cabutan bertuah??.

Kita lihat jawapan dari ustaz Zaharudin.net

Pendapat Ustaz Zaharudin :-

Tepat sekali, permainan ‘kutu’ akan menjadi semakin bersih dan baik jika giliran telah ditentukan dari awal agar semua pihak tidak tertunggu-tunggu.

Namun, setakat pengamatan saya berdasarkan perbincangan para ulama berkenaan asas ‘undian’ atau disebut dalam bahasa ‘Arab sebagai Qur’ah boleh dilakukan apabila semua pihak mempunyai hak yang sama untuk terpilih. Hukumnya adalah harus dan tiada unsur judi di situ. Nabi Muhammad SAW juga pernah mencabut undi untuk melihat siapa dari kalangan isterinya yang akan terpilih untuk bermusafir bersama baginda SAW.

Kesimpulannya:-

Sebaiknya semasa mula2 mencari ahli untuk aktiviti main kutu ini, kita tetapkan terus pada bulan berapakah ahli hendak menerima giliran mereka berdasarkan keperluan mereka masing2 dAan juga jumlah wang. Ini juga berlaku kepada ustazah dan rakan2  lain di sekolah yang mana ‘kepala kutu’ akan merekodkan siap2 bulan, jumlah dan nama penerima wang kutu itu.

Alhamdulilah, cuba bayangkan jika kita pinjam dgn bank pun ada interest jugakan walaupun pembiyaan islam tetap juga ada upahnya. jika main kutu bersih sebersih2nya dari semua itu.

Wassalam

-ustazah azimah-

Jenis2 darah wanita..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Bertemu lagi kita pada kali ini dengan tajuk yg suka ustazah nak kongsikan iaitu tajuk yg sangat rapat dengan orang perempuan atau wanita iaitu

” JENIS2 DARAH”

Peti email ustazah didatangi soalan ini:
(Kali pertama)
assalamualaikum..
saya ada kemusykilan tentang darah yang keluar semasa mengandung.adakah darah itu dikira seperti darah haid atau tidak?adakah wajib bersolat seperti biasa?

(kali kedua)
saya turun darah kerana keguguran.itu dikira darah kotor ke?

Pembaca yang dirahmati Allah,

Adapun darah untuk wanita itu ada 4 jenis darah:

1. Darah Haid - darah kotor yang keluar dari rahim perempuan yang bukan darah penyakit. Tempoh kedatangan haid sekurang2nya sehari semalam, Selama-lamanya 15 hari. Kebiasaan normal enam hari tujuh malam. Haid bewarna merah kehitaman, kuning tua atau berwarna coklat.Orang yang didatangi haid tidak wajib solat dan tidak boleh melakukan ibadat2 lain sehingga tempoh suci dan melakukan mandi hadas besar.

2. Darah Istihadah - darah penyakit , yang keluar melebihi kebiasaanya, umpamanya jika kebiasaan seorang wanita itu haid 15hari dan 15 malam, tetapi pada hari ke enam belas masih lagi keluar darah, maka darah itulah yg dinamakan ‘istihadah’ orang berdarah istihadah ini wajib menunaikan solatdan amalan2 lain seperti biasa.

3. Darah Nifas - darah yang keluar daripada rahim perempuan disebabkan melahirkan anak(bersalin) dan juga wanita yang keguguran juga dinamakan nifas. Tempoh darah nifas paling minimum satu lahzah (sedetik). Kebiasaanya 40 hingga sebanyaknya 60hari. Maka tidaklah wujud 44hari seperti amalan orang2 melayu.

4. Darah Wiladah
- darah yang keluar mengiringi bayi ketika dilahirkan oleh ibunya ke dunia ini.

PERKARA YG HARAM KETIKA HAID DAN NIFAS:
1. Solat
2. Puasa
3. Membaca Al-Quran, menyentuh dan membawanya
4. Tawaf
5. Bersetubuh/Jimak
6. Bercerai (orang haid sahaja) tapi talaknya jatuh
7. Iktikaf (berhenti) di Masjid

Peringatan:
Wanita yang haid/nifas boleh membaca basmalah sebagai zikir, membaca ayat2 pelindung diri seperti ayatul kursi dan 3 qul

Semoga catatan ini dapat membantu menyelesaikan masalah si pulan yg bertanya dan juga para pembaca yang lain.

