Tahu kan..?

Assalamualaikum wbt

Salam Ukhwah buat semua pembaca dan pelawat blog ustazah semoga Allah merahmati kita semua..

Tulisan kali ini saja ustazah nak merangsang minda pembaca semua dengan tajuk “tahu kan”..

Pembaca semua tentu ..TAHU kan..

1. Menutup aurat tu wajib

2. Aurat wanita islam  itu seluruh tubuhnya kecuali muka dan telapak tangan

3. Semua wanita Islam tak boleh pakai t-shirt yg lengannya pendek

4. Wanita Islam juga tidak boleh pakai pakaian yang menjolok mata

5. Wanita Islam yg bersuami pula mesti keluar dengan keizinan suaminya

6. Wanita islam yg bersuami kena taat pada suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan kemungkaran dan kemaksiatan

Tapi semua perkara yang ustazah tulis ni semua TAHU kan..tapi….mengapa masih ramai lagi wanita islam yang melakukannya..seolah-olah TIDAK TAHU..pelik kan..

Semoga semua pembaca blog ustazah terutama yang WANITA pasti TAHU apa yang boleh dan apa yanag tidak boleh (HARAM) dilakukan olehnya dalam menjalani kehidupan seharian..

Semoga jumpa lagi,

-USTAZAH AZIMAH-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>