Blog Ustazah Azimah

Perkongsian Ilmu Berkaitan Hal Keagamaan

Archive for the ‘ibadat’


Potong..potong..ajelah

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Bertemu lagi kita dan pada kali ini dengan tajuk yg ustazah rasa sedang hangat waktu ini iaitu ‘potong’ataupun “berkhatan”.

Adapun Khitan atau Khatan (dalam istilah melayu) bermakna memotong kulit (kulup) yang menutupi kepala zakar (bagi lelaki) dan memotong sedikit hujung clitoris (bagi perempuan).

Hukum berkhatan ada yang berbeza pendapat ada yang mengatakan sunat dengan dalil sepotong hadis riwayat Imam Ahmad r.a daripada Nabi SAW yang bermaksud: “Khitan itu disunatkan bagi kaum lelaki, dan dimuliakan bagi kaum wanita”.

Manakala bagi yang mengatakan wajib pula berpegang kepada hadis riwayat al-Zuhri bahawa Nabi SAW pernah bersabda: “Baginya sesiapa yang masuk Islam, wajiblah ia berkhatan, sekalipun ia sudah dewasa”.

Kebanyakan ulama berpendapat khatan perlu dilakukan ketika anak menghampiri waktu baligh.

HIKMAH BERKHATAN:

1. Boleh membawa kepada kesempurnaan beragama

2. Membezakan antara orang Islam dan bukan Islam

3. Menjaga kesihatan dan mengawal syahwat

4. Pemeliharaan diri daripada bahaya penyakit

Ustazah pun sekarang ini sedang menjaga dan merawat dua orang putera ustazah yang telah berkhatan pada 30.11.2009 yang lalu. Alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan lancar dengan kaedah baru iaitu berkhatan cara laser. Doa ustazah semoga putera ustazah itu nanti akan menjadai anak yang bertaqwa dan beriman kepada Allah swt, cemerlang, bahagia berjaya dunia dan akhirat InsyaAllah.

Wassalam

-ustazah azimah-

Binatang Korban AidilAdha..

kambing2Assalamualaikum wbt dan Salam AidilAdha

Buat semua pengunjung dan pembaca setia blog ustazah

Tajuk yang ustazah nak kongsikan disini kali ini ialah “KORBAN”

Sempena hari raya AidilAdha ini tajuk ini sangat sinonim le, Istilah Korban ialah : Korban bermaksud hampir, Dari segi Istilah pula menyembelih binatang tertentu pada hari raya AidilAdha atau Hari Tasrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat atau menghampirkan diri dengan Allah swt.

Dalil yang menerangkan tentang Qurban ini ialah : Surah AlKausar ayat 2. Yang bermaksud : “Maka dirikanlah solat kerana TuhanMu dan berkorbanlah”.

Sabda Rasullulah SAW yang bermaksud ” Nabi SAW telah berkorban dengan menyembelih 2 ekor kibasy bewarna putih dan bertanduk. Baginda sendiri yang menyembelih kedua-duanya dan Baginda menyebut nama Allah, bertakbir sambil meletakkan kakinya di atas tengkok kibasy tersebut.

Hukum Korban ialah Sunat Muakkad, iaitu sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan tetapi dihukumkan wajib apabila bernazar.

Orang yang berkorban dianjurkan menyembelih sendiri binatang korbannya, jika tidak boleh menyembelih sunat melihat binatang korban itu semasa penyembelihan dilakukan.

Apakah pula binatang2 yg boleh dikorbankan:
Binatang3 itu mestilah elok keadaanya, sihat , tidak cacat, tidak buta, tidak kurus, tidak berkurap, dan sah untuk dikorbankan seperti berikut:

1. Kambing biri2 yg berusia satu tahun ke atas

2. Kambing biasa yg berusia 2 tahun ke atas

3. Unta yg berusia 5 tahun ke atas

4. Lembu atau kerbau yang berusia 2 tahun ke atas

Syarat orang yang ingin melakukan ibadah korban:

1. Islam

2. Baligh dan berakal

3. Berkemampuan

Justeru itu ustazah menyarakan kepada rakan pembaca yang berkemampuan bolehlah melakukan ibadah korban tersebut. Ustazah dan keluarga pun masih belum berkemampuan lagi , InsyaAllah kalau dapat ustazah berazam dan bercita-cita untuk melakukan ibadah korban itu suatu hari nanti InsyAllah. Moga Allah murahkan rezeki ustazah sekeluarga Aminnn…

Wassalam

-ustazah azimah-

Kelebihan berzikir..

Assalamualaikum wbt dan Salam Persaudaraan

Pada kali ini suka ustazah berkongsi tentang “Kelebihan Berzikir”

Adapun kelebihan yang besar Allah telah janjikan kepada mereka yang sering berzikir kepadaNya, sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud:

“Telah mendahului (masuk syurga) golongan “Mufarridun”. Maka ada sahabat bertanya:”Siapakah golongan “Mufarridun” itu ya Rasulullah? Baginda menjawab :”Iaitu orang yang banyak berzikirkepada Allah Taala dari golongan lelaki dan wanita” (HR: Imam Muslim)

Berikutan dari hadis di atas bermakna mereka yang banyak berzikir kepada Allah samada dalam keadaan senang atau susah, akan diberikan keutamaan masuk ke Syurga dahulu daripada oranglain pada hari Akhirat, kerana ketaatan mereka dengan banyak berzikir dan ibadah mereka itu.

