Blog Ustazah Azimah

Perkongsian Ilmu Berkaitan Hal Keagamaan

Archive for the ‘Aqidah’


Berwudhuk sebelum pegang Quran..

quran48

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Bertemu lagi kita dgn kehendak Allah, syukur Allah mengizinkan ustazah menyampaikan sedikit ilmu untuk dikongsikan pada hari ini iaitu ” Mengapa nak pegang Quran kena berwudhuk dulu”

Jom kita baca surah waqiah ayat 79 yang bermaksud:

“Yang tidak disentuh ( Quran)  melainkan oleh mahkluk yang diakui bersih dan suci”.

Inilah dalil bahawa untuk menyentuh atau memegang Quran itu perlulah kita berwudhuk terlebih dahulu. Supaya kita ini benar2 suci dan tidak berhadas samada hadas besar ataupu hadas kecil.

Wallahua’lam

-ustazah azimah-

Sifat Baqa’ Allah..

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera..

Ustazah ingin  kongsikan  ” Allah Bersifat Baqa’(kekal) ”

Jom ikuti dailog di bawah ini:

Ahmad : Ustaz, benarkah suatu hari nanti alam ini akan musnah?

Ustaz : Ya, benar, hanya Allah sahaja yang kekal iaitu bersifat Baqa’

Muiz : Apa makna Baqa’ ustaz ?

Ustaz : Baqa’ bermaksud kekal. Kita wajib beriman dan percaya bahawa Allah itu kekal selama-lamanya dan tidak akan binasa. Manusia adalah hamba Allah yang lemah, sedangkan Allah tiada sebarang kelemahan.

Ahmad : Apa dalilnya Ustaz?

Ustaz : Firman Allah dalam surah ArRAhman ayat 27 yg bermaksud : ” dan akan kekallah zat Tuhanmu mempunyai kebesaran dan kemuliaan ”

Muiz : Apa pula kesannya kepada mereka yang beriman dengan sifat Baqa’ Allah ini ustaz?

Ustaz : Mereka yg beriman dengan sifat Baqa’ Allah akan sedar akan kebesaran Allah dan tidak akan bersikap sombong sesama manusia

Ahmad : Apakah contoh manusia itu binasa ustaz ?

Ustaz : Bukan kah kita ini bermula dari bayi, kanak, remaja , dewasa , tua dan meninggal dunia. Jika tumbuhan pula bermula dari biji benih, tumbuh daun, batang menjadi pokok besar dan akhirnya tumbang kan sama juga. Hanya Allah sahaja yang kekal abadi.

Ahmad dan Muiz : Barulah kami faham ustaz, terima kasih ya ustaz.

Wassalam

-ustazah azimah-

Syurga dan Penghuninya

Assalamualaikum WBT dan Salam Perpaduan

Bersyukur kita kerana dgn limpah kurniaNya kita masih lagi mampu bertemu dan berkongsi ilmu di laman maya ini.

Pada kali ini suka ustazah berongsi tentang tajuk ” SYURGA DAN PENGHUNINYA”

1. Syurga Firdaus:

Penghuninya ialah:-

- Orang yang benar2 beriman dan beramal soleh

- khusyuk dalam solat

- Menjauhi dari melakukan perbuatan maksiat

- Menunaikan zakat

- Sentiasa menjaga maruah diri

- Menjaga amanah

-Menepati janji

2. Syurga ‘Adn

- Orang yang bertaqwa kepada Allah

- Orang yang benar2 beriman dan beramal soleh

- orang-orang yang sabar

- Orang-orang yang banyak kebaikan

3. Syurga Darul Ma’wa

- Orang-orang yang mendekatkan diri dengan Allah

- Beriman , bertaqwa dan beramal

4. Syurga Na’im

- Orang yang tekun dan beramal soleh

- Orang yang sentiasa melakukan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Wassalam

-ustazah azimah-

Solat dan Manusia Yang Pertama mengerjakannya..

solat-berjemaahAssalamualaikum WBT dan Salam Tahun Baru 2010

Bertemu lagi kita pada tahun yang baru ini. Sesungguhnya sudah lama ustazah tidak update blog ni kerana sememangnya sibuk dengan banyak perkara seperti membeli peralatan dan keperluan sekolah anak2, mengunjungi saudara mara yang mengadakan kenduri dan minggu lepas sibuk dengan mesyuarat disekolah.

