Blog Ustazah Azimah

Buat Yang Disuruh, Tinggal Yang DiLarang..

Archive for the ‘hadis pilihan’


Pintu-pintu Kebaikan..

Assalamualaikum WBT dan Salam Ukhwah

Alhamdulilah ustazah panjatkan kesyukuran kerana dgn izin Allah dan kehendakNya jua kita mampu bertemu dan membaca secalit tinta buat perkongsian sesama kita.

Pada kali ini ingin dan suka ustazah berkongsi sebuah hadis yang berintisarinya ” PINTU KEBAIKAN ”

Daripada Muaz bin Jabal r.a Nabi saw bersabda ” Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikan : Puasa adalah pelindung, sedekah memadam kesilapan seperti air memadam api, dan seorang insan solat pada penghujung malam

(Riwayat Tarmizi dan Ahmad)

Dari hadis di atas fahamlah kita dan dpt kita ambil pengajarannya ialah :-

1. Kita mestilah melakukan kebaikan di dalam kehidupan kita seharian

2. Puasa adalah ibadah wajib dan menjadi pelindung dari kemaksiatan dan hawa nafsu

3. Sedekah ibadah sunat yang sangat di tuntut

4. Sedekah juga mampu memadam kesilapan kita yang lalu

5. Solat di penghujung malam juga adalah salah satu cabang kebaikan yang mesti kita lakukan dalam hidup kita (solat2 sunat)

Setakat ini dulu buat kali ini.

Wassalam

-ustazah azimah-

10 Teman Iblis..

Assalamualaikum WBT dan Salam Tahun Baru

Bertemu lagi kita dikesempatan yang ada ini, ustazah ingin berkongsi tentang sebuah hadis yg ustazah baca. Yang berkisar tentang “10 TEMAN IBLIS”

Nabi Saw pernah bertanya kepada Iblis Laknatullah, Sabda Nabi dan maksudnya:

“Nabi bertanya kepada Iblis, Wahai Iblis siapakah kawan2mu dari ummatku?”

Iblis menjawab, sepuluh iaitu:

1. Pemimpin yg zalim

2. Orang kaya yang sombong

3. Peniaga yang khianat

4. Peminum arak

5. Pembawa fitnah

6. Pelacur

7. Pemakan harta anak yatim

8. Orang yang meringankan solat

9. Tidak mengeluarkan zakat

10. Orang yang banyak angan-angan.

Mereka itulah lah sahabatku, kata Iblis.

Marilah rakan pembaca yang dirahmati Allah, semoga kita tidak tergolong dari 10 teman2 iblis ya. Jika tersenarai cepat2lah bertaubat. kerana pintu taubat masih terbuka, Allah itu juga MAha Pengampun dan Maha Penyayang.

Sekian dahulu Wassalam

-ustazah azimah-

Merasai Kemanisan Iman..

Assalamualaikum WBT dan Salam MAal Hijrah

Alhamdulillah bertemu lagi kita, kali ini nustazah ingin berkongsi sebuah hadis yang ustazah baca bertajuk

” MERASAI KEMANISAN IMAN”

Daripada Ibnu Abbas r.a Nabi Saw bersabda: ” Dapat merasai kemanisan iman , orang yang meredhai ALLAH sebagai TUHAN, ISLAM sebagai AGAMA, dan MUHAMMAD sebagai RASUL.

Pengajaran yang kita dapati daripada hadis ini ialah:

1. Kemanisan Iman itu hanya boleh dirasai oleh orang yang:
* redho Allah sbg Tuhan
* Islam sbg Agama
* Nabi Muhammad saw sbg Rasul

2. Tidak merasa berat atau susah menjadi seorang Islam

3. Mentaati segala perintah Allah, Menjauhi Larangan-Nya

4. Menjadikan Nabi MUhammad saw idola sepanjang zaman

5. Bangga menjadi seorang yang Muslim atau beragama ISlam

6. Kemanisan iman akan membuat hidup kita serba lengkap, serba cukup dan sangat bahagia dan penuh ketenangan

Sekian dahulu buat kali ini

Wassalam

-ustazah azimah-

Menunjuk Contoh Teladan yg Baik..

Assalamualaikum WBT dan Salam Persahabatan

Syukur kepada Allah SWT kerana diberi kesihatan dan kekuatan untuk menulis sesuatu buat tatapan dan bacaan kepada sesiapa yang sudi.

