Blog Ustazah Azimah

Buat Yang Disuruh, Tinggal Yang DiLarang..

Archive for the ‘akhlak’


Orang-orang yg makbul doanya..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..imagesanakberdoa

Bertemu lagi kita pada kali ini dengan limpah kasih sayang Maha Pencipta. Ustazah ingin berkongsi tajuk:

Orang yg dimakbulkan oleh Allah swt doanya.

Siapakah mereka? Jom sama2 kita lihat..

1.Imam / Ketua yg adil

2. Orang yang terinaya

3. Anak-anak yang patuh terhadap ibu bapanya

4. Ibu bapa terhadap anaknya

5. Orang-orang yg soleh

6. Seseorang Muslim yg berdoa tidak tentang dosa dan Muslkim yg tidak memutuskan silaturrahim

7. Orang yg dalam kesempitan atau kepayahan hidup

8. Orang yg bertaubat

9. Orang yg berpuasa sewaktu berbuka

10. seseorang Muslim yg mendoakan temannya (Muslim yg jauh)

11. Orang yg sedang dlm perjalanan (bermusafir kerana Allah)

Setakat ini perkongsian ustazah dgn anda semua yg dirahmati Allah.

-ustazah azimah-

Doa untuk ibu bapa..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Bertemu lagi kita kali ini dan suka ustazah berkongsi sebuah doa yg ustazah baru baca pada Buku Surah Yaasin yg ustazah beli baru2 ini..

DOA INI SESUAI DIBACAKAN SELEPAS SOLAT UTK IBU BAPA KITA SAMADA YG MASIH HIDUP ATAUPUN YG TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH..

Doanya seperti ini:

Bacalah Basmallah dulu ye..

Segala puji bagi Allah, yg telah memerintahkan kami agar berterima kasih kepada kedua ibubapa kami dan berbuat baik kepada mereka. Menggesa kami supaya merebut peluang berbakti kepada mereka, bersungguh-sungguh melakukan kebajikan kepada mereka. Merendahkan diri menghormati mereka. Mewasiatkan kami supaya mengasihani ,mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidik kami semasa kecil.

Ya Allah! Rahmatilah kedua ibubapa kami (3kali ulang), dan ampunilah dosa mereka, Redhailah mereka dengan keredhaan yg melayakkan mereka mendapat segala keredhaanMu. Dengan Engkau meletakkan mereka di dalam Negara kemuliaanMu, keamananMu, kemaafanMu dan keampunanMu.

Ya Allah ampunilah mereka dengan sesempurna keampunan yang dengannya Engkau hapuskan dosa-dosa mereka yg terdahulu dan kejahatan yg mereka lakukan secara berterusan. Rahmatilah mereka dengan rahmatMu yg dengannya Engkau menyinari tempat pembaringan mereka di dalam kubur. Engkau amankan mereka pada hari Kiamat ketika mereka dibangkitkan dari kubur mereka.

Ya Allah!, kasihanilah di atas kelemahan mereka sebagaimana mereka telah mengasihi kami ketika kami lemah, rahmatilah mereka ketika mereka terlalai daripada mengingatiMu, sebagaimana mereka tetap mengasihi kami semasa kami masih kecil.

Ya Allah!, peliharalah bagi mereka kasih sayang yg telah Engkau curahkan di dalam hati mereka, belas kasihan yg telah Engkau penuhi hati mereka, dan kelembutan yg telah Engkau sibukkan ke atas anggota mereka.

Ya Allah! Jadikanlah kami penyejuk mata hati mereka pada hari kiamat, perdengarkanlah kepada mereka sebaik-baik seruan daripada kami pada hari Kiamat, Jadikanlah mereka disebabkan kami dari kalangan ibubapa yg dicemburui disebabkan anak-anak mereka yg soleh, sehingga Engkau mengumpulkan kami dan mereka serta sekalian muslimin di Negara kemuliaanMu (syurga) di tempat penetapan rahmatMu dan tempat auliya kekasihMu bersama orang-orang yg telah Engkau kurniakan Nikmat.

akhiri doa ini dengan selawat ke atas Nabi saw dan ucapan Alhamdulillahi rabbail ‘alamin..

-ustazah azimah-

Perbanyakan selawat ..

Assalamualaikum wbt dan Salam Maulidur Rasul

Suka ustazah kongsikan di sini kelebihan berselawat ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad saw.

Al-Nasai dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad sawberpesan, “Sesungguhnya orang yg paling dekat denganku pada Hari Kiamat adalah orang yg paling banyak berselawat kepadaku.”

Firman Allah Taala surah al-Ahzab ayat 56, Allah menyatakan yang bermaksud: ” Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Lihatlah rupanya..semua malaikat pun berselawat kepada Nabi Muhammad saw.

Jom kita amalkan sama-sama.

-ustazah azimah-

Makanan sejuk atau panas..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahterasup-panas2

Bertemu lagi kita pada kali ini dan suka ustazah berkongsi tajuk tentang yang manakah menjadi pilihan kita .. “Makanan yg Panas atau yg Sejuk”

Kebanyakkan kita suka makanan yg panas..betul tk? tapi mari sama2 kita lihat contoh yang Rasullullah saw berikan pada kita sbg contoh ikutan.

Diriwayatkan bahawa saidatina Asma r.h.a, puteri Syaidina Abu Bakar r.a..selepas beliau memasak makanan, maka ia menutupnya terlebih dahulu sehinggalah hilang kepanasannya.
Kemudian beliau berkata: “Aku telah mendengar Rasululullah saw bersabda: “Sesungguhnya cara itu lebih besar keberkatannya” (Riwayat  ad-Darimi)

Selain dari itu sahabat Nabi saw Abu Hurairah r.a juga menekankan sedemikian: “Tidak aku menjamah sesuatu makanan itu melainkan sesudah hilang wap panasnya terlebih dahulu.” (Riwayat al-Baihaqi)

Itulah cara sunnah Nabi saw ketika baginda hendak makan. Baginda tidak pernah menjamah makanan ketika ia( masih) panas.

