Marah

Assalamualaiku wbt

Salam Ukhwahdan Salam Jumaat,

buat semua pembaca blog ustazah yg dirahmati Allah selalu hendaknya

Terjemahan Hadis:

Dari Abu Hurairah Sesungguhnya seseorang bertanya kepada Nabi saw nasihatilah saya. Beliau bersabda

“jangan kamu marah” .  Dia menanyakan hal itu berkali-kali . Maka beliau bersabda lagi ” jangan kamu marah”

(Riwayat Bukhari)

Sengaja ustazah bawakan 1 hadis untuk bacaan dan renungan kkita bersama hari ini.

Semua orang marah..sebab kita ada perasaan…kan. Tapi marah kita ni kena kontrol..kena uruskan marah dengan betul.

Kita tidak mahu..bila kita marah kita akan mengeluarkan kata2 yang tidak baik, yang tidak sedap untuk didengar, kata2 yang kesat, kata2 yang kasar, kata2 yang lucah mencarut2..eeii nauzubillah min zalik. Mohon la kpd semua pembaca ustazah yang disayangi elakkanlah kita bersikap sedemikian ye..

Betul lah kata sesetengah orang, kalau kita nak tau orang tu macamane ….kita tengok sikap dia bila dia marah tengok tutur kata dia bila dia marah.

Ustazah dah jumpa dah..macam2 jenis orang. Nampak manis lembut..tp bila dia dah marah..aduhai macam2 perkataan yang tak sepatutnya yang keluar. Nauzubillah min zalik..

Akhir kata..jaga tutur kata , uruskan marah dengan betul.

-USTAZAH AZIMAH-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>