Archives

Sifat wajib bagi Allah..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah

Kepada semua pembaca blog ini yg dirahmati Allah..

Kali ini ustazah suka nak berkongsi tajuk¬† “Sifat Wajib Bagi Allah swt” yg wajib kita percaya dan beriman dengannya. Tajuk ini juga adalah permintaan dari seorg murid tahun 2 yg menghantar email kepada ustazah. Bagi menyampaikan hajat murid comel ini, ustazah tuliskan.

Adapun sifat wajib itu juga dikenali sebagai ‘SIFAT 20′

1. Wujud – ada

2. Qidam – sedia ada

3.Baqa’ – kekal

4. Mukholafatuhu lil hawadis – Bersalahan Allah itu bagi segala yg baharu

5. Qiamuhu binafsih – Berdiri Allah itu dengan sendirinya

6. Wahdaniah_ Esa/tunggal

7. Qudrat – Kuasa

8. Iradat – Berkehendak

9. Ilmu -Mengetahui

10. Hayyat – Hidup

11. Sama’ – Mendengar

12. Basar – Melihat

13. Kalam – Berkata-kata

14. Kaunuhu Taala Muqodiran – Allah Maha Berkuasa

15. Kaunuhu Taala Muridan – Allah Maha Berkehendak

16. Kaunuhu Taala¬† ‘Aliman – Allah Maha Mengetahui

17. Kaunuhu Taala Hayyan – Allah Maha Hidup

18. KaunuhuTaala Sami’an – Allah Maha Mendengar

19. Kaunuhu Taala Basiran -Allah Maha Melihat

20. Kaunuhu Taala Mutakalliman – Allah Maha Berkata-kata

Jikalau nak mudah ingat dan hafal cubalah kita bernasyid atau melagukannya dengan nasyid yg disampaikan oleh kumpulan Nasyid Raihan.

Selamat bernasyid

-ustazah azimah-

Masjid yang dibina oleh Nabi saw

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahteramasjid-quba1

Bertemu lagi kita kali ini dan ustazah suka nak berkongsi tentang sebuah masjid yang telah di asaskan oleh Nabi saw iaitu Masjid Quba.

Masjid Quba ialah masjid yang pertama dibina dalam Islam. Tarikh ialah pada 8 Rabiul Awal tahun ke 14 kerasulan Nabi saw. Tempatnya ialah di Quba iaitu kira2 4km dari Masjid Nabawi.

Ianya berlaku ketika perjalanan hijrah Nabi saw ke Madinah, Nabi saw berhenti dan Quba dan mengangkat batu yg berat. Sahabat berasa kasihan dan meminta Nabi saw supaya berhenti tetapi Nabi saw meminta mereka membantu baginda. akhirnya terbinalah sebuah masjid yg tidak berbumbung kecuali di bahagian kiblatnya.. diletakkan pelepah2 kurma utk melindungi para jemaah daripada kepanasan matahari dan tiupan angin yang sejuk.

Tujuan masjid dibina adalah utk beribadat, menyatu padukan umat islam, menyiarkan syiar islam, menyebarkan dakwah dan menuntut ilmu.

Di kesempatan ini juga ustazah paparkan juga binaan masjid yg terkemuka di dunia.

siapa boleh teka nama2 masjid ini

masjidil-aqsamasjid-nabawi

masjidil-haram2

Untungnya berganda di bulan Ramadhan..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhankad-ramadhan

Bertemu lagi kita pada kali ni dengan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Rabbul Jalil yang telah memberi kita kesempatan untuk bertemu dengan bulan yang openuh keberkatan,kerahmatan dan keampunan di dalamnya.

Bersyukurlah kita kerana menjadai insan terpilih untuk menjalani ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa bulan Ramadhan ini hendaklah kita memenuhi ruang kosong kita dengan amalan2 yang baik seperti bersedekah, bertadarus, berzikir, membaca buku2 ilmiah (bg yg uzur syarie) , berbuat baik kepada ibu bapa dan jiran dan juga sebagainya.

Apa yang ingin ustazah tekankan di sini iaolah tentang pahala kita pada bulan ini dilipat gandakan oleh Allah swt. Jika pada bulan2 dan hari2 biasa satu kebaikan yang kita kerjakan maka satu pahala sahaja yang kita dapat, tetapi berbeza pada bualan ini..satu kebaikan yang kita lakukan Allah gandakan dengan 10pahala kebaikan itu..Ya Allah Maha Suci Engkau..Terima kasih ya Allah..

Ingatlah jika banyak pahala yang dapat kita kumpulkan maka di akhirat kelak Allah akan memberikan kita balasan syurga. Begitu jugalah sebaliknya.

Oleh itu sama2 lah kita melakukan sebanyak mungkin ibadah yang baik, jauhi perkara yang dilarang oleh Allah swt. Utamakan ibadah yang wajib dahulu ya..daripada yang sunat, buat yg wajib ditambahkan pula ibadah yg sunat.

“ANDA BUAT ANDA DAPAT”

-ustazah azimah-

Sam’iyat..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.. kiamat

Bertemu lagi kita dengan tulisan ustazah pada kali ini dan suka ustzah untuk berkongsi tajuk “SAM’IYAT”

Pengertian Sam’iyat ialah perkara yang tidak dapat digambarkan dengan pancaindera manusia dan hanya dapat diketahui melalui al-quran dan al-hadis.