Tidak ramai diantara kita yg tahu bahawa menikmati makanan ketika suam atau disejukkan terlebih dahulu mengandungi penuh keberkatan dan diberkati disisi Allah swt.

Ini bukanlah beerti makanan yg panas tidak boleh dimakan tetapi bimbang boleh terjadi kecederaan seperti melecur lidah dll, selain itu memakan makanan yg masih panas meluap-luap itu kurang keberkataannya.

Dengan sedikit catatan ini mampu membantu kita semua memilih makan yg mempunyai keberkatan disisi Allah swt .

Wallahu’alam

-ustazah azimah-

Kelebihan berzakat..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukwah

Kali ini suka ustazah berkongsi tajuk “Kelebihan Berzakat”

1. Mendapat rahmat daripada Allah swt - dgn berzakat, harta dan rezeki kita  akan bertambah dan  bukannya berkurang.

2. Mengeratkan Kasih Sayang - orang yg kaya dan senang membantu orang yg miskin dan fakir. Si kaya turut merasai kepayahan dan kedhaifan yg dilalui oleh saudara seislam tersebut.

3. Mendapat ganjaran Syurga Firdausi - Allah swt telah menjanjikan balasan Syurga yg tertinggi sekali iaitu Jannatul Firdausi buat semua pembayar zakat.

4. Membersihkan Hati dan Harta Daripada perkara yg merosakkan - Zakat mengajar dan mendidik kita agar bersikap pemurah, saling bantu membantu dan memberi pertolongan kepada org yg berhak mendapatkannya. Justeru itu terhindarlah sikap tamak, bakhil dan sombong yg berada di hati2 kita Na’uzubillah…

Akhir kata zakat itu hukumnya wajib

“ZAKAT MEMBAWA BERKAT”

-ustazah azimah-

Zakat Wang..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahteraimagesduit2

Alhamdulillah walaupun dalam kesibukan di minggu ini dengan latihan sukan dan tugasan mengajar harian namun ustazah hari ini tekad utk menuliskan sesuatu kat blog ustazah ni sbg wardah ilmuan utk minggu ini.

Pada malam semalam lebih kurang jam 8.55pm ustazah mendapat panggilan daripada seorang rakan setugas bertanya tentang nisab zakat wang simpanan dan bagaimana  nk tahu cara pengiraannya.

Justeru itu ustazah cuba mencari maklumat dan di sini ingin berkongsi dgn semua pembaca dan pengunjung blog ini.

Adapun nisab zakat itu berubah dari masa ke semasa. Untuk menentukan kadar kiraan emas ianya diqiaskan kepada emas. Nisab emas pula ialah 85gram didarabkan dengan harga semasa.

Mengikut catatan di portal Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak nisbah semasa ialah RM11.886.12. Oleh itu sekiranya wang simpanan kita mencukupi atau melebihi dari nisbah seperti yg disebutkan maka wajiblah membayar zakat, tetapi sebaliknya kurang dari itu maka tidak wajiblah mengeluarkan zakat.

Cukup haul ialah satu lagi syarat wajib zakat wang simpanan: iaitu cukup tahun, ini bermakna sepanjang setahun atau 12 bulan, wang simpanan itu tidaklah kurang daripada kadar nisab tersebut. Untuk memudahkan kiraan bolehlah rujuk kepada buku akaun simpanan atau penyata bank sebagai rujukan. Apakah kadar baki simpanan itu sentiasa “mantain/tetap” sepanjang tahun dgn kadar nisabnya maka thn hadapan wajiblah dikeluarkan zakatnya. Untuk memudahkan lagi lihat baki di awal tahun dan akhir tahun sahaja.

Sedikit contoh pengiraan zakat wang simpanan:

Seperti emas zakat wang simpanan juga 2.5% sahaja.

1. Simpanan Maybank        :RM 8.000.00

2. Simpanan Ambank         :RM 6.000.00

3. Simpanan Affinbank      :RM 12.000.00

Jumlah                                     :RM 26.000.00

RM 26.000.00 x 2.5%      :RM650.00 shj

Ingatlah Zakat membawa Berkat!

-ustazah azimah-

Perubahan atau berubah…

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

SUka hari ini ustazah nak ajak semua pembaca merenung dua perkataan yg hampir sama makna atau mempunyai makna yg sama iaitu

” PERUBAHAN atau BERUBAH “…. pada ustazah jika kita hendak melakukan perubahan dalam hidup kita maka perlulah kita berubah.

Firman Allah swt yg bermaksud ” Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga sesuatu kaum itu sendiri yg mengubahnya “

Jadi fahamlah kita semua bahawa untuk berjaya kita perlu melakukan perubahan dan hidup kita. Ubah gaya hidup kita juga amalan2 kita seharian.

Contoh diri ustazah sendiri jika tahun2 lepas ustazah ke sekolah bertolak dari rumah paling awal 7.10pg. Tetapi pd tahun ni seawal 6.50pg ustazah dan anak2 sudah sedia dlm kereta dn bertolak ke sekolah kerana anak sulung ustazah menghadiri kelas “PUPUK UPSR” seawal 7.10. Jadi utk kejayaan anak sulung ustazah kami sekeluarga juga turut serta berubah dan membuat perubahan dalam tugasan harian kami.

Mungkin anda semua juga begitu agaknya…

Semoga langkah perubahan dan berubah ke arah kebaikan ini akan diberkati serta mendapat rahmat dari Allah swt hendaknya.

Sampai jumpa lagi

-ustazah azimah-