Blog Ustazah Azimah

Buat Yang Disuruh, Tinggal Yang DiLarang..

Archive for the ‘ibadat’


Soalan dari pembaca(3)..Kifarah Puasa

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Buat semua pembaca yang dirahmati Allah. Hari ini ustazah ingin menjawab soalan dari seorang pembaca dan jawapannya ustazah kongsikan di sini buat tatapan semua pembaca yang lain.

Soalannya begini:

Ustazah seorang kawan saya telah melakukan persetubuhan di waktu siang bulan Ramadhan, adakah dia kena kifarah/denda? saya dengan rendah diri berharap ustazah dapat membantu.

Jawapan dari ustazah:

KIFARAH BERSETUBUH DI BULAN RAMADHAN

Orang yang bersetubuh atau melakukan hubungan pada siang hari dibulan Ramadhan, maka kedua-dua suami dan isteri itu perlu mengqada’ puasa mereka dan wajib ke atas suami membayar kifarah.

Ini beerti dua2 kena qada puasa pada hari melakukan persetubuhan itu. tetapi wajib bagi suami sahaja untuk membayar kifarah(denda) seperti:

1. Memerdekakan hamba mukmin lelaki atau perempuan

(sekiranya tidak mampu)

2. berpuasa 2 bulan berturut-turut (60hari) tanpa terputus atau diselang seli harinya

(kalau tidak berdaya)

3. Memberi makan kepada 60 orang fakir/ miskin

Bagaimanapun jika persetubuhan itu dilakukan kerana terlupa / jahil tentang haram nya atau dipaksa ke atasnya tidaklah  wajib kifarah.

Sekian Wallahu’alam

Wassalam

-ustazah azimah-

Solat Sunat Tahajjud..

Assalamualaikum WBT

Bertemu lagi kita dengan tajuk “  Cara Solat Tahajjud ” tajuk ini sebenarnya adalah kemusykilan dari seorang pembaca blog ustazah

1. Erti Solat Tahajjud:

Solat sunat yg dikerjakan pada waktu malam, sedikit 2 rakaatnya, dan sebanyak2 nya tidak terbatas.

Waktu dikerjakan Solat sunat Tahajjud ini sesudah waktu isyak sampai terbit fajar.

Tetapi dengan syarat barangsiapa yang ingin melakukannya perlulah tidur dahulu. Walaupun tidurnya itu sebentar sahaja . Bangun daripada tidur itu barulah boleh melakukannya.

Jika kita bangun hendak pergi kerja dalam pukul 5.00pg bolehlah kita nmelakukan Solat Sunat Tahajjud itu. sekejap sahaja. Lakukan sebelum masukknya waktu Subuh.

Bacaan ketika solat sunat tahajjud itu:

Pada rakaat pertama baca surah Fatihah dan Surah Alkafirun atau surah2 lain yg anda tahu kerana iainya tidak ditetapkan.

Dan pada rakaat kedua selepas Surah Fatihah bacalah surah Al-Ikhlas

selepas selesai solat bacalah doa yg khusus jika kita tidak tahu kita bacalah apa2 sahaja doa yang kita tahu atau mintalah apa sahaja hajat atau permintaan dalam bahasa kita sendiri.

Fadillah atau faedah mengamalkannya:

1.  Mendekatkan diri kepada Allah

2. Orang yang melakukannya termasuk dalam golongan orang yg berzikir

3. Orang yg mengerjakannya akan diberi ganjaran syurga InsyaAllah

4.  Solat ini juga sebagai penebus kejahatan (dosa2) yg lalu

5. Ianya juga dapat menghindarkan dari penyakit

Wassalam

-ustazah azimah-

Wudhuk guna spray air..

