Kisah Taubat..

Assalamualaikum wbt

Salam Ukhwah buat semua pembaca setia, semoga kita semua dirahmati Allah dan diberi kemudahan urusan seharian pada hari ini dan hari berikutnya InsyaAllah amin.

HAri ini suka ustazah ingin menuliskan satu cerita tentang kisah “taubat” seorang hamba Allah.

Ada seorang pemuda  yg telah melakukan kesalahan membunuh orang, dia bertemu orang alim dan bertanya ” saya telah melakukan dosa besar, saya dh bunuh orang, saya ingin bertaubat. Adakah Allah akan mengampunkan dosa saya wahai orang alim?” katanya. Orang alim menjawab ” besar dosa kamu tu Allah tkkan ampunkan” lalu dengan rasa kecewa pemuda itu tadi membunuh orang alim tersebut.

Pemuda itu telah membunuh seramai 99orang rentetan dari kisah yg sama. Dia ingin bertaubat, tetapi semua orang alim yg ditemuinya mengatakan Allah tidak akan mengampunkan dosanya. Pemuda itu sangat kecewa. Lalu dia berfikir alang2 Allah tk ampunkan dosa aku , aku bunuh saje lah orang alim ini bagi mencukupkan jumlah orang yg dia telah bunh seramai 100 orang.

Pemuda itu bertemu dgn orang alim yg ke 101 dan bertanya soalan yg sama. Tetapi berbeza jawapan orang alim kali ini. Kata alim itu ” bertaubatlah..kerana Allah sentiasa mengampunkan dosa kamu walau sebesar dan setiunggi gunung sekalipun”. Maka bertaubatlah pemuda itu akhirnya..

Kesimpulanny:

1. orang yg melakukan dosa hendaklad ia bertaubat, menyesali perbuatannya dan berazam tidak akan mengulangi perbuat jahat/maksiat  itu lagi.

2. Kita hendaklah sentiasa memberi sokongan kepada sesiapa yg ingin bertaubat

3. Janganlah kita menghukum sesama manusia kerana hukuman yg paling adil adalah hukuman dan perhitungan Allah swt

Sampai jumpa lagi, semoga tulisan ini menjadi asbab hidayah dan kebaikan.

-USTAZAH AZIMAH-

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>