Pengorbanan Wali..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..

Kita baru sahaja menyambut Hari Raya AidilAdha atau dikenali juga Hari Raya Korban.

Jadi sukalah  pada kali ini ustazah nak berkongsi cerita dengan pelawat dan pembaca blog ini kisah pengorbanan seorang Wali Allah yg bernama Uwais Al-Qarni.

Uwais Al-Qarni mempunyai seorang ibu yg tua dan lumpuh. Pada satu hari ibunya telah menyatakan hasratnya untuk menunaikan fadhu haji di Mekah. Oleh kerana Uwais dan ibunya itu orang miskin jadi mereka tidak berkemampuan untuk melakukan ibadah tersebut. Tetapi ibunya tetap berkeras untuk melakukannya juga. Ol;eh kerana Uwais anak yg soleh dia memikirkan jalan bagaimana dia dapat menyempurnakan atau menunaikan hajt hati ibunya yang tersayang itu.

Pembaca yang dirahmati Allah sekalian…

Rasa2nya apalah yg Uwais lakukan ye. Uwais telah membeli seekor anak lembu. Tiap2 hari didukung digendongnya anak lembu itu menaiki bukit dan kemudiannya dia menuruni bukit itu semula. Itulah yang dilakukannya selama beberapa bulan sehinggaklan orang di kampungnya mengejek-ngejeknya dengan mengatakan Uwais sudah gila.¬† Lalu bertanyal;ah si ibunya yang juga kehairanan dengan tingksah laku anaknya itu. Ibunya bertanya “Uwais anakku mengapakah kau mendukung anak lembu itu mendaki bukit dan kemudian turun semula?. Bukankah tindakan mu itu seperti orang gila sahaja” lalu Uwais menjawab ” wahai ibuku yang ku kasihi, perkara itu sengaja aku lakukan sebagai latihan untuk aku mendukungmu dan aku nak bawa ibu mengerjakan ibadah haji nanti..”

Subhanallah…hebatnya pengorbanan Uwais Al-Qarni terhadap ibu ny yang sangat disayanginya itu. Semoga kita semua juga beroleh anak2 yg soleh sama seperti Uwais Al-Qarni itu aamiin…

Kejayaan, Kebahagiaan, Kesenangan, Kegembiraan semuanya menuntut pegorbanan

Sama-samalah kita berkorban mengekalkan kita dalam melakukan amal kebajikan dan berkorbanlan juga kita menjauhi segala larangan2 Allah insyaAllah..

Sampai jumpa lagi

-USTAZAH AZIMAH-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>