Blog Ustazah Azimah

Perkongsian Ilmu Berkaitan Hal Keagamaan

Archive for the ‘kemusykilan agama’


Ganjaran Sentiasa Berzikir..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah..orgpegg-tasbih

Syukur Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kepada Rabbul ‘Izzati kerana ustazah masih mampu untuk menulis lagi buat semua pembaca yang dirahmati Allah.

Suka hari ini ustzah kongsikan ganjaran bagi orang yang sentiasa berzikir.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya bahawa Rasullulah saw bersabda:

” Allah swt berfirman:

Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengngati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya diri-Ku.

Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya aku akan mengingatinya dalam dalam suatu kaum yang lebih baik dari mereka.

Apabila mereka mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekati mereka dengan jarak sehasta.

Apabila dia mendekati-Ku dengan jarak sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa.

Apabila diadatang  kepada-Ku dalam keadaan berjalan biasa, nescaya aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak”.

Kesimpulan dari hadis di atas ialah:

1. Allah swt sangat menjaga orang yang sentiasa berzikir

2. Allah swt selalu hampir dan dekat dengan orang yang berzikir

3. Berzikir sangat banyak kelebihannya

4. Selalulah berzikir untuk ketenangan hati dan meraih kasih sayang Allah

Wassalam

-ustazah azimah-

Soalan Pembaca(6)..solat dhuha

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Bertemu lagi kita, dipanjatkan setinggi2 kesyukuran pada Allah Yang Maha Esa kerana memberi kesempatan dan kelapangan untuk ustazah menulis di blog ini.

Di sini ustazah ingin berkongsi jawapan dari pertanyaan yg diajukan kepada ustazah.

Soalannya:

salam ustazah. Dlm sbyg Dhuha. Surahnya sy tak boleh hafal. Jadi sy baca surah Alkafirun pd rakaat ptma dan surah Al iklas pd rakaat ke2. Boleh ke?

Pengertian Solat Sunat Dhuha:

Solat Sunat ini dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Bilangan rakaatnya paling sedikit ialah 2 rakaat dan paling banyak ialah 12 rakaat.

Hukumnya:

Sunat, barangsiapa yang mengerjakannya dapat pahala dan tiada pula berdosa sesiapa yang tidak mengerjakannya.

Surah yang patut dibaca ketika solat sunat dhuha:

1.  Pada rakaat pertama selepas Fatihah di baca surah Assyam

2. Pada rakaat kedua pula selepas fatihah dibaca surah AdDhuha.

tetapi boleh juga dibaca begini:

1. Rakaat 1 selepas fatihah surah AdDhuha

2. Rakaat kedua selepas fatihah surah Al-Ikhlas

atau bacalah apa2 surah yang mudah dan yang anda hafal seperti firman Allah dlm Surah AlMuzammil- ayat 20:

Firman Allah bermaksud:

“……..bacalah oleh kamu apa2 ayat yang mudah daripada Al-Quran”

Jadi pada pembaca yang bertanya itu bolehlah anda buat begitu tidak ada yang salah.

Sekian

Wallahu’alam

-ustazah azimah-


Soalan dari pembaca(5)..Haid dan masalahnya

Assalamualaikum WBT dan Salam Perpaduan

Bertemu lagi kita , ustazah sebenarnya ketika ini sangat sibuk dengan tugasan di sekolah itu sebabnya agak lama blog ini tidak di’ update’kan . Mohon maaf banyak2 ye. (sibuk nak sukan)

Hari ini ustazah ingin menjawab solan dari pembaca mengenai

“Haid dan perkara yang haram dilakukan ketika waktu itu (period)”

Soalan beliau:

Assalammulaikum wbt. Ustazah, sy ada bbrp kemusykilan berkenaan m’bc Al-Qur’an ketika uzur.
i. belajar ilmu tajwid/belajar mengaji ketika uzur. semasa belajar tajwid, perlu membaca ayat2 Al-Qur’an untuk disemak oleh guru.
ii. mengajar kawan2/anak2 ketika uzur. semasa mengajar, perlu membaca ayat2 Al-Qur’an sbg panduan untuk dibaca oleh org yang diajar.

