Blog Ustazah Azimah

Buat Yang Disuruh, Tinggal Yang DiLarang..

Archive for the ‘hadis pilihan’


Islam itu mudah..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Bertemu lagi kita dikesempatan yg ada, ustazah suka berkongsi tajuk “Islam itu Mudah”

“Islam itu mudah dan tidak memberati atau menyusahkan umatnya(penganutnya)”

Di dalam kelas 6J hari ini, seorg murid lelaki meminta kebenaran utk ke tandas dari ustazah, lalu ustazah berikan kepadanya kad kebenaran keluar yg perlu di pakai dan digantung di leher pelajar. Dengan ini memberitahu bahawa murid ini keluar kelas dengan kebenaran jika tidak mereka akan ditangkap oleh guru disiplin yg baru iaitu En Sukhvinder Sigh.

Lebih kurang 10 minit kemudian terdengar suara murid menjerit seperti di sergah/ di denda oleh guru. Yg pastinya guru itu En Sukvinder Sigh ustazah tahu sbb melalui suaranya yg kuat itu.  Lihat memang tk nampak la..sbb penglihatan manusia kan terbatas, mana mungkin ustazah boleh melihat apa yg berada di kelas sebelah. ” Hanya Allah shj yg Maha Melihat”

Azree pun masuk ke kelas dengan muka yg mencuka, ustazah bertanya mengapa tu? “saya kena marah dengan Sir Sukvin sbb Sir tak nampak kad kebenaran saya”.” Habis kad itu awak pakai di mana? saya bertanya lagi . ” saya letak kt dalam vest saya ianya terlindung”.. ” Tu la lain kali awak kena tunjukkan kad kebenaran tu, kenapa awak tk keluarkan”..

Ustazah pun memberitahu semua murid, beginilah ye.

“Kad kebenaran itu utk memberitahu awak keluar dpt izin dr guru, jd kenalah tunjukkan kad tu. tkyah lah disorokkan walaupun alasan awak tkut kad itu basah ketika awak ke tandas” lepas awak keluar tndas awak keluarkan semula biar semua guru nampak, awak pun tk kena marah, haa..kan senang dan mudah..”

“Begitu jugalah dengan agama kita, buat sahaja apa yg Allah perintah dan kita tinggalkan apa yang Allah larang, tkde yg susah..senang shj. Yg jadi susah bila kita tknak ikut apa yg Allah suruh dan taknk tinggalkan apa yg Allah larang..”

Semua murid senyap dan ada yg tersenyum mungkin mereka cuba memahami apa yg ustazah cuba sampaikan sekejap tadi.

Ya Allah kau berikanlah kefahaman kepada murid2 ku jadikan lah mereka anak2 yg soleh dan solehah.

-ustazah azimah-

Boleh ke? berdosa ke?..

Salam sejahtera buat semua pembaca yg dirahmati Allah swt

Bertemu lagi kita sebagai penutup tahun 2010, suka ustazah kali ini memaparkan sebuah hadis Nabi saw untuk bacaan dan renungan kita bersama.

Ada kalanya perbuataan kita atau perkara yg kita lakukan menimbulkan persoalan kembali kepada diri kita, seperti:

Betul ke apa yang aku buat ni? Berdosakah aku buat benda ni?

Nak tahu jawapannya mari kita baca dan fahami Hadis dibawah ini.

“Daripada al-Nawwas bin Sam’aan Radiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:

Kebajikan itu adalah pada keelokan akhlak. Manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya.” [Hadith Riwayat Muslim]

Haa..jelaskan.

Jika perbuatan yg kita lakukan menimbulkan rasa resah dan keliru itu bermaksud perbuatan kita itu adalah dosa.

Tapi jika kita rasa tenang.. urusan kita pun mudah itu memang kebaikan yg sebenarnya.

Tapi janganlah pula kita memang tau perkara itu mungkar dan dosa tetapi kita lawan rasa resah dihati kita ni, ish aku buat benda ni ikut niat baik aku..tp ingat ya” NIAT TAK MENGHALALKAN CARA”

Akhir kata semoga kita bersama2 beroleh manfaat,

Wassalam

-ustazah azimah-

Ganjaran Sentiasa Berzikir..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah..orgpegg-tasbih

Syukur Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kepada Rabbul ‘Izzati kerana ustazah masih mampu untuk menulis lagi buat semua pembaca yang dirahmati Allah.

