Blog Ustazah Azimah

Perkongsian Ilmu Berkaitan Hal Keagamaan

Archive for the ‘Aqidah’


Sifat 20 ..

Assalamualaikum wbt dan Salam Persaudaraan

Bertemu kita pada kali ni, dan ustazah nak tunaikan permintaan seorang pelawat blog ini yang meminta ustazah menulis tentang “SIFAT2 ALLAH”

Adapun sifat2 Allah itu yang wajib kita ketahui dan beriman ialah 20 sifat Wajib Bagi Allah.

SIFAT-SIFAT WAJIB BAGI ALLAH:

1. Wujud -ertinya ada. Bukti Allah itu ada ialah adanya alam ini, kerana tidak mungkin alam yg begitu indah dengan isinya tiada Pencipta.

2. Qidam -ertinya sedia ,Allah itu tiada permulaan dan pengakhiran

3. Baqa -ertinya kekal, Allah kekal selamanya dan tidak binasa

4. Mukhalafatuhu lilhawadisi - bersalah Allah dengan sesuatu yg Baharu, Allah tidak serupa dgn apa pun

5. Qiyamuhu binafsih - Berdiri Allah dengan sendiri, Allah mentadbir alam ini dgn sendiri tanpa bantuan sesiapa pun

6. Wahdaniah - Esa, Allah itu satu dan tidak berbilang-bilang

7. Qudrat - Berkuasa, Allah itu Maha berkuasa di atas semua yang ada di alam ini

8. Iradat - Berkehendak, Allah berkehendak melakukan sesuatu tanpa ada sebarang paksaan

9. Ilmu - Allah itu Maha Mengetahui semua yang terjadi kpd hambanya, samada yang nyata atau yg tersembunyi. Ilmu Allah itu tidak terbatas

10. Hayat - Hidup , Allah itu Maha Hidup dan tidak pernah mati

11. Sama’- Mendengar, Allah itu Maha Mendengar, Maka mohonlah apa2 saja hajat kita kepada Allah kerana Dia mendengar setiap permohonan hambanya yang ikhlas.

12. Basar - Melihat, Allah MAha melihat, Ingatlah semua perbuatan kita ini di lihat oleh Allah. Oleh itu janganlah kita melakukan kemaksiatan dan kejahtan dimuka bumi ini

13. Kalam - Berkata-kata, Allah itu berkata2 melalui Kitabnya AL-Quran. Kadang2 sesuatu musibah yg menimpa kita atau bencana merupakan kata2 Allah. Allah berbicara dgn kita, jadi muhasabahlah diri kita buat post mortem mengapa dan kenapa musibah itu berlaku kepada kita. mesti ada yg tk kena dgn kita. ada yg kurang solatnya, puasanya , zakatnya dll.

14. Kaunuhu Taala Qadiran

15. Kaunuhu Taala Muridan

16. Kaunuhu Taala ‘aliman

17. Kaunuhu Taala Haiyan

18. Kaunuhu Taala Sami’an

19. Kaunuhu Taala Basiran

20. Kaunuhu Taala Kaliman

dari no 14 hingga no 20 tu maksudnya sama dengan no 7 -13.

Semoga tulisan kali ini dapat memberi manfaat pada semua ye, termasuk diri ustazah juga.

Wassalam
-ustazah azimah-

Malaikat dan tugasnya..

Assalamualaikum WBT dan Salam Ukhwah

Syukur kita kerana kita masih diberi Allah kesihatan supaya dapat lagi kita bertemu dan ustazah kali ini ingin berkongsi tajuk:

“MALAIKAT DAN TUGASNYA”

Percaya dan beriman kepada Malaikat adalah merupakan rukun Iman Yang Kedua.

Malaikat itu adalah hamba Allah yang sangat taat akan perintah Allah. Di jadikan daripada ‘NUR’ ataupun Cahaya. Tidak ada jantina samada lelaki,perempuan ataupun hunsa. Malaikat juga tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan juga tidak berkahwin. Bilangan Malaikat itu sangatlah banyak dan tidak dinyatakan dengan jelas cuma Yang wajib kita percayai dan beriman dengannya adalah sebanyak 10 sahaja.

Nama-nama Malaikat dan tugasannya.

1. Jibril/Jibrail tugasnya menyampaikan wahyu kepada Nabi2 dan Rasul2 Allah

2. Mikail - menurun rezeki / hujan

3. Israfil - meniup sangkakala bila hari hendak Kiamat

4. Izrail - mencabut/mengambil nyawa (malaikat maut)

5. Munkar 6. Nakir - menyoal mayat dalam kubur. 7 langkah sahaja orang hidup meninggalkan kubur yg baru ditanam lalu datanglah malaikat berdua ini

7. Raqib - menulis dan mencatat amalan kebaikan semasa kita di dunia ini (duduk dibahu kanan)

8. ‘Atid - menulis dan mencatat amalan kejahatan semasa kita di dunia ini (duduk dibahu kiri)

9. Ridhuan - menjaga pintu syurga

10. Malek - menjaga pintu neraka

Sampai sini dulu buat kali ini, sampai jumpa lagi.

