Blog Ustazah Azimah

Buat Yang Disuruh, Tinggal Yang DiLarang..

Archive for the ‘akhlak’


Marhaban Ya Ramadhan..

Assalamualaikum wbtramadan21

Dikesempatan ini ustazah ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan yg penuh dengan keberkataan dan kemuliaan iaitu bulan RAMADHAN..

Di bulan ramadahan ini ustazah menyeru kepada diri ustazah dan juga pelawat2 dan pengunjung2 blog ni yg dirahmati Allah swt agar dapat memanfaatkan kesempatan dan masa yg ada dibulan ini utk melakukan dan mengerjakan ibadah2  samada yg wajib dan ibadah sunat. Dengan tujuan semata-mata mengharap keampunan dan keredhoan Allah swt.

Banyak ibadah yg umum dan khusus yg boleh kita lakukan ketika berpuasa dibulan Ramadhan ini seperti:

1. Banyakkan bersedakah

2. memberi makan orang yg berpuasa utk berbuka sprt moreh atau hantar kuih ke rumah jiran2  yg berhampiran

3. bertadarus

4.mengaji quran setiapkali lepas solat

5. membaca buku2 islamik/majlah islamik sepertiANIS, SOLUSI dll

6. berzikir

7.berselawat - boleh dilakukan ketika duduk2 ketika memasak menyediakan berbuka atau sahur

8. berdoa - mohonlah apa jua yg dihajati kerana doa org yg berpuasa itu mustajab

9.bertarawih berjemaah di masjid/surau  atau berseorangan dirumah

Sehingga berjumpa lagi ” ANDA BUAT ANDA DAPAT”

WASSALAM..

-ustazah azimah-

Doa elak rasa malas,takut,elak hutang..

Assalamua’laikum wbt dan Salam Sejahtera

Hari ini suka ustazah nak kongsikan dengan semua pembaca yg dirahmati Allah sebuah doa yg sesuai diamalkan selepas solat. Doa berikut ialah:

doa-elak-malas

Adab Menziarahi Kubur..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah..kubur

Bertemu lagi kita pada kali ini dengan izin dari Nya, tajuk yg hendak ustazah kongsikan kali ini ialah ” ADAB MENZIARAHI KUBUR”

Adab-adab menziarahi kubur ialah:

1. Berpakaian kemas, menutup aurat dan sesuai

2.  Memberi salam kepada ahli kubur dgn ucapan ” Assalamua’laikum ya ahlil kubur..”

3. Membaca ayat1 suci alquran (memadai alfatihah atau surah AlIkhlas)  atau bertahlil

4. tidak melangkah di atas kubur

5. tidak bermain-main atau berlari (khusus kpd anak2 kecil)

6. tidak berbual-bual kosong

7. menjaga persekitaran tanah perkuburan

sekian dahulu buat kali ini..

wassalam

-ustazah azimah-

terjemahan selawat Nariyah/Tafrijiyah..

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera..

Alhamdulilah syukur kita kehadrat Illahi dgn limpah kurniaNya dpt kita bersama2 lagi berkongsi ilmu. Hari ini suka ustazah nk kongsikan terjemahan selawat Nariyah/Tafrijiyah.

solawat_tafrijiyyah2

“Wahai Tuhan Kami, limpahkanlah rahmat dan nikmat yg sempurna dan kesejahteraan yg meluas ke atas penghulu kami Nabi Muhammad saw yg dengan berkatnya semoga akan terurailah segala simpulan, ikatan dan akan terhapuslah segala kesusahan serta tertunailah segala hajat, juga akan tercapailahsegala maksud dan kesudahan umur yg baik (mati dalam aman) , dan limpahan air hujan rahmat  dengan berkat peribadinya yang mulia. Dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya pada setiap kerdipan mata dan hembusan nafas, maka semoga Engkau limpahankan rahmat kesejahteraan dan keselamatan yang cukup sempurna”.

Di amalkan  kali setiap kali lepas solat fardhu atau pada bila2 masa kita lapang fadhilatnya ialah mustajab doa, meluaskan rezeki, dijauhkan bahaya dan menghilangkan segala dukacita..InsyaAllah dengan izin Allah jua.

-ustazah azimah-

Terjemahan Doa Khatam Quran..

Assalamualaikum wbt dan salam Sejahtera

Dengan Limpah kurnia dari Allah swt ustazah mampu lagi utk bersama2 berkongsi dengan tajuk  ” Terjemahan Doa Khatam Quran”

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

Segala puji bagi Allah Tuhan yg memelihara dan mentadbir sekelian alam. Pujian orang2 yg bersyukur dan kesudahan yg baik bagi orang yg bertaqwa. selawat dan salam ke atas Rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat2nya.

Ya Allah ya Tuhan kami, terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah yg Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui,. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah yg Maha menerima taubat lagi mengasihani, Tunjukilah kami dan bimbinglah kami kepada kebenaran jalan yg lurus dengan berkat Al-Quran. Ya Allah kasihilah kami dgn berkat AlQuran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, pertunjukdan rahmat untuk kami.

Ya Allah ingatkanlah kami apa yg telah kami lupa dari AlQuran, dan ajarkan kami apa yg tidak kami tahu tentang isi AlQuran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada tiap waktu siang dan malam, dan jadikanlah AlQuran itu sebagai hujah untuk kami. Wahai Tuhan pemeliharaan sekelian alam.

Ya Allah hiasilah diri kami dengan keindahan AlQuran, muliakanlah kami dgn kemuliaan AlQuran. dan serikanlah hidup kami dengan ketinggian martabat AlQuran. dan pakaikanlah kami pakaian permata AlQuran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat AlQuran. Selamatkan kami dari segala bencana dunia dan azab hari akhiratdgn berkat kehormatan AlQuran.

Ya Allah jadikanlah AlQuran semasa hidup kami didunia sebagai rakan, dan di dalam kubur sebagai kawan yg mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghalang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah AlQuran utk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaanMu jua ya Allah, Tuhan yg Maha Pemurah.

-ustazah azimah-

Terjemahan Doa Selepas Baca Ma’thurat..

Assalamualaikum wbt.. Salam perpaduan

Alhamdulilah dgn limpah kurnia dari_Nya, ustazah mampu meluangkan masa untuk mengemaskini tulisan ustzah pada hari ini.

Suka ustazah nk kongsikan hari ini “Terjemahan Doa Selepas Baca Al-Ma’thurat”

Bismillah hirrahmanir rahim..

Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (nama)Mu, hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat)Mu, serta badan yg ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)Mu.

Ya Allah, kurniakanlah kami iman yg sempurna,hati yg khusyuk, ilmu yg berguna, keyakinan yg benar-benar mantap. YaAllah kurniakanlah kami (din) cara hidup yg jitu dan unggul, selamatkanlah kami dari segala bahaya dan petaka. Kami mohon Ya Allah kecukupan yg tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orglain.

Ya Allah Berikanlah kami iman yg sebenarnya sehingga kami tidak gentar atau mengharap oranglain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yg bersama-sama kami.

Ya Allah, Janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri walaupun  kadar sekelip mata atau kadar yg lebih mudah dan cepat wahai Tuhan yg memperkenankan doa (perkenankanlah)

selepas itu berselawatlah ke atas Nabi Muhammad saw

Doa ini boleh juga di baca ketika lepas solat fardhu

-ustazah azimah-

Carilah hatimu..

Assalamualaikum wbt..imageshati

Bertemu lagi kita kali ini dan suka ustazah nak berkongsi tajuk

CARILAH HATIMU”

Pesanan Imam Al-Ghazali ialah Carilah hatimu di tiga tempat :

1. Temui hatimu sewaktu bangun MEMBACA Al-Quran, tetapi jika tidak kau temui,

2. Carilah hatimu ketika MENGERJAKAN SOLAT, jika tidak kau temui juga ,

3. Carilah hatimu ketika kau sedang duduk BERTAFAKUR mengingati MATI. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah , pinta HATI yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai HATI.

Jadi sama-samalah kita memelihara HATI kita dari mati..

-ustazah azimah-