Blog Ustazah Azimah

Buat Yang Disuruh, Tinggal Yang DiLarang..

Archive for the ‘ibadat’


Ayat Ruqyah..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah

Hari ini suka ustazah nak kongsikan satu ayat yg di namakan AYAT RUQYAH yg mana ianya boleh mengesan diri kita ni ada JIN atau tidak (dlm badan kita la), juga boleh menghalau JIN atau SYAITAN  dari tubuh badan kita.

Kalau komputer kita ada VIRUS kita selalu scan kemudian kita delete atau padamkan virus yg terdapat di dalamnya. Jika VIRUS itu yg susah nk dihapuskan kita akan hantar komputer kita ke kedai2 komputer untuk format semula komputer kita tu kan..

Sekarang kita nak SCAN diri kita pulak nk tahu samada dalam badan kita ada JIN atau tidak. caranya seperti ini:

1. Kita dengarkan video ayat ruqyah ini dgn earphone dgn volume yg paling kuat

2. Pejam mata dan jangan ikut bacaan ayat2 tersebut samada di mulut atau di dalam hati

3.SEKIRANYA…badan anda  BERPELUH2, HATI ANDA BERDEBAR2, TERASA MULA , HENDAK MUNTAH, PENING, TERASA ADA YG BERGERAKI DI BAWAH KULIT ANDA, SENDAWA , MENGANTOK, BATUK JANTUNG BERDEGUP KENCANG…

ini beerti badan anda dihuni JIN..

sekiranya ini berlaku maka anda hendaklah berjumpa dengan ustaz2 yg ada di darus syifa.. jgn jumpa BOMOH atau PAWANG ye…syirik tu

JOm sedia..kita dengarkan AYAT RUQYAH ini..

Orang yg paling dekat dgn Allah swt..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Suka hari ini ustazah berkongsi tentang orang atau hamba Allah yg paling dekat dan hampir dgn Allah swt.

Mari kita lihat siapakah dia gerangan hamba yg paling dekat dengan Allah swt..

Hadis Nabi saw:

” Ya Tuhan semesta alam, siapakah hambamu yang paling dekat denganmu?

Dia menjawab:

” hamba yang sedang LAPAR dan yang sedang SUJUD “

1. Ini beerti orang yg lapar atau orang yg sedang berpuasa adalah hamba Allah yg rapat dengan Allah swt.

2. Dan juga orang yg sedang solat atau yg selalu dan rajin serta istiqamah melakukan solat sebagaimana yg telah diperintahkan olehNya.

Bila kita rapat dgn seseorang pastinya orang itu akan rasa senang hati untuk membantu kita apabila kita memerlukan pertolongannya bukan?

Begitu juga dgn Allah, apabila kita ingat Allah , Allah akan ingat kita.  Kita jaga Allah , Allah akan jaga kita..

ANDA BUAT ANDA DAPAT

-ustazah azimah-

SEDEKAH itu SAHABAT..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..

Suka ustazah kali ini berkongsi tajuk SEDEKAH itu SAHABAT..

Bila masa lah sedakah itu boleh menjadi sahabat kepada kita?

Hadis Nabi saw : ” Apabila mati seorang anak adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu: SEDEKAH JARIAH, ILMU yg bermanfaat dan memberi faedah kep-ada orang lain dan DOA dari ANAK yg SOLEH ”

SEDEKAH jariah disebut di dalam hadis ini adalah kerana ianya(sedekah itu tadi) dianggap sebagai pelengkap kepada amalan-amalan sunat yg lain.

SEDEKAH itu  adalah dari perkataan ’sadaqah’ yang bermaksud persahabatan. Ini beerti apabila kita melakukan sedakah akan mewujudkan persahabatan antara pemberi dan penerima sedekah.

Ini beerti semakin byk kita bersedekah semakin ramailah sahabat kita..

-ustazah azimah-

Doa Qunut_ terjemahannya..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..images_qunut

Kali ini suka ustazah kongsikan “Doa Qunut dan terjemahannya” untuk tatapan kita bersama..selalu kita baca dalam arab je..hari ini kita hayati maksud yg terkandung didalam doa tersebut..

Berikut Bacaan Doa Qunut dan Terjemahannya :

Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan

1. Allahummahdini fiiman hadaiit

Artinya :
” Ya Allah tunjukkan aku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan. “

Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan

2. wa ‘afinnii fiiman ‘afait..

Artinya :
” Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. “

Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan

3. watawallanii fiiman tawallaiit..

Artinya :
” Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan. “

Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan

4. wabaariklii fiima a’thoaiit..

Artinya :
” Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan. “

Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan

5. wakinii (birrohmatika ) syarromaa qodhoiit..

Artinya :
” Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan. “

Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan

6. fainna kataqdhii walayuqdhoo ‘alaik..

Artinya :
” Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum. “

Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan
7. wainnahu layadilluman walaiit..

Artinya :
” Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. “

Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan
8. wala yaidzuman ‘adaiit..

Artinya :
” Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. “

Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan

9. Tabaarokta robbana wata ‘alaiik..

Artinya :
” Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi “

Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan

10. falakalhamdu ‘alama qodhoiit..

Artinya :
” Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan. “

Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan

11. wa astaghfiruka wa atuubu ilaiik..