Hari ini suka ustazah berkongsi dengan satu buku yang ustazah baca tentang “Solat Fardhu 5 waktu dan Siapakah Manusia Yang mula mengerjakannya”.

1. Solat Fardhu Subuh :
Waktunya bermula setelah terbit fajar sadiq hingga terbitnya matahari.
Manusia yang pertama mengerjakannya ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar, Nabi Adam a.s pun Solat 2 Rakaat. Begitulah asal usulnya solat subuh.

2. Solat Fardhu Zuhur :
Waktunya mulai gelincir matahari ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.
Manusia pertama yang solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s , iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s , Apabila seruan itu datang sujudlah Nabi Ibrahim sebayank 4 rakaat.

3. Solat Fardhu Asar :
Waktunyandimulai setelah habis waktu Zuhur iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.
Manusia yang pertama mengerjakan solat ini ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s di tepi pantai pada waktu Asar,. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s lalu solat 4 rakaat.

4.Solat Fardhu Maghrib :
Waktunya mulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila cahaya merah telah hilang.
Manusia pertama yang mengerjakan Solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s , iaitu apabila baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedangkan pada waktu itu matahari telah terbenam, Bersyukur Nabi Isa a.s lalu baginda solat 3 rakaat.

5. Solat Fardhu Isyak :
Waktunya dimulai setelah hilangnya cahaya merah sampai terbit fajar.
Manusia pertama yang melakukan solat ini ialah Nabi Musa a.s . Ketika itu Nabi Musa tersesat mencari jalan keluardari negeri Madyan. Baginda amat berdukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan berdukacitanya itu pada waktu Isyak. Lalu Nabi Musa a.s pun bersolat 4 rakaat sebagai tanda bersyukur.

Begitulah asal usul waktu solat fardhu 5 waktu yang dikerjakan oleh kaum Muslimin dan Muslimah.

Sekian buat kali ini.

Wassalam

-ustazah azimah-

Beriman kepada Hari Kiamat..

Assalamualaikum wbt dan Salam Maal Hijrah

Syukur Alhamdulillah kita masih berkesempatan untuk menghirup udara segar yg Allah rezekikan kpd kita semua. Ini beerti kita masih lagi mampu dan berkuasa melakukan ibadat kepadaNya.

Pada kali ini ustazah suka ingin berkongsi tentang “Rukun Iman yg ke 5, iaitu Beriman Kepada Hari Qiamat”

Adapun hari qiamat itu pasti akan datang dan berlaku pada suatu hari nanti, bila??. Ianya tidak diketahui oleh sesiapa pun hatta kekasih Allah Junjungan besar Nabi saw juga tidak mengetahuinya. Semuanya itu milik Allah seperti surah alFatihah ayat 4 yg bermaksud ” Allah yang menguasai hari Pembalasan(hari kiamat)”.

Ustazah ingin menyentuh seimbas lalu/ muqaddimah sahaja tentang Hari Qiamat ini. Iaitu perkara-perkara yang berhubung dengan Hari Kiamat tersebut:

Beriman dengan Hari Kiamat beerti kita percaya akan kepada yang berikut:

1. Mati itu pasti

2. Pembalasan alam kubur, azab atau nikmat

3. Hari kebangkitan setelah dunia ini dihancurkan kesemuanya

4. Padang Mahsyar tempat kesemua manusia dan jin akan dikumpul untuk diadili. teringat kata ustaz masa ustazah belajar di pondok dulu. Kata ustaz bila nak letak nama anak nanti letak yang baik2 dan elok maksudnya. sebab bila di padang mahsyar nanti bila berbaris orang yang namanya memberi maksud yang baik akan berbaris dihadapan. Yang takde makna atau maksud, duduk belakang.. lambatle nak panggil giliran. macam awak periksa juga ada angka giliran kata ustaz.

