Pengasuh

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah buat semua pelawat dan pembaca blog ustazah Azimah yang setia

Alhamdulillah bersyukur kita kerana dengan izinNya kita kita diberi kesihatan yang baik dan kelapangan urusan harian.

Lama sungguh ustazah tidak menulis..
Harini terasa lapang dan ustazah cuba menulis. Suka ustazah mengajak rakan2 pembaca mengimbau peristiwa yang telah heboh di Malaysia ketika ini tentang PENGASUH.. yang mana baby berusia 5bulan telah meninggal dunia akibat keganasan pengasuhnya.

Betapa sedihnya hati ibu dan ayah baby Adam dengan kejadian yang tidak pernah terduga oleh mereka. Semua ini takdir Allah yang telah tertulis sejak azali lagi. Kita kena redho. Walaupun lidah yang bertutur tidak semudah bahu yang memikul. Semua ahli keluarga pastinya bersedih dengan peristiwa ini.

Junjungan besar kita Nabi Muhammad saw pun ada pengasuhnya yang bernama UMMU AIMAN..

Mendapat pengasuh yang baik adalah REZEKIdan anugerah Allah kepada kita terutama bagi ibu-ibu yang berkerjaya seperti ustazah. Ustazah juga mempunyai pengalaman menghantar 3orang anak ustazah kepada pengasuh yang merupakan jiran 1 taman perumahan dengan ustazah. 3 orang anak 3 orang pengasuh. Alhamdulillah pengasuh ustazah baik-baik belaka. Mengasuh dan menyayangi anak-anak ustazah seperti anak mereka sendiri.

Ustazah juga selalu berdoa memohon kepada Allah agar semua pengasuh anak ustazah diberi kesihatan yang baik dan kemudahan urusan menjaga anak ustazah. Lebih terharu lagi pengasuh anak ustazah beritahu kepada ustazah bahawa anak-anak ustazah membawa rezeki kepada mereka..Alhamdulillah.

sampai jumpa lagi

YANG BENAR
-ustazah Azimah-

This entry was posted on July 12, 2018, in akhlak. Bookmark the permalink.