Blog Ustazah Azimah

Buat Yang Disuruh, Tinggal Yang DiLarang..

Archive for the ‘hadis pilihan’


Rumah Baru..

Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysiarumah-baru

Bersua lagi kita dan pada kali ini ustazah nak berkongsi tajuk “RUMAH BARU.. tapi bukan cara nk beli rumah baru..TETAPI APA YG PERLU KITA LAKUKAN APABILA MASUK RUMAH BARU, atau kita berpindah ke RUMAH BARU.. Ustazah dapat info ini dari hasil pembacaan ustazah pd ptg tadi d suatu majalah.

Haa..tentunya ada rakan2 dan pembaca yg telah membeli rumah baru dan pada tahun baru 2012 ini akan berpindah dari rumah sewa ke rumah sendiri kan? ustazah mengucapkan tahniah dan selamat berpindah ke rumah sendiri..tp tk kiasah la..kalau pembaca berpindah ke rumah sewa yg baru..

Di sini ustazah ingin berkongsi petua atau tips2 berpindah ke rumah baru..

Apa yg perlu dilakukan ialah:

1. AZAN

Dalam sebuah hadis Rasullullah saw pernah berpesan sekiranya banggunan atau rumah yg terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ia akan dimasuki sejenis makhluk yg dikenali sbg Al-Ammar. Ia suka tinggal di rumah yg tak berpenghuni. Oleh itu laungkan azan pada pertama kali anda masuk ke rumah baru anda itu ya..

2. MEMBACA SURAH AL-BAQARAH:

Rasullullah bersabda: ” Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya utk tidur shj) sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yg dibacakan surah Al-Baqarah ” (Hadis riwayat Abu Hurairah r.a)

sekurang2nya amalkan membaca 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah.

3. BANYAKKAN SOLAT DAN MEMBACA QURAN:

Rasullullah saw bersabda : ” Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran ” (riwayat al-Baihaqi)

4. BACA SURAH YAASIN , AL-FATIHAH DAN AL-IKHLAS:

Amalkan membaca surah2 tersebut insyaAllah kita akan terpelihara dan akan dilindungi dari gangguan makhluk2 halus dan dikhuatiri akan mengganggu anak2 kita yg masih baby atau kecil.

Selamat beramal

-USTAZAH AZIMAH-

Ayat Ruqyah..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah

Hari ini suka ustazah nak kongsikan satu ayat yg di namakan AYAT RUQYAH yg mana ianya boleh mengesan diri kita ni ada JIN atau tidak (dlm badan kita la), juga boleh menghalau JIN atau SYAITAN  dari tubuh badan kita.

Kalau komputer kita ada VIRUS kita selalu scan kemudian kita delete atau padamkan virus yg terdapat di dalamnya. Jika VIRUS itu yg susah nk dihapuskan kita akan hantar komputer kita ke kedai2 komputer untuk format semula komputer kita tu kan..

Sekarang kita nak SCAN diri kita pulak nk tahu samada dalam badan kita ada JIN atau tidak. caranya seperti ini:

1. Kita dengarkan video ayat ruqyah ini dgn earphone dgn volume yg paling kuat

2. Pejam mata dan jangan ikut bacaan ayat2 tersebut samada di mulut atau di dalam hati

3.SEKIRANYA…badan anda  BERPELUH2, HATI ANDA BERDEBAR2, TERASA MULA , HENDAK MUNTAH, PENING, TERASA ADA YG BERGERAKI DI BAWAH KULIT ANDA, SENDAWA , MENGANTOK, BATUK JANTUNG BERDEGUP KENCANG…

ini beerti badan anda dihuni JIN..

sekiranya ini berlaku maka anda hendaklah berjumpa dengan ustaz2 yg ada di darus syifa.. jgn jumpa BOMOH atau PAWANG ye…syirik tu

JOm sedia..kita dengarkan AYAT RUQYAH ini..

Orang yg paling dekat dgn Allah swt..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Suka hari ini ustazah berkongsi tentang orang atau hamba Allah yg paling dekat dan hampir dgn Allah swt.

Mari kita lihat siapakah dia gerangan hamba yg paling dekat dengan Allah swt..

Hadis Nabi saw:

” Ya Tuhan semesta alam, siapakah hambamu yang paling dekat denganmu?

Dia menjawab:

” hamba yang sedang LAPAR dan yang sedang SUJUD “

1. Ini beerti orang yg lapar atau orang yg sedang berpuasa adalah hamba Allah yg rapat dengan Allah swt.

2. Dan juga orang yg sedang solat atau yg selalu dan rajin serta istiqamah melakukan solat sebagaimana yg telah diperintahkan olehNya.

