Blog Ustazah Azimah

Buat Yang Disuruh, Tinggal Yang DiLarang..

Archive for the ‘hadis pilihan’


SEDEKAH itu SAHABAT..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..

Suka ustazah kali ini berkongsi tajuk SEDEKAH itu SAHABAT..

Bila masa lah sedakah itu boleh menjadi sahabat kepada kita?

Hadis Nabi saw : ” Apabila mati seorang anak adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu: SEDEKAH JARIAH, ILMU yg bermanfaat dan memberi faedah kep-ada orang lain dan DOA dari ANAK yg SOLEH ”

SEDEKAH jariah disebut di dalam hadis ini adalah kerana ianya(sedekah itu tadi) dianggap sebagai pelengkap kepada amalan-amalan sunat yg lain.

SEDEKAH itu  adalah dari perkataan ’sadaqah’ yang bermaksud persahabatan. Ini beerti apabila kita melakukan sedakah akan mewujudkan persahabatan antara pemberi dan penerima sedekah.

Ini beerti semakin byk kita bersedekah semakin ramailah sahabat kita..

-ustazah azimah-

Solat sunat sblm Subuh..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah..

Bertemu kita lagi dengan izin Allah swt. Kali ini ustazah suka untuk berkongsi 1 lagi amalan kesukaan Nabi saw iaitu Solat Sunat Sebelum Subuh.

Jom kita dengar kisah ini:

Suatu ketika, Rasullullah saw terlewat datang ke masjid untuk solat subuh. Baginda sampai di masjid dan terus sahaja mengimani solat. Selepas solat, Rasullullah SAW memberitahu sebab kelewatannya, kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Kemudian baginda menunaikan dua rakaat sebelum Subuh.

“bukahkah tuan sudah terlewat benar, wahai Rasullullah?” Bilal bertanya, seakan membawa maksud, sudah lambat pun ,masih menyempatkan diri untuk solat sunat dua rakaat?’

Jawab Rasullullah saw, “Sekiranya aku terlambat lebih daripada itu, aku akan  tetap solat dua rakaat dengan sempurna”

Baginda menggambarkan kelebihan solat dua rakaat qabliah(sebelum) subuh melalui sabdanya, ” Dua rakaat fajar lebih baik daripada dunia dan segala yang ada di dalamnya.”

Dalam riwayat lain: “Lebih aku sukai daripada dunia seisinya.”

(riwayat Muslim)

wassalam

-ustazah azimah-

Perbanyakan selawat ..

Assalamualaikum wbt dan Salam Maulidur Rasul

Suka ustazah kongsikan di sini kelebihan berselawat ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad saw.

Al-Nasai dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad sawberpesan, “Sesungguhnya orang yg paling dekat denganku pada Hari Kiamat adalah orang yg paling banyak berselawat kepadaku.”

Firman Allah Taala surah al-Ahzab ayat 56, Allah menyatakan yang bermaksud: ” Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Lihatlah rupanya..semua malaikat pun berselawat kepada Nabi Muhammad saw.

Jom kita amalkan sama-sama.

-ustazah azimah-

Makanan sejuk atau panas..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahterasup-panas2

Bertemu lagi kita pada kali ini dan suka ustazah berkongsi tajuk tentang yang manakah menjadi pilihan kita .. “Makanan yg Panas atau yg Sejuk”

Kebanyakkan kita suka makanan yg panas..betul tk? tapi mari sama2 kita lihat contoh yang Rasullullah saw berikan pada kita sbg contoh ikutan.

Diriwayatkan bahawa saidatina Asma r.h.a, puteri Syaidina Abu Bakar r.a..selepas beliau memasak makanan, maka ia menutupnya terlebih dahulu sehinggalah hilang kepanasannya.
Kemudian beliau berkata: “Aku telah mendengar Rasululullah saw bersabda: “Sesungguhnya cara itu lebih besar keberkatannya” (Riwayat  ad-Darimi)

Selain dari itu sahabat Nabi saw Abu Hurairah r.a juga menekankan sedemikian: “Tidak aku menjamah sesuatu makanan itu melainkan sesudah hilang wap panasnya terlebih dahulu.” (Riwayat al-Baihaqi)

Itulah cara sunnah Nabi saw ketika baginda hendak makan. Baginda tidak pernah menjamah makanan ketika ia( masih) panas.

Tidak ramai diantara kita yg tahu bahawa menikmati makanan ketika suam atau disejukkan terlebih dahulu mengandungi penuh keberkatan dan diberkati disisi Allah swt.

Ini bukanlah beerti makanan yg panas tidak boleh dimakan tetapi bimbang boleh terjadi kecederaan seperti melecur lidah dll, selain itu memakan makanan yg masih panas meluap-luap itu kurang keberkataannya.

Dengan sedikit catatan ini mampu membantu kita semua memilih makan yg mempunyai keberkatan disisi Allah swt .

Wallahu’alam

-ustazah azimah-

Seperti Pokok Kelapa..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera  pokok-kelapa21

Pada Kali ini suka ustazah nk ajak semua pembaca merenungkan sebatang pokok yg terkenal di Malaysia iaitu pokok yg bernama          POKOK KELAPA..

Kerana pokok kelapa ini banyak berguna dan memberi manfaat kepadakita semua.  Pokok kelapa ini pelbagai guna dari hujung daun, buah, batang dan akarnya..semua itu ada gunanya..

Penanaman pokok kelapa yg paling banyak di Malaysia ialah di negeri Perak iaitu di kawasan Bagan Datoh@ nama lamanya Bagan Datok (tanah tumpah darah ustazah), tercacat di dalam buku geografi semasa ustazah di tahun 4 1984 yg lalu.