Wassalam

-ustazah azimah-

Puasa 6 di bulan Syawal..

Assalamualaikum wbt dan salam lebaran

Bertemu lagi kita di catatan ustazah pada kali ini dengan tajuk yang suka ustazah kongsikan bersama iaitu tajuk “PUASA SUNAT SYAWAL/ PUASA ENAM”

Dari Abi Ayyub Al-Anshari ra bahawasanya Rasullullah saw bersabda : ” Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti nya puasa itu dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya akan sama dengan puasa setahun”
(Hadis Riwayat Muslim)

Lihatlah ya betapa beruntung dan berbahagialah sesiapa yang mampu dan berupaya melakukan dan melaksanakan puasa 6 hari pada bulan Syawal ni seperti mana yang telah termaktub didalam hadis di atas. Puasa enam hari sahaja tapi pahalanya.. sepeti berpuasa setahun, siapalah yang larat nak puasa setahun ya..kalau ustazah sendiri pun entahlah siap dgn “uzur syarie” lagi..dh tentu tk dapat punya!.

Sebenarnya pagi tadi di sekolah ustazah, sedang kami duduk2 berehat di staf room adalah seorang kawan ni bertanya ustazah k” ada orang kata bila kita puasa 6 di bulan Syawal kita kena niat dua kali, betul ke ustazah?” Apa..kena niat dua kali kenapa pula ? saya bertanya lagi kerana tak berapa faham apa yang dimaksudkan oleh sahabat saya itu. Katanya lagi:” ya la..satu niat puasa ganti, satu lagi niat puasa 6.Ustazah tolonglah beritahu saya yang mana yang sebenarnya kena ganti puasa wajib dulu ke? atau buat puasa 6 dulu kami pun dah keliru ni?kata sahabat ustazah yang lain pula.

Macam nilah ye:

1. Kita kena dahulukan perkerjaan atau perbuatan yang disuruh Allah itu yang wajib dahulu, jadi..kita terutama orang perempuan yang berniat hendak mencari pahala lebih dengan melakukan puasa sunat 6 di bulan Syawal itu mestilah terlebih dahulu mengganti atau mengqadakan puasa wajib bulan ramadhan yang telah ditinggalkannya. Tidak kiralah disebabkan oleh haid,nifas, wiladah atau pun sakit. Setelah itu bolehlah terus berpuasa sunat Syawal yang 6 hari itu tadi.

2. Tentang baca niat dua kali pula sebenarnya bukan niat yang kena baca dua kali tetapi kita berniat puasa ganti dan Allah memberi kita pahala atau dua kebaikan iaitu pahala qada puasa dan juga pahala sunat puasa 6 itu tadi, Allah itu Maha Penyanyang Lagi Maha Adil.  Sangat beruntung kita yang menjadi ummat islam ini.

3. Jika begitulah keadaannya kita orang perempuan bolehlah mengganti atau mengqada puasa ramadhan kita dengan awal, tak perlulah menunggu sampai tibanya bulan rejab/ syaaban tahun hadapan pula.Ganti awal2 kan senang, nyawa kita ni umpama telur dihujung tanduk, dh lah kita pinjam sukahati Allah lah nak ambil balik bikla2 Dia suka kan ..

Tetapi kebanyak orang melayu dan orang islam sekarang ini, banyak yang silap konsep mengutamakan yang sunat dari yang wajib. Lihat sahajalah masjid atau surau sekarang sudah sunyi semula, kekurangan jemaah berbanding semasa solat sunat tarawih tempohari penuh, sampai solat di kaki lima masjid atau surau. Sama juga fenomena waktu solat fardhu subuh pada 1 Syawal yang lalu masjid sunyi je hanya jemaah yang ‘tegar’ sahaja yang ada tapi bila masa Solat Sunat Aidilfitri melimpah2 orang.. ada yang sampai solat di atas rumput,  punya ramainye orang.. Perkara ini jugalah yang telah dibincangkan dalam AL-kuliyah TV3 pada Jumaat 25.9.09 yang lepas dgn tajuk Aidilfitri bertaqwa.

Harapan ustazah janganlah kita silap dalam melakukan kerja 2 , amalan2 atau perintah Allah. Dulukan yang Fardhu (wajib) daripada yang sunat.

Wassalam

-ustazah azimah-