Bila kita rapat dgn seseorang pastinya orang itu akan rasa senang hati untuk membantu kita apabila kita memerlukan pertolongannya bukan?

Begitu juga dgn Allah, apabila kita ingat Allah , Allah akan ingat kita.  Kita jaga Allah , Allah akan jaga kita..

ANDA BUAT ANDA DAPAT

-ustazah azimah-

Hukum_ Inai lukis..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..inai-lukis-ditangan

Hari ini suka ustazah berkongsi tajuk

“HUKUM INAI LUKIS DI TANGAN /HENNA”

Ada seorang pengunjung bertanyakan tentang hukum ini, kerana beliau akan mendirikan perkhawinan dan berhajat utk memakai inai berlukis di tangan.

Mari bersama kita baca dan ambil tahu tentang hukum inai lukis di tangan ala-ala tatu..masyaAllah

INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

1. Dari Ibnu Umar ra katanya: ” Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :” inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”.

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..

wallahu’alam…

* Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur .

catatan : ustazah azimah

Bersalaman dan hukumnya..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..bersalamjpg

Bertemu lagi kita pada kali ini, bersyukur kita dengan rahmat dan nikmat Illahi di mana kita dapat bertemu dan berkongsi ilmu.

Suka ustazah hari ini membicarakan “HUKUM BERSALAMAN” tambah2 bila tiba hari raya..

Asal salam je hari raya, asal hari raya je bersalam…

1. Hukum bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram ialah HARAM..mengikut Mazhab Shafie..( semua org tahu kan )

Walaupun permasalahan ni dibincangkan dgn panjang lebar dan byk pendapat ulamak..tp kita Malaysia mengguna pakai hukum ikut Mazhab Shafie..

2. Bersalaman lelaki dan perempuan saudara mara…haa..yg nilah permasalahannya..

bolehkah bersalam dengan anak saudara isteri kita..? dengan mak saudara isteri kita, opah isteri kita (jika kita lelaki) begitulah sebaliknya..

Jika kita isteri bolehkah kita bersalam dgn anak saudara lelaki suami kita? bapa saudara suami kita? adik ipar kita yg lelaki?

Jawapannya:

A-Jika SUAMI, isteri ,mak mertua dan opah mertua(opah isteri) dan ke atas , boleh kita bersamalam dgnnya.

B- Anak saudara perempuan  sebelah isteri kita haram kita bersalam dgnnya, kalau masih kecil dlm umur 6-11thn boleh la..

C- Emak saudara isteri kita pun haram kita bersalam dengannya.

D- ISTERI pun sama bapa mertua, datok mertua dan ke atas boleh isteri bersalam.

E- Anak saudara lelaki sebelah suami haram kita bersalaman dgnnya. tetapi ketika mereka masih kecil tk mengapalah..

F- Bapa saudara suami kita haram kita bersalam denganya.

Dengan SEPUPU pun sama sepupu lelaki dan perempuan tk boleh bersalaman HARAM hukumnya.

Sebagaimana hadis Nabi saw yg bermaksud :

“Apabila lelaki dan perempuan yg bukan mahram bersalam atau bersentuh dengan sengaja , pada hari akhirat nanti akan dibakar tangannya sehingga hancur badannya”

Akhir kata cuba2lah kita semak balik siapa yg selalu kita salam selama hari ini ketika kita raya atau kita berziarah ke rumah suadara mara kita. Jika dahulu atau yg lepas2 kita tk tau tk mengapa sekarang dh tau..jgnlah buat ye..

=ustazah azimah=

Doa yg paling didengari..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..

Bertemu lagi kita dicatatan ustazah kali ini suka ustazah berkongsi dengan hadis yg ustazah baca pada hari ini.

Rasullullah saw telah bersabda :

yg bermaksud daripada Abu Umamah r.a katanya:

Telah ditanya akan Rasullullah SAW :

” Ya Rasullullah, manakah dia doa yg paling didengari ?”

Rasullullah SAW bersabda : ” Di penghujung malam yg terakhir dan selepas solat lima waktu “

(Riwayat Tarmizi)

=ustazah azimah=

Tanggung jawab Sesama Muslim ..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..

Syukur kita kerana masih lagi bernafas dan dapat bernaung dibawah rahmat Illahi, suka ustazah hari ini berkongsi tajuk tanggungjawab Muslim ke atas Muslim yg lain.

Sabda Nabi saw:

” Tanggung jawab muslim ke atas muslim yg lain ada 5 perkara: iaitu

1. menjawab salam

2. menziarahi ketika sakit

3. menghantar jenazah ke kubur

4. menghadiri jemputan

5. mendoakan rahmat kpd orang yang bersin ”

Jadi fikir2kanlah sudah kah kita melaksanakan tanggung jawab sesama saudara seislam kita .

=ustazah azimah=