Baru..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah

Syukur kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat bertemu lagi ..dan ustazah pun dapat menulis lagi.

Rindu sangat nak menulis buat pembaca2 yg di kasihi sekelian.

Tapi pada tahun baru 2015 ini semuanya baru bagi ustazah,  memulakan tugas baru di tempat kerja yang baru..berulang dari rumah ke tempat kerja yg baru memandu kereta selama 35-45minit bergantung kepada keadaan kesesakan jalan raya setiap pagi. Perjalanan spanjang 25.6km sehala pada permulaannya terasa amat jauh dan sukar sekali, mungkin kerana sudah terbiasa dengan tempat kerja yg lama dari rumah ke tempat kerja cuma 5-10minit shj iaitu sebanyak 2.5km shj.

Bukan mudah utk kita menerima sesuatu yang baru dalam hidup kita apatah lagi keselesaan yg selama ini kita miliki bukan mjadi hak kita lagi. Nak mengeluh? buat apa?…semuanya akan menambah rasa tidak selesa dan menambah tekanan pada diri kita sendiri.

Jadi…Ustazah pertama sekali mengucapkan syukur Alhamdulillah di atas kenaikan pangkat yg diterima, walaupun jauh tapi redho dan percaya bahawa itu semuanya perancangan Maha Pencipta, Dia Maha tahu kenapa dan mengapa ustazah diletakkan penempatan kerja baru jauh dari rumah.

Setiap pagi ustazah keluar dan memandu kereta bertemankan satu tasbih digital ditangan dan lidah/hati mula menyebut2 nama Allah Azza Wajalla..sampai sahaja ke sekolah yg baru catatan ditasbih digital itu sudah pun tercatat 700-900 dan adakalanya mencecah ke 1000,  zikir2 yg dialunkan. Kalau sekolah dekat dulu tk sempat nk berzikir dah sampai. Cantiknya perancangan Allah. Dia nak ustazah sentiasa mengingatinya dan mendekatkan diri kepadaNya.

Redho..sangka baik..hebatnya perancangan dan aturan Allah itu..Allah sentiasa nak kita dekat kepadaNya dan sememangnya Allah itu sentiasa dekat dengan kita..

Terima Kasih Allah..atas semua kurniaan Mu..

-ustazah azimah-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>