Suka ustazah berkongsi satu hadis yang ustazah baca iaitu Sebuah Hadis dari Abu Mas’ud al-Ansori r.a, Nabi s.a.w bersabda :

” Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikkan, ia akan mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutnya”.

Pengajaran dari hadis di atas:

1. Kita mestilah menunjukkan(melakukan) kebaikan kepada semua orang

2. Setiap kebaikkan dan amalan yang baik akan mendapat ganjaran dari Allah

3. Kita juga akan mendapat ganjaran walaupun dari orang yang mengikuti jejak langkah(kebaikan) kita tadi

4. Kalau boleh kita lakukan kebaikan dengan harapan oranglain akan mengamalkan kebaikan yang sama juga

5. Kita juga hendaklah mengikut teladan atau contoh yang baik

6. Memuliakan orang yang memberikan kita contoh yang baik (ibu bapa guru atau lain2)

Kesimpulannya, ustazah menyeru kepada diri ustazah dan semua yang membaca untuk melakukan kebaikan, menunjukkan kebaikan kepada orang2 disekeliling kita. Dengan harapan agar oranglain akan mengikuti perbuatan baik itu, InsyaAllah terutama sekali anak2 dan ahli keluarga kita.

Wassalam

-ustazah azimah-

Bahana Kehilangan Ulama..

Assalamualaikum WBT dan Salam Ukwah

Pada kali i ni ustazah nak berkongsi beberapa hadis yg ustazah baca baru2 ini.

Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a Nabi s.a.w bersabda :

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia.Tetapi Allah mencabut roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alaim (ulama) yang tinggal. Ketika itu, manusia akan nmelantik ketua mereka orang yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka sesatlah mereka dan menyesatkan oranglain.

Pengajaran Yang Boleh Diambil dari Hadis tersebut ialah:

1. Kita semua perlulah mencari , menuntut dan mengamalkan ilmu kita.

2. Mencari ilmu mestilah berguru ( dengan guru)

3. Guru yg mengajar itu mestilah yang benar2 ada kelayakan dan ada tauliah dari Jabatan Agama atau yg seumpamanya

4. Kita semua mestilah memuliakan dan menghormati guru kita

5. Kita belajar dgn guru, dan dgn harapan kita pula akan menggantikan guru kita suatu hari nanti, agar ilmu itu bersambung2 dan tidak terhenti

6. Berguru dengan yang jahil, ini akan menyebabkan kita sesat

7. Janganlah kita menjadi orang yang sesat lagi menyesatkan pula. (Na’uzubillah..)

sekian dahulu untuk kali ini

Wassalam

-ustazah azimah-

Hormati Jiran dan Muliakan Tetamu..

Assalamjualaikum dan salam persaudaraan..

Betemu kita lagi di catatan ustazah yang seterusnya dengan tajuk “MENGHORMATI JIRAN DAN TETAMU”

Sabda Nabi saw yang bermaksud:

Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Rasullullah bersabda: ” Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia diam sahaja. Dan barangsiapa yang  beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah ia menghormati jirannya, dan barangsiapa  beriman kepada Allah dan hari Akhirat , maka hendaklah ia memuliakan tetamunya”

Diriwayatkan oleh Bukhari dan MUslim.

Kesimpulan Hadis :

1. Orang2 yang beriman hendaklah bercakap dam perkara-perkara yang baik sahaja. Jika tidak lebih baik diam sahaja dari bercakap2 kosong.

2. Dilarang bercakap dalam perkara 2 jahat dan dosa

3. Orang2 islam hendaklah menghormati jiran dan tetamu.

4. Bercakap hendaklah berhati-hati dan kena pada tempatnya.

Berdasarkan hadis di atas kita digalakkan bercakap yang baik2 sahaja, biarlah perkataan yang keluar dari mulut kita itu berunsur nasihat/ motivasi. Lebih baik kita diam dari bercakap2 yang maksiat / dosa seperti mengumpat, mengutuk, mencela dan mencaci dsb.
Hadis di atas juga menyuruh kita supaya menghormati jiran iaitu kawan2 kawasan taman / kampung tempat kita tinggal. Selain itu  kita juga hendaklah memuliakan tetamu yang datang ke rumah kita. Dan pesanan Saad Ibnu Abi WAqas berkata segeralah ,menjamu atau menghidangkan air apabila ada tetamu dtg ke rumah kita. Ingat tu..