Wallahu’alam

-ustazah azimah-

Kelebihan mendirikan solat berjemaah..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah

Pembaca yang dirahmati Allah, pada hari ini ustazah telah membaca sebuah buku yang berjudul “Pahala Hidup 7000 tahun!”

Suka ustazah kongsikan di sini satu tajuk kecil di dalam buku tersebut iaitu     ” Kelebihan pergi mendirikan solat berjemaah”

Sebuah hadis sohih atau hadis hasan (yang diterima)pada sesetengah ulama iaitu sabda Baginda saw:

“Sesiapa yang berjalan untuk mendirikan Solat Fardhu berjemaah, maka ianya seperti pahala Haji, dan sesiapa yang berjalan untuk mendirikan Solat Sunat Dhuha maka ianya, seperti pahala Umrah Sunat”.

Mungkin apabila membaca hadis ini kita berasa ragu2 kerana takkanlah hanya dengan  berjalan untuk pegi mendirikan solat berjemaah akan mendapat satu pahala haji!.

Perlu diingatkan bahawa hadis ini telah dihukumkan Hadis Sohih , ini menunjukkan hadis ini membawa erti yg besar iaitu perkara-perkara yang diwajibkan oleh Allah Taala sudah tentu mempunyai ganjaran yang amat besar sekali.

Bahkan ada amalan2 sunat yang tidak sah dilakukan jika amalan yang wajib belum diqadha’kan (ganti).

Tetapi ramai , kalau kita perhatikan di kalangan masyarakat Islam yang terlampau mengambil berat amalan2 sunat, sehinggakan amalan wajib tidak diambil berat.

Wallahu’alam

-ustazah azimah-

Solat Cara Nabi saw Bhgian 3..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah

Bertemu lagi kita di catatan ustazah kali ini, dan suka ustazah sambungkan tajuk “Solat Cara Nabi saw Bahagian 3″

Pembaca yang dirahmati Allah hendaknya..

Sebelum ini ustazah berhenti di perlakuan solat iaitu sujud dan duduk iftirasy.

Hari ini ustazah akan sambungkan selepas itu perlakuannya ialah yang terakhir duduk tawaruk ataupun duduk tahiyat akhir.

Adapun duduk tawaruk itu ialah Nabi saw duduk dengan menegakkan atau merebahkan telapak kaki kanan dari bawah betis kaki kanan dengan menjadikan lantai sebagai tempat bertelekan (punggung diatas lantai). Kedudukan tangan pula sama seperti tahiyat awal . Setelah itu memberi salam ke kanan dan ke kiri seraya mengucapkan “Assalamualaikum warahmatullah..”.

Dan yang terpenting di sini ialah Nabi saw tidak menyapu mukanya selepas itu sepeti yang kita lakukan. Sejak tahu itu, setelah membaca buku “solat cara nabi saw” ustazah telah pun berhenti melakukan itu. Dan apabila ustazah buka kembali kitab fekah pun rukun solat bahagian rukun fi’li pun tidak ada menyebut yg Nabi saw menyapu mukanya selepas solat.

Pada suatu hari datang seorang rakan bertanya kepada ustazah :” ustazah sebenarnya macamana cara menyapu muka yang betul selepas memberi salam?” saya jawab sebenarnya Nabi saw tak buat pun menyapu muka selepas salam tu. Tapi seorang lagi kawan berkata ada juga saya membaca hadis yang mengatakan Nabi saw menyapu muka selepas solat, tapi apabila diselidik hadis itu hadis dhoif kerana sanatnya lemah. Hadis dhoif boleh kita beramal dengannya tetapi tidak boleh dibuat berhujah. Seorang sahabat bertanya lagi “jadi ustazah selama ini yang kita buat sapu muka lepas habis solat tu macamana?”. Saya jawab “boleh..” kerana menurut hadis dhoif itu tadi. lagipun masa ustazah belajar dulu pun ustaz2 ajar kena sapu muka.

Semoga tajuk kali ini menambah lagi pengetahuan kita semua.

Wallahu’alam

-usatzah azimah-

Kelebihan Membaca Al-Quran..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu ustazah memohon maaf kpd pembaca yang sudi singgah dan melawat blog ustazah yg sudah lama tak di up date oleh kerana kekangan masa dan perkara2 yg tak dapat di elakkan.

Pada kali ini ini suka ustazah berkongsi tajuk

” Kelebihan Membaca Al-Quran”

Antara kelebihan membaca Al-Quran ialah:-

1. Ibadah yang paliong utama dari segi bacaan

2. Pahala membaca satu huruf daripada Quran (menurut Ibn Majah digandakan 400x, Ibn Al-Jauzi digandakan 700x)

3. Balasan satu huruf yg dibaca ialah bidadari syurga, juga dikatakan balasan pokok di syurga

4. Mengikut Ibnu Abbas r.a pembaca Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus

5. Selamat dari api neraka-mendapat kedudukan yg tinggi dan mulia bersama malaikat

6. Pada hari Kiamat, Al-Quran akan menjadi pembela

7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga

8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat

9. Pembaca akan dimasukkan dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solehin

10. Menjadi cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit

11. Jika di baca di dalam rumah, ajan memberi cahaya kepada rumah itu

12. Membaca secara tadarus(bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi para malaikat.

13. Pembaca yang mahir dan baik bacaan, diutamakan menjadi imam solat

14. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran quran

15. Mempelajari satu ayat lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat

Sumber : Buku bertajuk ” INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT “