Blog Ustazah Azimah

Perkongsian Ilmu Berkaitan Hal Keagamaan

Archive for the ‘akhlak’


Cantiknya bertudung..

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Bertemu lagi ustzah dengan pembaca yg dirahmati Allah, Semoga kalian semua beroleh kesihatan, kebahgiaan dan kesejahteraan . Sudah lama ustazah tidak menulis disebabkan kekangan masa iaitu sedang sibuk menyediakan solan ujian pra pksr 1 di sekolah. Dan juga mengawasi anak2 untuk mengulangkaji pelajaran untuk tujuan tersebut. Alhamdulillah semuanya dh selesai.

Hari ini ustzah ingin kongsikan gambarajah wanita muslimah yang bertudung menurut syariah islam agama kita.

tudung-standard-islam

Haa.. inilah dia garis panduan yang perlu diikuti oleh kita semua wanita muslimah.

semoga bermanfaat buat semua.

sampai jumpa lagi

-ustazah azimah-

Pengertian Sunat,Makruh & Harus..

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya ustzah masih mampu dan masih berkesempatan untuk berkongsi sambungan “Dasar2 Hukum Syariat Islam”

4. HUKUM SUNAT:

Sesuatu yang diberi pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila meninggalkannya.

contohnya: solat sunat, puasa sunat, bersedekah dan sebagainya.

Di akhirat kelak semua manusia akan dihadapkan kemuka pengadilan Allah, setiap amalan wajib seperti solat, puasa akan dinilai kesempurnaannya. Jika kurang kesempurnaannya maka akan ditanya pula amalan sunatnya bagi menokok atau menampal amalan wajibnya.

5. HUKUM MAKRUH:

Sesuatu amalan yang diberi pahala apabila ditinggalkan dan tidak berdosa apabila meninggalkannya.

Amalan yang makruh adalah seperti memakan makanan yang berbau seperti bawang, petai, durian dan segala yang makanan yg menyebabkan mulut berbau.

6. HUKUM HARUS :

Sesuatu amalan yang tidak berpahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila ditinggalkannya.

seperti makan, minum, berhibur,bersiar2 dan sebagainya.

Wassalam

-ustazah azimah-

Selawat Tafrijiyah..jom kita baca

selawat_nariyah_3b1

Assalamualaikum WBT dan Salam Ukhwah

Bersempena dengan Maulidur Rasul ustazah kongsikan bersama bacaan selawat untuk kita semua. Marilah kita semua membacanya dan menjadikannya amalan seharian atau juga wirid sesudah solat. Banyak Khasiat dan fadilatnya.

Jom baca…

Sifat-sifat Mazmumah(tercela)..

Assalamualaikum WBT dan Salam Ukhwah

Bertemu lagi kita pada kali ini dan suka ustazah berkongsi tajuk “Sifat2 Mazmumah/ sifat2 yg tercela”

Sifat Mazmumah ialah sifat2 yg tidak baik dan tercela, juga sifat yg patut kita jauhi.

Menurut Imam Ghazali antara sifat2 Mazmumah ialah seperti berikut:

1. Gemar Makan dan Minum:

Hadis Nabi saw maksudnya ” Yang terlebih Afdhal(utama) pada Allah swt ialah orang yg banyak berlapar dan banyak tafakur (berfikir sambil meneliti) Dan yang terlebih benci kepada Allah ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum”.

2. Banyak berkata-kata(yg sia-sia):

telah menjadi lumrah manusia suka berkata2, berbual2 dan bersembang2 tetapi biarlah perkataan kita itu tidak sia2.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan2 mereka, melainkan bisikan2 daripada yang menyuruh (manusia) bersedekah, atau berbuat makruf, atau mendamaikan manusia”- Surah AnNisa :114

3.  Marah:

Sifat marah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang demikianselalunya  didorong oleh pengaruh Syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya.

4.  Hasad dengki, dan iri hat:

Sifat di atas lahir  daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya.

Hadis Nabi saw yang bermaksud: ” Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan (membakar) kayu.”

5. Kasih kepada harta:

Tiada salah memiliki harta dan kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil , tamak haloba dan juga membazir dibenci oleh Islam.

6. Takbur:

Banyak sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau sombong diri seperti  nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.

7. Riyak ;

Riyak pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.

8. Ujub;

Sifat ujub pula ialah berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujud beerti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi  kecantikan , kepandaian, kekayaan dan lain-lain.

9. Kasih akan Dunia:

Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupandan kesenangan  dunia akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Hakikat sebenar kehidupan dunia ini telah digambarkan oleh Allah SWT dalam firmaNya:

Maksudnya: Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak.

Kesimpulannya dari catatan ini semoga kita semua termasuk ustazah dapat menghindarkan diri kita dari mempunyai sifat2 mazmumah ini.

Wassalam

-ustazah azimah-

Sifat-sifat Mahmudah..

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahteraorg-berdoa

Syukur kehadrat Illahi dengan limpah kurniaNya dapat lagi ustazah menulis dan mencoret tinta buat tatapan semua pembaca dan dapat juga ustzah berkongsi ilmu di alam maya ini.

Kali ini suka ustazah berkongsi tajuk “Sifat-sifat Mahmudah(terpuji)”

Adapun sifat-sifat Mahmudah itu ada 10 sifat iaitu:-

1. Taubat - keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa2 yg telah dilakukan

2. Takut kepada Allah (taqwa)- Seseorang muslim itu apabila dia mengenali Zat Allah melalui sifat2Nya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah SWT

3. Mahabbah (kasih sayang)- Kasih akan Allah SWT itu dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh Rasullullah saw

4. Zuhud - mengambil dunia sekadar yang perlu

5. Sabar

6. Syukur -

7. Ikhlas dan benar

8. Tawakkal - sentiasa berserah diri kepada Allah SWT setelah berazam, seterusnya diikuti dgn usaha

9. Redha dgn Qadak dan Qadar

10. Mengingati Mati - Hadis Nabi saw bermaksud ” Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersiap sedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana”.

Semoga catatan ustazah kali ini dapat memandu diri kita semua (termasuk ustazah sekali le) untuk mengamalkan sifat2 yang terpuji ini, InsyaAllah.

-ustazah azimah-