About

Assalamualaikum..wbt

Dengan lafaz yg mulia “Bismillah hirrahmaanirrahim..” bersyukur ustazah , kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya maka terbinalah weblog ini untuk tatapan umum, dengan hasrat dan harapan agarnya ianya dapat memberi sedikit manfaat buat pembaca2 yang dirahmati Allah.

Disini ingin ustazah memperkenalkan diri ustazah, nama penuh Norazimah bt Ismail selesa dipanggil ustazah Azimah.

Berpendidikan sekolah rendah SK Rungkup, Bg Datoh, Perak dari tahun 1-6. Selapas itu melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah pondok (pada masa itu) di SM Irshadiah , Bt 26 Bg Datoh, Perak dari 1 i’dadi hingga ke 4Thanawi. Berbekalakan sijil Thanawiah Jaid jiddan terus melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Ipoh ( Institut Perguruan Ipoh)  sessi 94-96 Unit P (P7).

Sehingga kini berpengalaman mengajar matapelajaran Pendidikan Islam dan Jawi selama hampir 12tahun.

Sudah berumahtangga dengan jodoh yang ditentukan oleh Allah iaitu dengan En Amir Hakimi, dan mempunyai 3 cahayamata yang sedang membesar iaitu Awis Qarney , Arif Iddyn dan Akmal Hadi. Sangat meminati Ustazah Siti NorBahyah bt Mahmod dan menjadikan beliau sebagai idola sepanjang zaman.

Mula bertugas sebagai guru pada tarikh lantikan pertama 04.08.97  disebuah sekolah pendalaman iaitu
SK KOTA SETIA, TK INTAN . PERAK. Kemudian bertukar kerana mengikut suami dan semasa itu sedang sarat mengandungkan putera sulung kami pada 19.06.1999. Di sebuah sekolah bandar gred A pulak tu… sangat mencabar iaitu di SK JALAN PEGOH, TMN PENGKALAN JAYA, IPOH. Sehingga kini..

Akhir kata, semoga weblog yg terbina diatas ilham dr Allah ini akan memberi manfaat kepada pembaca dan pegunjung 2 yang dikasihi Allah. Sekiranye ada kemusykilan sila hubungi ustazah insyaAllah ustazah akan bantu. Dalam perkara2 yg berkaitan dgn keagamaan sahaja ye..

wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum wbt.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>