Suka hari ini ustzah kongsikan ganjaran bagi orang yang sentiasa berzikir.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya bahawa Rasullulah saw bersabda:

” Allah swt berfirman:

Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengngati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya diri-Ku.

Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya aku akan mengingatinya dalam dalam suatu kaum yang lebih baik dari mereka.

Apabila mereka mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekati mereka dengan jarak sehasta.

Apabila dia mendekati-Ku dengan jarak sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa.

Apabila diadatang  kepada-Ku dalam keadaan berjalan biasa, nescaya aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak”.

Kesimpulan dari hadis di atas ialah:

1. Allah swt sangat menjaga orang yang sentiasa berzikir

2. Allah swt selalu hampir dan dekat dengan orang yang berzikir

3. Berzikir sangat banyak kelebihannya

4. Selalulah berzikir untuk ketenangan hati dan meraih kasih sayang Allah

Wassalam

-ustazah azimah-

Jangan tinggalkan Ibadat..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwahorgsujud

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana kita masih boleh bertemu di alam maya, dan ustazah boleh menulis catatan untuk dikongsikan bersama2 pembaca2 yang dirahmati Allah.

Hari ini suka ustazah berkongsi tajuk ” Jangan Tinggalkan Ibadat “..

Pernyataan ini untuk mengingatkan diri ustazah sendiri dan juga sahabat2 pembaca semua..

1.Kita sebenarnya mestilah selalu berzikir dan mmengingati Allah SWT tidak kira di mana sahaja kita berada.. sedanag duduk kah, sedang berdirikah atau sedang diamkah.. atau sebagainya.

2.Solat juga sebagai tiang agama janganlah kita tinggalkan dengan sengaja melainkan kita terlupa atau tertidur maka wajiblah kita qada’ atau ganti dengan segera.

3. Membaca Al-Quran sebagai satu ibadah sunat untuk memohon dan mendapatkan syafaat. Quran itu tanpa kita sedari mampu memberi syafaat kepada kita di alam kubur atau di akhirat nanti kepada para pembacanya yang setia.

4. Solat Tahajjud juga salah satu lagi ibadah sunnat yang sangat dituntut kerana orang yang rajin melakukan ibadah solat sunat tersebut akan memiliki hati yang bersih, wajah yang bercahaya kerana hidung dan dahinya akan menjadi saksi mereka bersujud kepada Allah.

Ini juga akan memudahkan mereka menghadapi sakratul maut, menerima buku amalan dengan tangan kanan, mudah meniti titian sirat dan mudah menghuni syurga Allah , InsyaAllah..

Sekian buat kali ini. Wassalam

-ustazah azimah-

Bersilaturahim dengan Ahli Keluarga..

Assalamualaikum WBT dan Salam Ukhwahimagesbersalaman

Bertemu lagi kita pada kali ini dengan izin Allah dengan rahmat juga kasih sayangNya ustazah bersyukur kerana mampu menulis dan berkongsi ilmu dengn semua rakan2 pembaca yang dirahmati Allah SWT semuanya.

Abu Laits Assamamrqandi berkata:

Jika seseorang itu dekat dengan ahli keluarganya maka ziarahilah mereka, tidak dapat membantu dengan harta, memadai dengan tenaga dan jika berjauhan utusilah surat dan yang terbaik ialah menziarahi mereka.

Mari rakan2 pembaca yang dirahmati Allah kita cari tahu apakah kelebihan bersilaturahim dengan ahli keluarga sendiri iaitu:

1. Mendapat keredhaan Allah swt

2. Dapat mengembirakan mereka, menurut sebuah hadis yg bermaksud “amal yang paling utama ialah menyenangkan hati orang mukmin”

3. Malaikat juga turut bergembira dengan orang yang suka bersilaturahim

4. Mendapat pujian dari kaum muslimin

5. Iblis berdukacita ( padan muko iblis laknatullah tu kan..)

6. Allah swt akan memanjangkan umur kita

7. Rezeki diluaskan dan diberkati Allah swt

8. Melapangkan roh ahli keluarga yang telah meninggal dunia

9. Dapat memupuk rasa kasih sayang, saling bantu membantu dikalangan ahli keluarga

10. Apabila ia meninggal dunia, ahli keluarga akan sentiasa ingat dan mendoakan kebaikan untuknya. Pahalanya akan bertambah InsyaAllah

Begitulah bagusnya jika kita selalu bersilaturrahim tidak kira dengan sesiapa pun, terutama keluarga kita.. Dan dalam kitab yang pernah ustazah baca ada menyebutkan setiapkali kita bersalam apabila bertemu sesiapa tak kira saudara, rakan2 dosa2 kecil kita kan terhapus dengan sambung ikatan silaturahim itu. Hebatkan.. !

