Sihat..penting ke?

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah

Bersyukur kita kehadrat illahi dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama menjalankan tugasan harian dan mengamalkan perintah Allah secara istiqomah..insya Allah

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
” Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu” (Hadis riwayat Bukhari)

dan

Rasullullah bersabda yang bermaksud:
” Mintalah kepada Allah KESIHATAN dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyaikinan (iman).” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Pembaca yang dirahmati Allah selalu,

Berdasarkan 2 dalil yang kita baca di atas ini Islam sangat mementingkan kesihatan. Jadi Pentinglah kesihatan tu kan…
Jika anda merasakan KESIHATAN itu tidak penting cubalah anda sakit dahulu..

Untuk bekerja kita perlu sihat..kalau tidak sihat kita kena ambil MC dan kita tidak mampu untuk pergi ke tempat kerja kita. Untuk beribadat juga kita perlu SIHAT kerana bila kita sakit ibadat kita pun kurang sempurna dari biasa dan apabila melakukannya dan agak terbatas. Hendak menuntut ilmu juga perlu SIHAT..betulkan..

Ternyata SIHAT itu sangat-sangatlah penting.

Jaga benda yang kita makan, cara kita ambil makanan dan diet dengan seimbang dan jangan lupa minum air kosong secukupnya..

Akhir kata

Sampai jumpa lagi..

-Ustazah Azimah-