Dalil kewajipan beriman dengan perkara sam’iyat seperti firman Allah yang bermaksud:
” (Orang yang bertaqwa) ialah orang yang beriman dengan perkara-perkara ghaib” – surah al baqarah

Contoh2 perkara sam’iyat:

1. Alam Barzah – alam kubur
2. Soalan kubur – soalan yang ditanya oleh malaikat munkar dan nakir
3. Nikmat kubur : nikmat kepada orang yang mentaati perintah Allah
4. Azab kubur : siksaan kepada orang yang banyak melakukan dosa
5. Mahsyar : tempat berkumpul selepas dibangkitkan semula
6. Mizan : Alat timbangan amalan
7. Sirat : titian yang merentangi neraka untuk memasuki ke syurga
8. Syurga : tempat ganjaran bagi orang yang mentaati perintah Allah
9. Neraka : tempat siksaan bagi orang yang melanggar perintah Allah

Semasa mengajar tajuk Sam’iyat ini di dalam kelas tahun 6 ada seorang murid bertanya JIN, SYAITAN dan HANTU tu termasuk dalam perkara2 sam’iyat ke ustazah? Ustazah menjawab “YA”.. kerana JIn , Syaitan itu tidak dapat kita lihat dengan mata kasar tetapi hanya dengan izin Allah swt sahaja ada sesetengah orang yang mampu melihat dan bercakap dengan makhluk tersebut, Wallahu’alam…

Wassalam

-ustazah azimah-

Dosa kecil dan Dosa besar..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Bertemu lagi kita dengan kesempatan yg ada ini , Syukur Alhamdulilah ustazah mencari juga ruang dan masa untuk menuliskan sesuatu buat bacaan rakan2 pelawat adan pengunjung yang dirahmati Allah.

Suka kali ini ustazah berkongsi tajuk “DosaKecil dan Dosa Besar”

Pengertian Dosa Kecil:

Amalan yang dilakukan yang dilarang oleh Allah tetapi tidak disertai ugutan dan ancaman dari Allah.

Pengertian Dosa Besar pula ialah:

Amalan yang dilakukan yang dilarang oleh Allah disertai dengan ugutan dan ancaman dari Allah

Contoh2 Dosa Kecil:

1. Membazir

2. Membuang Masa

3. Membuang sampah merata-rata

4. Melihat perkara2 yg maksiat

5. Mendengar perkara/lagu2 yang melalaikan

Contoh Dosa2 Besar:

1. Syirik

2. Sihir

3. Membunuh

4. Minum Arak

5. Berzina dan liwat

6. Menuduh orang berzina(fitnah)

7. Derhaka kpd ke2 ibu bapa

8. Lari dari medan perang

9. Putus Asa dari rahmat Allah

Oleh itu marilah kita sama2 menjauhi perkara2 yg menyebabkan kita mendapat dosa samada dosa kecil atau dosa besar.

Firman Allah yg bermaksud:

“sesengguhnya orang yg mendapat balasan kebaikan adalah orang yg menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yg kecil-kecil (yg mereka terlanjur melakukannya, maka ianya dimaafkan) sesungguh Allah itu Maha Luas PengampunanNya” Ayat 32:Surah An Najm

Wassalam

-ustazah azimah-

Jangan tinggalkan Ibadat..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwahorgsujud

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana kita masih boleh bertemu di alam maya, dan ustazah boleh menulis catatan untuk dikongsikan bersama2 pembaca2 yang dirahmati Allah.

Hari ini suka ustazah berkongsi tajuk ” Jangan Tinggalkan Ibadat “..

Pernyataan ini untuk mengingatkan diri ustazah sendiri dan juga sahabat2 pembaca semua..

1.Kita sebenarnya mestilah selalu berzikir dan mmengingati Allah SWT tidak kira di mana sahaja kita berada.. sedanag duduk kah, sedang berdirikah atau sedang diamkah.. atau sebagainya.

2.Solat juga sebagai tiang agama janganlah kita tinggalkan dengan sengaja melainkan kita terlupa atau tertidur maka wajiblah kita qada’ atau ganti dengan segera.

3. Membaca Al-Quran sebagai satu ibadah sunat untuk memohon dan mendapatkan syafaat. Quran itu tanpa kita sedari mampu memberi syafaat kepada kita di alam kubur atau di akhirat nanti kepada para pembacanya yang setia.

4. Solat Tahajjud juga salah satu lagi ibadah sunnat yang sangat dituntut kerana orang yang rajin melakukan ibadah solat sunat tersebut akan memiliki hati yang bersih, wajah yang bercahaya kerana hidung dan dahinya akan menjadi saksi mereka bersujud kepada Allah.

Ini juga akan memudahkan mereka menghadapi sakratul maut, menerima buku amalan dengan tangan kanan, mudah meniti titian sirat dan mudah menghuni syurga Allah , InsyaAllah..

Sekian buat kali ini. Wassalam

-ustazah azimah-

Jom nikmati ciptaan Tuhan Rabbul Jalil..

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Bertemu lagi kita pada kali ini , ustazah memohon maaf kerana lambat tidak dpt mengemaskinikan blog ini dengan entry terbaru.. bukan apa kekangan masa.. tugasan di sekolah pun bertambah.

Tapi hari ini suka nak berkongsi pemandangan yg hijau, bumi yang indah yang di ciptakan oleh Allah Rabbul Jalil , Tuhan kita yang Maha Agung..

Tidak ada sesuatu yang Allah ciptakan itu dengan sia-sia. Dan tidak sesuatu pun di dunia ini yang mampu menandingi ciptaan Allah itu, ciptaan yg sangat sempurna dan ciptaan yang betul mengkagumkan.

Gambar ini ustazah rakamkan ketika bercuti merehatkan minda , kerana tugasan yg banyak sejak akhir2 ini. Sesungguhnya apabila melihat ciptaan Allah ini semuanya kembali lapang dan tenang.. Subhanallah

ladang_teh-_boh

ini ladang teh boh di Cameron Highlands.. sejukkan mata memandang!

Inilah juga bukti dan tanda yang sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Agung..

Wassalam