Wassalam

-ustazah azimah-

Iblis dan Kerajaannya..

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulilah dipanjat syukur dan puji-pujian buat Allah Tuhan Sekelian Alam, dengan kurniaanNya maka ustazah mampu lagi berkongsi dengan rakan2 pembaca, hari ini ustazah tertarik dan suka untuk berkongsi tajuk “Kerajaan Iblis”

Alam syaitan yang ghaib itu berpusat di empayar Iblis laknatullahh mengetuai kerajaannya selaku maharaja hingga ke hari kiamat. Iblis duduk disinggahsana memberi arahan dan menerima laporan daripada syaitan yang berkhidmat untuknya, seperti seorang presiden sesebuah negara. Iblis mempunyai barisan menteri kanan yang setiap satunya mempunyai kerajaan tersendiri yang bernaung di bawah empayar Iblis.

Inilah diantara nama2 kuncu2 syaitan, adakah namanya seperti yang kita tahu pocong, penanggal, toyol, hantu , jerangkung, sundar bolong atau lain2 yg selalu kita dengar.

Kuncu2nya ialah:

1.DASIM - dikatakan anak emas Iblis laknatullah, kerana Dasim dan seluruh kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan.Iblis sangat benci dan dengki setiap kali melihat pasangan lelaki dan wanita yang dikijabkabulkan. Kerjanya menghuru harakan rumah tangga orang mendatang benci dan marah antara suami dan isteri sehingga talak dijatuhkan, ketawalah si Dasim dan inilah puncak kegemilangan dan kemenangannya.

2. AL_A’WAR - membentuk dan memudahkan laluan zina serta keruntuhan moral ialah tugasnya. Iblis gembira dengan berleluasanya zina dan kelahiran anak-anak luar nikah, kerana itu petanda keturunan Adam as pincang.

3. MASWATH - Anak Iblis ini merupakan pakar dalam menipu. Dia dan pengikutnya sentiasa membisikkan fitnah, khabar angin dan penipuan sehingga tersebar luas dalam kelompok manusia. Permusuhan dan sangka buruk sesama manusia merupakan matlamat hidupnya.

4. ZALNABUR - Si terkutuk ni dan kakitangannya pula berkeliaran menghasut manusia hingga tercetusnya caci maki, pertengkaran dan pembunuhan. Pusat operasinya adalah di tempat2 tumpuan orangramai seperti di pusat membeli belah, pasaraya dan sbgnya.

5. TSABA - Geng syaitan ini pula memburu orang yang ditimpa musibah atau masalah. Mangsa banjir, tanah runtuh, mangsa rogol mahupun mereka nyang kematian orang yang tersayang termasuk dalam senarai ‘most wanted’ Tsaba. Mempraktikkan strategi yang menimbulkan buruk sangka terhadap Allah SWT. Manusia yang terpedaya akan mengeluh atas takdir diri dan menyalahkan Allah SWT atas semua yang terjadi.

Haa..apalagi rakan2 pembaca , berhati2 lah kita dengan kuncu2 kerajaan Iblis ini. Kukuhkan benteng keimanan dan ketaqwaan kita agar Kuncu2 syaitan ini tidak boleh menembusinya, malah langsung tidak berpeluang menghasut kita. Perbanyakan bacaan ayat2 suci AlQuran seperti Surah 3 Qul, AyatulKursi, 2 ayat terakhir Surah Baqarah dan selawat2 Nabi yang boleh kita amalkan seharian.

Wassalam

-ustazah azimah-

Neraka Jahannam dan Penghuninya..

Assalamualaikum WBT dan Salam Persaudaraan

Bertemu lagi kita di blog ustazah, dan pada catatan kali ini suka ustazah kongsikan tajuk “Neraka Jahannam dan Penghuninya”

Adapun Neraka itu ada 8 :

1. Neraka Jahannam - Penghuninya ialah:

1.1 - Orang Kafir

1.2 - Orang-orang munafik

1.3 - Golongan yg menderhaka kepada Tuhan = firman Allah Surah Maryam 86 yg bermaksud: Dan Kami akan menghalau orang-orang yang derhaka ke neraka Jahanam dalam keadaan dahaga.

1.4 - Golongan yang mengikut syaitan (mengikut hawa nafsu dan bangga dengan kemaksiatan)

1.5 - Orang yang menimbun dosa

1.6 - Orang yang menyimpan emas dan perak tetapi tidak mengeluarkan zakatnya.

