Assalamualaikum wbt Salam Ukhwah buat semua pembaca dan pengunjung blog ustazah ni..
Sedar tak sedar dah nak habis dah bulan Disember dan juga tahun 2016.
Tentu banyak perkara dah berlaku kan? Ok baiklah ..
Pembaca yang dirahmati Allah sekelian..ustazah dan rakan2 sekerja bercadang untuk bermain kutu pada tahun hadapan 2017 bermula dari bulan Januari hingga Disember.
Apa yang perlu kita ambil berat bila kita nak main kutu ni. Bolehlah kita ikut langkah2 yang berikut:
1. Memilih ketua atau panggilan manjanya “mak kutu”..seorg yang jujur, amanah dan boleh dipercayai dikalangan rakan2
2. Berbincang sesama ahli2 rakan memilih secara sukarela untuk memilih menerima duit kutu pada bulan yang mereka kehendaki mengikut keperluan. (biasanya main kutu ni untuk bayar insuran dan roadtax kereta dan jika ada lebih boleh la kita gi cuti2 Malaysia kan
3. Menetapkan jumlah wang yang akan dikeluarkan setiap bulan
4. Menetapkan tarikh kutipan kutu
5. Mengumumkan tarikh pemberian wang kutu
6. Jangan guna sistem undi kerana ianya tidak mengikut tarikh keperluan pemain2 kutu
Akhir kata ..selamat main kutu
-USTAZAH AZIMAH-