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Buat semua pembaca dan pengunjung blog ustazah ini. Kali ini suka ustazah berkongsi aktiviti yg ustazah lakukan bersama murid2 ketika waktu pembelajaran Quran dan Tasmik di sekolah. Untuk mengelakkan kesesakan di bilik wudhuk disebabkan oleh kelas Quran berjalan 2,3,atau 4 kelas serentak. Jadi ustazah memikirkan sesuatu bagi mengelakkan kesesakkan tersebut. Jom tengok apa yang murid ustazah buat…

niatwudhukmuka

gambar 1. niat                                              gambar 2. membasuh muka

tangan1menyapukepala

gambar 3. membasuh tangan hingga siku

gambar 4. menyapu sbhagian kepala

kakiakhir

akhir sekali membasuh kaki. Dengan ini dapatlah kami menjimatkan air, menjimatkan masa. Pengajaran boleh dilakukan dengan segera .

Harap boleh menjadi panduan kepada semua .

Wassalam

-ustazah azimah-

Amalan Bulan Muharram..

Assalamualaikum WBT dan Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah buat semua pembaca yang Muslimin dan Muslimah

Dah baca doa akhir tahun dan awal tahun? kalau dah Alhamdulillah..

Di sini ustazah suka berkongsi amalan2 sunat pada bulan Muharram. Amalannya seperti berikut:

1. Pada 1hb - 9hb berpuasa sunat

2. 10hb sunat puasa hari Asyura dan

2.1 = Menyapu kepala anak yatim

2.2 = Bersedekah kepada fakir miskin

2.3 = Bercelak mata pada waktu malam

2.4 = Memperbanyakkan bacaan berikut (sekurang-kurangnya 70kali)

Hasbunallahhu wani’mal wakil, ni’mal maula wani’man nasiir..

Maksudnya: ” Allah telah mencukupkan segala sesuatu bagiku. Dan sebaik-baik tempat ku serahkan diri adalah kepada Allah. Dialah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong.”

Wassalam

-ustazah azimah-

Amalan Ketika Hamil menurut Islam..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah

Bertemu lagi kita pada catatan kali ini, ustazah suka nak kongsikan tajuk “Amalan2 wanita semasa mengandung menurut Islam”

Sememangnya apabila pasangan suami dan isteri yang telah mendirikan rumah tangga mengingginkan zuriat,cahayamata atau anak dari darah daging sendiri.

Oleh itu sesiapa yang telah mengandung dan sedang mengandung bolehlah mengamalkan tips yang akan ustazah berikan sebentar lagi ya.

Dulu semasa ustazah mengandung pun ustazah membuat perkara yang sama.Ketika wanita mengandung dia perlu melakukan dan melaksanakan sesuatu yang diperintahkan oleh Allah swt,harus memahami hakikat manusia, agar menjadi hamba yang bersyukur dengan nikmat dan rezeki anak yg Allah kurniakan itu.

Antara amalan yang disarankan ialah:

1. Banyakkan bertaubat - memohon ampun akan dosa2 yg telah kita lakukan sebelum ini, semoga anak yg bakal lahir itu nanti menjadi anak yang bertaqwa.

2. Menutup Aurat - Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam. Agar hidup mendapat keberkatan.

3. Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran:

3.1- Surah AlFatihah dan ayat kursi

3.2- Surah Yaasin

3.3- Surah Taubat

3.4- Surah Maryam (untuk mudah bersalin-anak soleh dan taat)

3.5- Surah Yusof (utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna).

3.6- Surah Luqman (utk mendapatkan anak yg taat)

3.7- Surah An-Nahl ayat 78

3.8- Surah Al-’Araaf ayat 189

Semoga catatan ustazah kali ini memberi manfaat pada wanita2 atau ibu2 Hamil hendaknya.

Moga diberi kesenangan ketika melahirkan zuriat dan cahayamata yang tercinta InsyaAllah.

Wassalam

-ustazah azimah-

Potong..potong..ajelah

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Bertemu lagi kita dan pada kali ini dengan tajuk yg ustazah rasa sedang hangat waktu ini iaitu ‘potong’ataupun “berkhatan”.

Adapun Khitan atau Khatan (dalam istilah melayu) bermakna memotong kulit (kulup) yang menutupi kepala zakar (bagi lelaki) dan memotong sedikit hujung clitoris (bagi perempuan).

