Assalamualaikum wbt
Salam Ukhwah Salam 1 Malaysia
Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dapat ustazah menulis lagi buat tatapan dan bacaan pelawat2 setia blog ustazah azimah ini.
Suka Ustazah dengan tajuk kali ini.. SOLAT AWAL WAKTU..
Sebab apabila kita solat di awal waktu banyak sangat keistimewaan dan kelebihannya.
Sesetengah ulama berkata bahawa sesiapa yang menjaga solatnya maka Allah akan mengurniakan lima keistimewaan:
1. Akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya
2. Akan dihindarkan daripada azab kubur
3. Akan mendapat buku catatan amalnya melalui tangan kanan
4. Akan melintas Titian Sirat sepantas kilat
5. Akan memasuki syurga tanpa hisab
Allah..Allah..Allah sayangnya Allah pada kita..
Allah juga berjanji untuk memberi balasan yang baik kepada orang yang bersolat
Akhir kata
Solatlah sebelum kita di solatkan..
-Ustazah Azimah-