1.7 - Golongan orang yang menentang Rasul dan dan mengikuti jalan-jalan orang yang bukan mukmin.Sepertimana firman Allah yang bermaksud: ” Barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan bukan orang mukmin Kami akan biarkanĀ  berleluasa terhadap kesesatan yang telah menguasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Neraka Jahannam yang seburuk-buruk tempat kembali. (surah An-Nisa ayat 115)

Berdasarkan penyataan di atas hendaklah kita hindari perbuatan2 mereka yang mendorong kita ke nereka jahannam itu na’uzubillah..

Wassalam

-ustazah azimah-

Doa itu Ibadah..

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Bertemu kita lagi ya, Pada kali ini dan ustazah kongsikan tajuk

“Doa itu Ibadah”

Nu’man Ibn Basyir meriwayatkan daripada Nabi SAW yang bermaksud:

“Doa itu Ibadat”

Firman Allah SWT Surah al-Ghafir 60 bermaksud:

Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepadaku nescaya aku akan perkenankan untukmu”.

SYARAT-SYARAT BERDOA:

1. Dalam keadaan berwudhuk

2. Dalam keadaan menutup aurat

3. Menghadap ke kiblat

4. Dalam keadaan khusyuk dan tawaduk

5. Tidak tergesa-gesa

6. Dimulai dengan memuji kebesaran Allah

7. Kemudian berselawat ke atas Baginda Rasullullah SAW

8. Membaca doa itu dengan cara penuh harapan akan dikabulkan

9. Diakhiri dengan selawat dan salam

10. Seeloknya kita mengetahui isi dan makna doa itu (jika doa itu dlm bahasa arab)

Oleh itu ustazah menyeru kepada semua pembaca dan diri ustazah juga supaya sentiasa berdoa dan memohon apa saje keinginan dan hajat kepada Allah SWT.

Berdoa dengan hati yang ikhlas dan tawaduk InsyaAllah pasti Allah perkenankan.

Akhirnya renungkanlah kata2 hikmah ini :

Jika Allah cepat mengabulkan doamu itu beerti Allah menyayangimu, Jika Allah lambat mengabulkan doamu itu beerti Allah ingin mengujimu, tetapi jika sekiranya Allah tidak mengabulkan doamu , Percayalah allah sedang merancang sesuatu yg lebih baik dan yang terbaik untukmu”..bersabarlah dan janganlah jemu berdoa.

Wassalam

-ustazah azimah-

Bersyukur..

Assalamualaikum wbt dan Salam Persaudaraan

Suka Ustazah kali ini berkongsi tajuk :

“Bersyukur” terutama selepas makan dan minum

Bersyukur atau ucapan “Alhamdulilah” adalah satu ucapan yang paling ringan di bibir, tetapi amat berat timbangannya di akhirat nanti.

Sebuah Hadis yang bermaksud : ” ..Dan zikir Alhamdulilah memenuhi (memberatkan) timbangan, dan zikir Subhanallah dan Alhamdulilah , keduanya memenuhi ruang yang ada di langit dan di bumi..”

(HR: Imam Muslim)

Memanglah susah untuk mendapatkan amalan yang mudah dan ringan untuk dibuat, tetapi timbangannya memenuhi dan memberatkan timbangan pahala di Akhirat seperti zikir “Alhamdulillah”.

Kerana kehebatan zikir “Alhamdulilah” inilah, Allah SWT meletakkannya sebagai bacaan yang awal dalam surah AlFatihah yang juga digelar “Ummul Kitab” atau “Ibu AlQuran” yang wajib dibaca dalam apa jua solat yang hendak ditunaikan!

Sekarang mari kita lihat pula kelebihannya zikir “Alhamdulilah” ini dibaca setiap kali selepas makan dan minum.

1. Orang yang makan sesuap dan minum seteguk air dan mengucapkan “Alhamdulilah” Allah akan meredhai-NYa

2. Orang yang Allah redha akan ditempatkan bersama-sama orang2 yang soleh di Akhirat kelak

3. Orang2 itu juga mendapat tempat yang tinggi dan mulia di Hari Kiamat

4. Dan barangsiapa membaca doa selepas makan akan diampunkan oleh Allah SWT akan dosa-dosanya yang telah lalu

Dari itu marilah kita bertanya kepada diri masing2 adakah kita mengucapkan “Alhamdulilah” setiap kali selepas makan dan minum, doa sebelum makan memang ramai yang baca tapi bila dah kenyang ..lupa nak baca doa selepas makan ye.

Sebab itulah kadangkala kita lihat amalan2 tertentu itu walaupun kelihatannya mudah, tetapi jika tidak mendapat hidayah dan taufik dari Allah SWT, maka perkara mudah pun akan menjadi payah, dan mudah pula dilupakan.

Jadi kesimpulnya marilah kita bersama2 mengamalkan doa sebelum dan selepas makan dan minum. Untuk beroleh keredhoan Allah.

Wassalam

-ustazah azimah-