MODAL..untuk jadi KAYA

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah bertemu lagi kita setelah sekian lama ustazah menyepi dek kerana kekangan waktu ustazah tidak berkesmpatan untuk menulis di blog ni. Baru2 ini blog ustazah ni kena “hack” @ godam.. ni dah ok semula Alhamdulillah..tu yang semangat nak menulis semula. Nak kongsi beberapa perkara.

Suka ustazah hari ini menulis tajuk MODAL UNTUK JADI KAYA.. Nak jadi orang kaya tentulah banyak modalnya kan.. nak buka perniagaan atau perusahaan. Kalau modal kita sedikit..boleh juga jd kaya tetapi mungkin agak lambat dan memakan masa, dan modal yang besar itu pun tk semua orang ADA kan??..tak semua orang MAMPU untuk adakannya. Melainkan dengan membuat pinjaman bank. Buat pinjaman bank pun tak semudah yang diharapkan dengan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan waktu ini. Banyak syarat yang perlu diteliti dan menyebabkan pinjaman kita akan diluluskan.

Tapi melalui pembacaan ustazah dalam sebuah buku katanya untuk jadi kaya itu senang sahaja..MODALnya hanyalah TAQWA. TAQWA…??
Apa makna taqwa..taqwa bermaksud buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang..senangkan.
ianya ada disebut dalam surah attolaaq ayat 2 dan 3. yang bermaksud ” Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keprluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu”
Itu janji Allah..wajib kita percaya dengan sepenuh hati kita ye..pembaca yg dikasihi Allah sekelian.

BUAT APA YANG ALLAH SUKA..nanti
DENGAN MUDAH SAHAJA ALLAH BERI APA PULA YANG KITA SUKA..
FAHAMKAN..

Selamat beramal..anda buat anda dapat

Sampai jumpa lagi..
-USTAZAH AZIMAH-

This entry was posted on September 5, 2017, in akhlak. Bookmark the permalink.