Meroyan

Assalamualaikum wbt .. Salam Ukhwah ..Salam 1 Malayisa

Alhamdulillah.masih kita diberi kesempatan bersua di alam maya.

Semoga pembaca dan pengunjung pelawat setia blog ustazah azimah senitasa dalam peliharaan Allah swt selalu.

Sejak tersiar dan viralnya kisah ibu yg mengelar leher anaknya berusia 2bulan ustazah  terpanggil utk berkongsi amalan  ketika haid dan nifas.

Kisah wanita itu atau gejala yang sebegitu dipanggil  “MEROYAN”

Meroyan atau rayan (juga dikenali dikalangan ahli perubatan sebagai Postpartum depression – PPD) merupakan satu bentuk kemurungan klinikal (clinical depression) yang menjejaskan wanita, dan kadang kala lelaki, selepas melahirkan anak.

Kajian menunjukkan kadar berlaku dikalangan wanita antara 5% hingga 25%, tetapi perbezaan metodologi antara kajian menjadikan kadar berlaku sebenar tidak jelas. 

Terdengar bisikan meminta si wanita ini melakukan sesuatu.

Biasanya perkara2 yang boleh membahayakan bayi dan ibu itu sendiri,  bisikan itu ialah bisikan syaitan, kerana wanita yg melahirkan bayi ini mudah murung.

Wanita dan “darah” mmg tidak boleh dipisahkan samada haid atau nifas. Pada saat kita didatangi darah itu kita dalam keadaan KOTOR atau UZUR..jd syaitan jin dsb mmg suka utk mengganggu kita.

Pada saat ini wanita tidak boleh membaca atau mbuka alquran.  Membaca quran atau ayat2 suci yg dh dihafal BOLEH. SELAWAT ke atas junjungan Nabi saw pun juga boleh.

Ramai wanita diluar sana mengakui mereka pernah mendengar bisikan2 yg meminta mereka melakukan perbuatan2 yg tdk masuk akal.
Untuk mengelakkan itu berlaku harini ustazah kongsikan pd rakan2 satu zikir yg selalu ustazah  amalkan ketika haid dan nifas.
Zikir ni diberi oleh ustazah  Hjh Hamudah bt Ghazali@mak uteh semasa mengaji pondok dulu. ” alhamdulillahi ‘alaa kulli hal”
Saya berharap semoga kita semua sama2 mengamalkannya..ustazah   dah amal sejak remaja lagi.. Alhamdulillah terhindar dari gangguan

-USTAZAH AZIMAH-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>