Sumber bacaaan dari kitab Matan Arba’in.(Hadis Empat Puluh)

_ustazah azimah_

Puasa 6 di bulan Syawal..

Assalamualaikum wbt dan salam lebaran

Bertemu lagi kita di catatan ustazah pada kali ini dengan tajuk yang suka ustazah kongsikan bersama iaitu tajuk “PUASA SUNAT SYAWAL/ PUASA ENAM”

Dari Abi Ayyub Al-Anshari ra bahawasanya Rasullullah saw bersabda : ” Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti nya puasa itu dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya akan sama dengan puasa setahun”
(Hadis Riwayat Muslim)

Lihatlah ya betapa beruntung dan berbahagialah sesiapa yang mampu dan berupaya melakukan dan melaksanakan puasa 6 hari pada bulan Syawal ni seperti mana yang telah termaktub didalam hadis di atas. Puasa enam hari sahaja tapi pahalanya.. sepeti berpuasa setahun, siapalah yang larat nak puasa setahun ya..kalau ustazah sendiri pun entahlah siap dgn “uzur syarie” lagi..dh tentu tk dapat punya!.

Sebenarnya pagi tadi di sekolah ustazah, sedang kami duduk2 berehat di staf room adalah seorang kawan ni bertanya ustazah k” ada orang kata bila kita puasa 6 di bulan Syawal kita kena niat dua kali, betul ke ustazah?” Apa..kena niat dua kali kenapa pula ? saya bertanya lagi kerana tak berapa faham apa yang dimaksudkan oleh sahabat saya itu. Katanya lagi:” ya la..satu niat puasa ganti, satu lagi niat puasa 6.Ustazah tolonglah beritahu saya yang mana yang sebenarnya kena ganti puasa wajib dulu ke? atau buat puasa 6 dulu kami pun dah keliru ni?kata sahabat ustazah yang lain pula.

Macam nilah ye:

1. Kita kena dahulukan perkerjaan atau perbuatan yang disuruh Allah itu yang wajib dahulu, jadi..kita terutama orang perempuan yang berniat hendak mencari pahala lebih dengan melakukan puasa sunat 6 di bulan Syawal itu mestilah terlebih dahulu mengganti atau mengqadakan puasa wajib bulan ramadhan yang telah ditinggalkannya. Tidak kiralah disebabkan oleh haid,nifas, wiladah atau pun sakit. Setelah itu bolehlah terus berpuasa sunat Syawal yang 6 hari itu tadi.

2. Tentang baca niat dua kali pula sebenarnya bukan niat yang kena baca dua kali tetapi kita berniat puasa ganti dan Allah memberi kita pahala atau dua kebaikan iaitu pahala qada puasa dan juga pahala sunat puasa 6 itu tadi, Allah itu Maha Penyanyang Lagi Maha Adil.  Sangat beruntung kita yang menjadi ummat islam ini.

3. Jika begitulah keadaannya kita orang perempuan bolehlah mengganti atau mengqada puasa ramadhan kita dengan awal, tak perlulah menunggu sampai tibanya bulan rejab/ syaaban tahun hadapan pula.Ganti awal2 kan senang, nyawa kita ni umpama telur dihujung tanduk, dh lah kita pinjam sukahati Allah lah nak ambil balik bikla2 Dia suka kan ..

Tetapi kebanyak orang melayu dan orang islam sekarang ini, banyak yang silap konsep mengutamakan yang sunat dari yang wajib. Lihat sahajalah masjid atau surau sekarang sudah sunyi semula, kekurangan jemaah berbanding semasa solat sunat tarawih tempohari penuh, sampai solat di kaki lima masjid atau surau. Sama juga fenomena waktu solat fardhu subuh pada 1 Syawal yang lalu masjid sunyi je hanya jemaah yang ‘tegar’ sahaja yang ada tapi bila masa Solat Sunat Aidilfitri melimpah2 orang.. ada yang sampai solat di atas rumput,  punya ramainye orang.. Perkara ini jugalah yang telah dibincangkan dalam AL-kuliyah TV3 pada Jumaat 25.9.09 yang lepas dgn tajuk Aidilfitri bertaqwa.

Harapan ustazah janganlah kita silap dalam melakukan kerja 2 , amalan2 atau perintah Allah. Dulukan yang Fardhu (wajib) daripada yang sunat.

Wassalam

-ustazah azimah-