Perkara Yang Haram dilakukan ketika Haid:

1. Solat

2. Membaca, menyentuh dan membawa Al-Quran

3. Tawaf

4. Bersetubuh

5. Bercerai

6. Puasa

7. Iktikaf (berhenti) di dalam masjid

Permasalahan yang biasa bagi orang haid:

1. Orang yg sedang haid boleh membaca sedikit dari ayat Quran seperti basmalah dengan niat zikir. Zikir boleh ya. Juga ayat2 kategori pelindung diri seperti 3 qul.

2. Jadi belajar tajwid itu boleh le maksudnya. Tetapi jika boleh sebaiknya tidak dibaca ayat tersebut untuk diperdengarkan kepada guru. Lain kali bila dah suci barulah kita cuba perdengarkan kepada guru bacaan kita itu.

3. Mengajar anak jika semasa haid bila ngajar seperti kalimah2 tu sepotong dua boleh le anggapkan zikir.  Jika guna buku iqra 1-3 okey le bila dh masuk 4-6 tu dah banyak kalimahnya tak usah lah. Bila uzur kalau ustazah, ustazah ajar anak2 jawi pula.  atau bacaan2 dalam solat test mereka niat solat ke? nanti dah suci ajarlah balik, bolehkan?

Ustazah harap semuanya telah jelas dan dapat membantu saudari yang bertanya.

Wallahu’alam

-ustazah azimah-

Soalan dari pembaca..

Assalamualaikum WBT dan Salam Ukhwah

Jutaan terima kasih ini ustazah tujukan kepada semua pembaca blog ini, dan segala pertanyaan dan kemusykilan akan ustazah jawab insyaAllah.

Peti mailbox ustazah dihujani dgn pelbagai soalan dan pertanyaan juga kemusykilan dari pembaca. Tapi yang satu ini membuat ustazah agak ‘tersentuh’ jua biarlah ustazah jawab dengan Nas Quran dahulu dan kemudian ustazah minta si pulan yg bertanya supaya berfikir dgn akal yg Allah kurniakan.

Inilah solan beliau:

Salam Ustazah. Nak tanya kalau dah ada 4 isteri, nak kahwin baru. Jadi nak cerai isteri yg mana? yg no.1 atau yg macamana?

Kepada tuan yang bertanya:

Renungkan  firman Allah Surah Annisa ayat 3 maksudnya:

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan (apabila kamu berkahwin denganya), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan itu 2, 3, atau  4. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu) maka kahwinlah dengan seorang sahaja, atau pakailah hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (baik) untuk mencegah kamu dari melakukan kezaliman.”

Demikianlah Nas yg telah Allah turunkan buat tatapan dan renungan para lelaki yang ingin berkahwin lebih dari satu.

Tetapi tuan bertanyakan saya jika dah ada 4 isteri jika nk kahwin lagi nak ceraikan yang mana satu? yg itu tuan fikirlah sendiri , bukankah isteri2 itu isteri tuan.

Tapi ustazah pula nk tanya pd tuan adakah Allah suruh lelaki2 yg punya isteri lebih boleh menceraikan isteri2 nya sesuka hati. Walaupun talak itu halal tetapi itulah perkara yang paling Allah murka.

Isteri itu insan yg paling rapat dgn kita yg sanggup bersusah payah dgn kita, jika ada anak dia ibu kepada anak2 kita. tergamakkah kita nk menceraikannya hanya kerana kita terpikat kepada perempuan lain? banyakkah lah puasa sunat kerana ianya boleh melemahkan nafsu syahwat kita yang berlebihan itu.

