Hutang..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah

Didoakan semua pembaca dan pengunjung setia blog ustazah Azimah diberi kesihatan yang baik dan kemudahan urusan harian, aamiin..

HUTANG.. semua orang ustazah percaya mempunyai hutang samada sedikit atau banyak.
HUTANG membuatkan kita MALU di siang hari dan GELISAH di malam hari. Hukum membayar HUTANG adalah WAJIB.

Dalil bebas dari hutang:

Dari Tsauban , Rasulullah saw bersabda,
“Barang siapa yang ruhnya terpisah dari jasadnya dan dia terbebas dari tiga hal iaitu (1) sombong, (2) Khianat dan (3) Hutang, maka dia akan masuk syurga : (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Suka hari ini ustazah mengajak rakan-rakan pembaca mengambil tahu sedikit ilmu yang cuba ustazah kongsi di sini iaitu “TIP atau TEKNIK LANGSAI HUTANG SECARA DEBT-SNOW BALL” yang ustazah dapati dari majalah labur.com. Ustazah tuliskan di sini mengikut kefahaman ustazah ye..

“TEKNIK LANGSAI HUTANG – DEBT -SNOW BALL”

1. SENARAIKAN HUTANG ANDA:
Catatkan hutang yang paling sedikit atau yang paling rendah/kecil bayaran ansuran bulanannya. CTH:
(a) Kad kredit – RM100
(b) PTPTN – RM220
(c) Kereta – RM500
(d) Rumah – RM900
TOTAL BAYARAN HUTANG BULANAN YANG PERLU ANDA KELUARKAN/BAYAR IALAH SEBANYAK RM 1720.00.

2. TENTUKAN BAYARAN KHAS:
Tentukan jumlah bayaran khas untuk bayar hutang tidak melebihi 30% daripada gaji anda.

3. BAYARAN MINIMA:
Bayar semua hutang anda dengan bayaran minima yang telah ditetapkan oleh institusi kewangan tersebut. Tetapi lebihkan RM100 pada bayaran yang paling kecil sekali iaitu mengikut susuan A-D yang telah kita tetapkan pada permulaan tadi sebanyak RM1720.00 secara komited setiap bulan. Apabila kita menambah RM100 pada jadual A menjadikan jumlah hutang yang perlu kita bayar secara disiplin ialah RM1820.00 (komitmen terkini).

4. TERUSKAN MEMBAYAR AMAUN YANG SAMA:
kita hendaklah membayar amaun yang sama walaupun hutang yang paling sedikit sudah habis di bayar.

5. GUNAKAN BAYARAN PADA JADUAL A UNTUK DITAMBAH KE B:
Setelah hutang dijadual A selesai gunakan RM200 untuk membayar atau menambah bayaran untuk Hutang dijadual B. justeru itu hutang dijadual B akan menjadi RM420 sebulan. Begitulah yang perlu kita lakukan sehingga selesai kesemua hutang kita dari A hingga D. Fahamkan..

Secara teorinya apabila sampai ke hutang yang terakhir, jumlah bayaran tambahan yang dibayar akan bertambah banyak, serupa dengan sebutir bola salji yang bertambah besar saiznya sewaktu bergolek menuruni bukit. Inilah yang dinamakan sebagai Snow ball Effect..

Kaedah ini adalah diantara cadangan untuk membayar hutang secara sistematik sebagai pengguna berhemat. anda perlu merancang kewangan anda dengan teliti. Buatlah keputusan yang bijak.

Akhir Kata

sampai jumpa lagi

-USTAZAH AZIMAH-