Hukum berkhatan ada yang berbeza pendapat ada yang mengatakan sunat dengan dalil sepotong hadis riwayat Imam Ahmad r.a daripada Nabi SAW yang bermaksud: “Khitan itu disunatkan bagi kaum lelaki, dan dimuliakan bagi kaum wanita”.

Manakala bagi yang mengatakan wajib pula berpegang kepada hadis riwayat al-Zuhri bahawa Nabi SAW pernah bersabda: “Baginya sesiapa yang masuk Islam, wajiblah ia berkhatan, sekalipun ia sudah dewasa”.

Kebanyakan ulama berpendapat khatan perlu dilakukan ketika anak menghampiri waktu baligh.

HIKMAH BERKHATAN:

1. Boleh membawa kepada kesempurnaan beragama

2. Membezakan antara orang Islam dan bukan Islam

3. Menjaga kesihatan dan mengawal syahwat

4. Pemeliharaan diri daripada bahaya penyakit

Ustazah pun sekarang ini sedang menjaga dan merawat dua orang putera ustazah yang telah berkhatan pada 30.11.2009 yang lalu. Alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan lancar dengan kaedah baru iaitu berkhatan cara laser. Doa ustazah semoga putera ustazah itu nanti akan menjadai anak yang bertaqwa dan beriman kepada Allah swt, cemerlang, bahagia berjaya dunia dan akhirat InsyaAllah.

Wassalam

-ustazah azimah-

Binatang Korban AidilAdha..

kambing2Assalamualaikum wbt dan Salam AidilAdha

Buat semua pengunjung dan pembaca setia blog ustazah

Tajuk yang ustazah nak kongsikan disini kali ini ialah “KORBAN”

Sempena hari raya AidilAdha ini tajuk ini sangat sinonim le, Istilah Korban ialah : Korban bermaksud hampir, Dari segi Istilah pula menyembelih binatang tertentu pada hari raya AidilAdha atau Hari Tasrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat atau menghampirkan diri dengan Allah swt.

Dalil yang menerangkan tentang Qurban ini ialah : Surah AlKausar ayat 2. Yang bermaksud : “Maka dirikanlah solat kerana TuhanMu dan berkorbanlah”.

Sabda Rasullulah SAW yang bermaksud ” Nabi SAW telah berkorban dengan menyembelih 2 ekor kibasy bewarna putih dan bertanduk. Baginda sendiri yang menyembelih kedua-duanya dan Baginda menyebut nama Allah, bertakbir sambil meletakkan kakinya di atas tengkok kibasy tersebut.

Hukum Korban ialah Sunat Muakkad, iaitu sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan tetapi dihukumkan wajib apabila bernazar.

Orang yang berkorban dianjurkan menyembelih sendiri binatang korbannya, jika tidak boleh menyembelih sunat melihat binatang korban itu semasa penyembelihan dilakukan.

Apakah pula binatang2 yg boleh dikorbankan:
Binatang3 itu mestilah elok keadaanya, sihat , tidak cacat, tidak buta, tidak kurus, tidak berkurap, dan sah untuk dikorbankan seperti berikut:

1. Kambing biri2 yg berusia satu tahun ke atas

2. Kambing biasa yg berusia 2 tahun ke atas

3. Unta yg berusia 5 tahun ke atas

4. Lembu atau kerbau yang berusia 2 tahun ke atas

Syarat orang yang ingin melakukan ibadah korban:

1. Islam

2. Baligh dan berakal

3. Berkemampuan

Justeru itu ustazah menyarakan kepada rakan pembaca yang berkemampuan bolehlah melakukan ibadah korban tersebut. Ustazah dan keluarga pun masih belum berkemampuan lagi , InsyaAllah kalau dapat ustazah berazam dan bercita-cita untuk melakukan ibadah korban itu suatu hari nanti InsyAllah. Moga Allah murahkan rezeki ustazah sekeluarga Aminnn…

Wassalam

-ustazah azimah-