Jika nak tambah isteri lagi harapan ustazah, semaklah dahulu isteri dan anak2 kita tu dah lengkapkah ilmua dunia dan akhirat yg kita berikan kepada mereka. Jika belum tunaikanlah selagi umur masih dikandung badan. Bila isteri ramai, anak pun sudah tentu ramai ini beerti tanggjwab lelaki pun berat. Fikir2kan lah..

Wassalam

Kemusykilan dari pelawat blog..Tatacara berpakaian

Assalamualaikum WBT dan Salam Ukhwah

Alhamdulilah bertemu lagi kita pada kali ini, post atau entry ustazah kali ini ialah tentang menjawab soalan dari pengunjung yg datang ke blog ustazah ini.

Soalan pertama :

Ustazah wajibkah kita memakai stoking?

Jawapan: Aurat perempuan ialah dari hujung rambut hingga ke hujung kakikecuali tapak tangan dan muka sahaja. Jadi wajib kita memakai stoking sama seperti kita menutup kepala(memakai tudung)

Soalan kedua :

Tabaruj itu ialah berhias, untuk wanita islam berhiaslah sekadarnya supaya kita kelihatan kemas dan mengikuti lunas2 Islam dan syariat agama kita. Tidak melampau, dan tidak pula comot dan kotor sehingga boleh menjatuhkan imej wanita islam. Lihat sahajalah ustazah2 yg selalu keluar Tv seperti Dato Ustazah Siti Nor Bahiyah, Ustazah Asni Alhafizah kan mereka pun nampak cantik, Allah pun suka yang cantik.

Soalan ketiga :

Tentang warna tudung atau jenis kain yg patut digunakan?

Warna apa pun tkpelah, jenis kain pula kalau boleh janganlah jarang atau terlalu nipis ya hingga menampakkan yang hendak kita tutup iaitu tengkok.

Soalan keempat :

Adakah boleh kita guna tudung kain bawal yg bidang 45″ kerana kainnya jarang?

Ye betul tudung kain bawal adalah ‘jarang’tetapi boleh kita pakai dengan memakai tudung pendek di dalamnya. sekarang banyak dijual di kedai2 tudung. Anak tudung itu menutup tengkok. Bidang kain tudung bergantung kepada saiz badan kita sebenarnya yang kita selesa dan sesuai, jgnlah badan kita saiz besar dan tinggi kita pakai tudung yang bidang 45″ sbb ianya akan jadi pendek dan nampak kecil sgt tidak dapat menutup apa yang patutnya kita tutup. apa pun pastikan tudung kita itu labuh dan menutup dada kita terutamanya.. UStazah agak sedih kerana melihatkan tudung sekarang yang terlampau ringkas dan pendek sangat.  Siapalah yang punya idea design tudung macam tu?.

Akhir kata , semoga jelas dan dapat membantu.

Wallahu’alam

-ustazah azimah-

Tanda-tanda orang yang sabar..

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Suka ustazah berkongsi pada kali ini tajuk

” TANDA-TANDA ORANG YANG SABAR “

Sabda Nabi SAW bersabda:

Rasullah telah bersabda, bagi orang yang sabar itu mempunyai  tiga tanda besar iaitu :-

1. Sabar dalam melakukan perintah Allah

2. Sabar menghadapi musibah dan

3. Sabar menerima qada’ Allah

dan kita juga sering diperdengarkan dengan hadis Nabi saw:

“ASsabru Minal Iman” yang bermaksud Sabar itu sebahagian dari iman.

Firman Allah yg bermaksud ” sesungguhnya Allah bersama2 orang yang sabar “.

Harapan ustazah agar kita semua menghadapi hari2 mendatang dengan penuh kesabaran.. susun perancangan hidup dengan rapi, berusahalah ke arah impian yang dirancangkan itu.., berserahlah diri kemudiannya, sabarlah atas segala yang ditentukan oleh Allah SWT kerana Dia Lebih Mengetahui apa yang terbaik buat kita semua, yang mungkin tiada dalam perancangan kita sekalipun.

Wassalam

-ustazah azimah-