5. Dihisab/ditimbang segala amalan dan dilakukan neraca timbangan

6. Meniti titian (Sirat) - ada bermacam cara orang yg melalui/melintas sirat ini ada yang laju berlari,yang berjalan perlahan, yang berjalan laju dan ada juga yang merangkak. bergantung kepada amalan masing2. sirat itu pula tajamnya macam mata pedang halusnya umpama rambut dibelah tujuh ya Allah macamana tu ye..

7. ke syurga atau ke neraka

Akhir kata tunggu ustazah akan berkongsi tentang kejadian tentang Hari Kiamat nanti post akan datang.

-ustazah azimah-

Sifat 20 ..

Assalamualaikum wbt dan Salam Persaudaraan

Bertemu kita pada kali ni, dan ustazah nak tunaikan permintaan seorang pelawat blog ini yang meminta ustazah menulis tentang “SIFAT2 ALLAH”

Adapun sifat2 Allah itu yang wajib kita ketahui dan beriman ialah 20 sifat Wajib Bagi Allah.

SIFAT-SIFAT WAJIB BAGI ALLAH:

1. Wujud -ertinya ada. Bukti Allah itu ada ialah adanya alam ini, kerana tidak mungkin alam yg begitu indah dengan isinya tiada Pencipta.

2. Qidam -ertinya sedia ,Allah itu tiada permulaan dan pengakhiran

3. Baqa -ertinya kekal, Allah kekal selamanya dan tidak binasa

4. Mukhalafatuhu lilhawadisi - bersalah Allah dengan sesuatu yg Baharu, Allah tidak serupa dgn apa pun

5. Qiyamuhu binafsih - Berdiri Allah dengan sendiri, Allah mentadbir alam ini dgn sendiri tanpa bantuan sesiapa pun

6. Wahdaniah - Esa, Allah itu satu dan tidak berbilang-bilang

7. Qudrat - Berkuasa, Allah itu Maha berkuasa di atas semua yang ada di alam ini

8. Iradat - Berkehendak, Allah berkehendak melakukan sesuatu tanpa ada sebarang paksaan

9. Ilmu - Allah itu Maha Mengetahui semua yang terjadi kpd hambanya, samada yang nyata atau yg tersembunyi. Ilmu Allah itu tidak terbatas

10. Hayat - Hidup , Allah itu Maha Hidup dan tidak pernah mati

11. Sama’- Mendengar, Allah itu Maha Mendengar, Maka mohonlah apa2 saja hajat kita kepada Allah kerana Dia mendengar setiap permohonan hambanya yang ikhlas.

12. Basar - Melihat, Allah MAha melihat, Ingatlah semua perbuatan kita ini di lihat oleh Allah. Oleh itu janganlah kita melakukan kemaksiatan dan kejahtan dimuka bumi ini

13. Kalam - Berkata-kata, Allah itu berkata2 melalui Kitabnya AL-Quran. Kadang2 sesuatu musibah yg menimpa kita atau bencana merupakan kata2 Allah. Allah berbicara dgn kita, jadi muhasabahlah diri kita buat post mortem mengapa dan kenapa musibah itu berlaku kepada kita. mesti ada yg tk kena dgn kita. ada yg kurang solatnya, puasanya , zakatnya dll.

14. Kaunuhu Taala Qadiran

15. Kaunuhu Taala Muridan

16. Kaunuhu Taala ‘aliman

17. Kaunuhu Taala Haiyan

18. Kaunuhu Taala Sami’an

19. Kaunuhu Taala Basiran

20. Kaunuhu Taala Kaliman

dari no 14 hingga no 20 tu maksudnya sama dengan no 7 -13.

Semoga tulisan kali ini dapat memberi manfaat pada semua ye, termasuk diri ustazah juga.

Wassalam
-ustazah azimah-