Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah
Syukur Alhamdulillah kerana ustazah masih diberi kesempatan untuk menulis lagi. Kali ini Ustazah suka untuk mengajak diri ustazah sendiri dan rakan2 yg dirahmati Allah untuk sama-sama menunaikan solat hajat.
Rakan2 pembaca yg dirahmati Allah dan Yg sebaik2 kejadian..
Tentu saje kita ni mempunyai banyak hajat dan banyak keinginan. Itu tidak menjadi masalah…impikanlah apa jua pun dan yg paling penting mohonlah kepada Allah swt yg Maha Esa, Maha Mendengar, Maha Menunaikan segala hajat.
Di sini ustazah kongsikan salah satu cara solat hajat (ada banyak cara).
1. Niat – Sahaja aku solat sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Taala
2. Rakaat Pertama- baca surah fatihah, ayatul kursi dan surah al-kafirun 7x
3. Rakaat Kedua – baca surah fatihah, 2 ayat terakhir surah al-baqarah (amanarrasul…) dan surah al-ikhlas 7x
4. Selepas salam berdoa dgn hajat yg dikehendaki..minta banyak2 dgn Allah tkpe.
Solat Hajat boleh dilakukan pada bila2 masa pun..
Apakata rakan2 cuba amalkan setiapkali lepas solat fardhu..hebat amalan ini.
SELAMAT BERAMAL….
-USTAZAH AZIMAH-