7 Strategi MelunasiHutang..

Assalamualaikum wbt

Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia..

Syukur ke hadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan rahmat kasih sayangNya ustazah mampu menulis di blog ini sebagai atatapan dan juadah ilmu buat semua pembaca dan pelawat setia blog ustazah ni..

Hari ni ustazah ingin membawa tajuk HUTANG..

Mari kita sama2 membaca dan memahami hadis di bawah:

RUH SEORANG MUKMIN TERKATUNG-KATUNG (TERTAHAN) PADA HUTANGNYA HINGGA DILUNASI

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anuma, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda :

نَفْسُ الْـمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّىٰ يُقْضَى عَنْهُ

Jiwa seorang mukmin itu terkatung-katung dengan sebab utangnya sampai hutang dilunasi.

Jadi hari ini ustazah kongsikan Strategi  Melunasi hutang yang ustazah temui melalui artikel di blog mohdzulkifli Shafie.

Strategi Melunasi Hutang :

1. Jangan buat hutang lagi (hutang baru)

2. Langsaikan hutang yang interestnya paling tinggi

3. Buka dana “full settlement” hutang

4. Gunakan duit “durian runtuh” seperti bonus untuk melangsaikan hutang

5. Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam dana “full settlement” hutang

6. Bila sudah selesai satu hutang, simpanan ansuran bulanan seterusnya masukkan atau simpankan ke dalam dana “full settlement” tadi

7. Bayar hutang secara automatik atau istiqamah (konsisten)

Selamat Mencuba

_ USTAZAH AZIMAH_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>