Artinya :
” Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu. “

Shalawat Nabi Muhammad SAW
Bacaan Doa Qunut dan TerjemahanBacaan Doa Qunut dan Terjemahan

washallallahu ‘ala Sayyidinaa Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa ‘alaa aalihi washohbihi wasallam..

Artinya :
” Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya. “

wallahua’lam

-ustazah azimah-

Duduk Tahiyat Akhir ..’tawaruk’

Assalamualaikumk wbt dan Salam 1 Malaysia..

Bertemu lagi kita, syukur Alhamdulillah..

Hari ini suka ustazah nak tunjukkan pada semua pelawat tentang cara duduk tawaruk atau duduk tahiyat akhir yg betul.

Kaki kanan ditegakkan, punggung kita di atas lantai, kedudukan badan tegak dan janganlah condong atau bengkok .  Disini ustazah sertakan gambar seperti yg disebutkan.

duduk_tahiyat_akhirblkdari pandangan belakang

Dan dari sudut pandangan depan pula begini.

duduk_tahiyat_akhir-depan1

sekian dahulu untuk kali ini. selamat beramal..

-ustazah azimah-

Bacaan Duduk antara 2 sujud..terjemahan

Asalamualaikum wbt dan Salam Syawal..images-duduk-antara-2-sujud

Bertemu lagi kita syukur Alhamdulillah..

Hari ini suka ustazah untuk mengajak pembaca2 yg dirahmati Allah untuk bersama2 merenungi maksud atau terjemahan “BACAAN DUDUK ANTARA 2 SUJUD’ yg sering kita baca. Ntah apalah agaknya maksudnya ye..Jom kita tengok sama2..

bacaan_duduk-2

Maksudnya pula ialah:

” Ya Tuhanku, AMPUNILAH aku.., KASIHANILAH aku.., TUTUPLAH aibku.., TINGGIKANLAH darjatku.., BERILAH aku REZEKi, TUNJUKILAH aku.., SEJAHTERAKANLAH aku..dan MAAFKANLAH aku..”

Bayangkanlah sehari berapa kali kita berdoa dengan doa ini..Memang sewajar nyalah orang yg rajin bersolat dengan niat ikhlas kerana Allah swt hidupnya kita lihat aman, damai, tenang dan harmoni..rezekinya juga bertambah dan tidak putus2..

Bersama-sama ini ustazah serta gambar keadaan kaki yg betul ketika duduk antara 2 sujud ( duduk iftirasy). Kerana ramai yg duduk antara 2 sujud yg tk betul. ada yg kakinya berbentuk ‘V’ atau berbentuk pangkah silang atau ‘X’.

Jom kita solat , Jom Jaga solat kita…

-ustazah azimah-

Sambutan 1 Syawal berhati-hatilah..

Assalamualaikum wbt dan Salam Aidil fitri 1432

Syukur kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izInNya, kasih sayangNya kita masih berupaya melaksanakan perintahNya di penghujung Ramadhan tahun ini.. Kita berdoa bersama2 supaya Ramadhan akan datang kita akan jumpa lagi.

Alhamdulillah dengan kesihatan yg cemerlang yg dikurniAkan Allah kita dapat melakukan ibadah puasa dan solat fardhu setiap waktu. Dapat melakukan ibadah2 sunat sampingan atau sisipan dicelah2 ibadah fardhu itu tadi.

InsyaAllah esok hari kita akan menyambut hari kejayaaan, hari kemenangan dan hari kegembiraan. Semuanya akan jelas terpancar di wajah2 insan yg kita sayang iaitu ahli keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan semua muslimin dan muslimat amnya.

Janganlah keghairahan kita menyambut Syawal menyebabkan kita terlupa atau terlalai melakukan ibadah2 fardhu. Janganlah di salahkan Syawal yg menyebabkan semua amalan2 baik kita ketika Ramadhan terhenti serta merta.

Dikesempatan ini ustazah mencadangkan perkara2 yg kita lakukan ketika menyambut pagi 1Syawal:

1. Bangun awal dan mandi sunat Syawal

2. Jika subuh belum masuk waktu bersolat sunatlah dahulu samada tahajjud atau yg lain2..

3. Jika ada masa lagi bacalah quran walaupun 5ayat..(1 muka surat juga baik)

4. Lakukan Solat Sunat Fajar, (Nabi tidak pernah meninggalkannya)-Sesudah masuk waktu subuh

5. Lakukan solat Subuh berjemaah jika tak dapat berjemaah solatlah bersendirian..

6. Jangan lupa gerakkan anak2 atau keluarga ajaklah mereka bersama-sama.

7. Sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri kita disunatkan makan terlebih dahulu..

8. Jaga pakaian kita dan anak2 kita hendaklah menutup aurat.

9. Janganlah berlebih2an ketika bergaya

10. Menziarahi sanak saudara dan kaum keluarga

11. bermaaf2an..dan berterus terang tentang kejahatan kita padanya..(ada berani??)

Akhirnya berhati2 lah ketika menyambut hari raya..solat jgn kita tinggalkan. Sesiapa yg bermusafir bolehlah melakukan solat qasar jamak..ianya lebih memudahkan..ISLAM ITU MUDAH..tkde sebab untuk kitaq meninggalkan solat..

ANDA BUAT ANDA DAPAT..