Sekian wassalam

-ustazah azimah-

Soalan dari pembaca(4)..Selawat Syifa’

selawtsyifateks

Maksudnya:

“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah

Hari ini ustazah ingin berkongsi lagi satu soalan yg ustazah terima d peti email ustazah.

Soalannya begini:

ustazah boleh bagi tahu saya tentang selawat syifa? ada sumber mengatakan selawat itu syirik, pada pandangan ustazah bagaimana pula?

Jawapan ustazah:

1. Makna selawat:

Selawat ialah jamak dari perkataan solat. Selawat menurut bahasa ertinya doa, rahmat dari Allah memberi berkah dan iabadat.

Allah berfirman maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat Nya berselawat kepada NAbi, Hai orang2 yg berimanberselawatlah kamu kepada dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. (surah AlAhzab ayat 56)

2. Hukum membaca selawat:

2.1- Imam Shafei mengatakan , selawat itu wajib dibaca dalam tasyahud akhir, iaitu diantara tasyahud (tahiyat) dan salam.

2.2- At-Thahawi mengatakan wajib dibaca apabila seseorang mendengar orang menyebut nama NAbi Muhammad saw

2.3- Az Zamakhsyari berpendapat, selawat wajib dibaca pada tiap2` sesuatu majlis.

Ini bermaksud berselawat ke atas Nabi adalah satu ibadah yang terpuji yang amat disukai Allah dan para malaikat-Nya.

3.Jenis2 atau nama2 selawat:

Ada banyak nama selawat di antaranya ialah:

1. Selawat Nur

2. Selawat Syifa’

3. Selawat Munjiyat

4. Selawat Nariyah/Tafrijiyah dan lain-lain lagi

Jadi kesimpulannya mana ada pula le selawat syifa itu syirik? dalil dari Nas Quran pun ada. Yang jadi heboh dikatakan syirik itu ialah tentang terjemahannya sahaja. Disini uatzah sertakan tyerjemahan yang sohih jgn bimbang ye. Ustazah kreditkan dari http://www.darussyifa.org

4. Selawat Syifa dan fadilat mengamalkannya:

1. Barang siapa yg membaca selawat ini 3 kali setiap lepas solat 5 waktu akan dapat menghilangkan kebuntuan fikiran dan susah hati.

2. Jika dibaca 7 kali selawat ini pada air, InsyaAllah dapat menyembuhkan sakit perut, pening kepala, demam dan sakit2 ringan.

Sekian Wallahu’alam

Tanda-tanda orang yang sabar..

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Suka ustazah berkongsi pada kali ini tajuk

” TANDA-TANDA ORANG YANG SABAR “

Sabda Nabi SAW bersabda:

Rasullah telah bersabda, bagi orang yang sabar itu mempunyai  tiga tanda besar iaitu :-

1. Sabar dalam melakukan perintah Allah

2. Sabar menghadapi musibah dan

3. Sabar menerima qada’ Allah

dan kita juga sering diperdengarkan dengan hadis Nabi saw:

“ASsabru Minal Iman” yang bermaksud Sabar itu sebahagian dari iman.

Firman Allah yg bermaksud ” sesungguhnya Allah bersama2 orang yang sabar “.

Harapan ustazah agar kita semua menghadapi hari2 mendatang dengan penuh kesabaran.. susun perancangan hidup dengan rapi, berusahalah ke arah impian yang dirancangkan itu.., berserahlah diri kemudiannya, sabarlah atas segala yang ditentukan oleh Allah SWT kerana Dia Lebih Mengetahui apa yang terbaik buat kita semua, yang mungkin tiada dalam perancangan kita sekalipun.

Wassalam

-ustazah azimah-