Daun kelapa yg muda boleh dibuat sarung ketupat, lidinya pula boleh di buat penyapu atau lidi pencucuk cucur , buahnya pula boleh dimakan semasa mudah apabila sudah tua isi yg tebal diparut di buat santan kelapa. Apabila buah kelapa sudah diambil isinya tempurung yg tinggal boleh dijadikan bahan bakar, utk dapur kayu. Sabut nya pula digunakan utk memasak bahulu dan kuih2 lain. Batang yg lembut dinamakan umbut kelapa boleh dibuat sayur. Semasa di kpg ustazah setiap kali ada kenduri kawin pasti ada sajian atau menu gulai lemak umbut kelapa..fuh sedapnya.. Batang yg keras pulak boleh dijadikan titi.

Pendek kata semua bahagian di sebatang pokok kelapa semuanya memberi manfaat dan kegunaan kepada kita semua.

Sepatutnya kita sebagai manusia dan khalifah yg di jadikan Allah swt dapat memberi manfaat kepada semua manusia lain.

Teringat ustazah akan sebuah hadis Rasullullah  SAW   yg bermaksud:

“Sebaik-baik kamu (manusia) adalah orang yang paling bermanfaat utk manusia”

Ustazah juga teringat akan pesanan ustaz semasa ustazah belajar dulu.

“Kita ni kalau boleh jadi seumpama pokok kelapa yg mampu memberi manfaat yg banyak kepada manusia, dan dari buah kelapa itu juga akan tumbuhnya sebatang lagi pokok kelapa…” masih segar kata2 itu. sekarang baru ustazah faham.. mungkin juga ustazah ni ibarat pokok kelapa yg baru tubuh dan sedang membesar dari pokok kelapa yg lama itu..

Subhanallah hebat sungguh ciptaan Allah Tuhan Sekalian Alam

-ustazah azimah-


Orang yang bankrap..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwahgmbr-org-bankrap

Pada hari ni ustazah nak kongsikan tentang Siapakah Orang Yang Bankrap pada hari Kiamat nanti.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tahukah kamu siapa yang disebut orang bankrap itu.”

Para sahabat menjawab: “Orang yang tiada lagi mempunyai wang dan harta.” Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Orang yang bankrap adalah yang datang pada hari kiamat amalan solat, puasa dan zakat, tetapi bersamaan itu juga ia telah mencaci maki, menuduh, memakan harta tidak halal, mengalirkan darah (tanpa hak) dan memukul ini dan itu. Maka amalan baiknya dilimpahkan kepada orang yang berhak menerimanya (yang ia caci) dan jika amalan baiknya habis pada hal belum dapat menutup kesalahannya maka kesalahan (orang yang dicaci itu) dilimpahkan kepadanya, kemudian ia ditempatkan ke dalam neraka.”

Teringat peristiwa di dalam kelas 4P pagi tadi. “Ustazah Amin panggil saya ayam” kata seorang murid lelaki kepada saya. “Eh kenapa dia panggil awak ayam?” saya nak tau. “sebab ayah saya jual ayam..” sambungnya lagi.

“Amin mengapa awak panggil dia ayam, tk baik tau berdosa, nanti di akhirat awak jadi orang yang bankrap” kata saya menasihat Amin

“Bankrap?.. kenapa pulak ustazah, ayah dia yg meniaga jual ayam, bukan saya katanya lagi” ustazah pun nk tergelak lucu benar mendengar luahan si Amin.

“Itulah Amin, orang yg suka mengata orang, mengejek oranglain nanti bila di akhirat semua pahala dia dh lesap diambil orang yg selalu dia kata tu. Bankrap yg ustazah maksudkan bukanlah bankrap sbb berniaga tapi bankrap yg pahalanya kosong, dh habis diambil orang.. faham? ustazah cuba merangsang Amin supaya dia berfikir.

“Ooooo….faham2″ muncung mulut Amin.  Ustazah harap dia faham apa yg ustazah cuba sampaikan.

-ustazah azimah-

Ajarlah anakmu berenang..

Assalamualaikum wbt dan Salam Persaudaraan gambar-renang-kecik

Suka ustazah bawakan sebuah hadis yg bermaksud:

Abu Umamah ibn Sahl r.a meriwayatkan bahawa Umar Alkhattab r.a menulis kepada Abu Ubaidah al-Jarrah r.a mengarahkan kepadanya, ” ajarkanlah anak-anak kamu berenang.” (Riwayat Ahmad)

Jelaslah kepada kita di sini  bahawa mengajar anak berenang atau menghantar anak2 ke kelas renang adalah sesuatu yg baik dan di tuntut. Sukan ini juga melatih anak2 kita utk bersifat berani,sabar,  tenang dan berdisiplin.

Gunakanlah masa cuti atau hujung minggu kita dengan berfaedah. Apabila kita pandai berenang maka bertambahlah satu ilmu lagi dalam kehidupan kita/ anak2 kita.

Pada cuti penggal yg lalu ustazah pun telah menghantar 2 putera kesayangan ustazah (AWIS QARNEY & ARIF IDDYN) untuk mengikuti kelas renang (itu pun mereka yg minta ) bagi menyambung pembelajaran mereka yg telah tertunda sejak 5 tahun yg lalu..kesian anak2..

Alhamdulillah setelah cukup 8 kali sessi pelajaran (2bulan punye lesson) mereka sudah boleh berenang..kuak dada, kuak lentang tinggal gaya bebas shj yg masih belum mereka kuasai..katanya susah Wallahualam

-ustazah azimah-