Assalamualaikum wbt.. dan salam ukhwah Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, bersyukur kerana ustazah diberi kesempatan dan waktu untuk menulis lagi dan lagi. Kali ini suka ustazah nak berkongsi pengalaman ustazah sendiri tentang sedekah. Yang mana sedekah itu pada ustazah..SEDEKAH itu AJAIB, SEDEKAH itu UBAT.. SEDEKAH itu sangat HEBAT impaknya..pada yang mengamalkannya.
Pada satu malam anak ustazah yang ketiga jatuh di lantai ketika bermain dengan abang sulungnya. Habis berdarah mulut dan lidah sbb luka, gigi pun dh banyak kan. langsung tk boleh menyusu. Jadi semalaman la dia merengek nk minum susu tak dapat, akhirnya tidur pun dalam keadaan lapar.
Kesian betul tengok dia. Sampai pagi anak ustazah tknk minum susu sbb bila masukkan botol susu ke dalam mulutnya pasti dia menjerti mulutnya sakit. asyik minum air masak je, takut pulak ustazah kembong perutnya.
Sehinggalah keesokkan hari, datanglah seorang pemuda minta sedekah jadi ustazah pun suruh suami ustazah beri orang tu duit, ala..bukan banyak pun RM10 je. Sebaik sahaja lelaki itu melangkah keluar dari pagar rumah ustazah, anak ustazah pun menanggis sekali lagi ustazah tau dia dahaga dan lapar.. ustazah cuba buatkan susu dan bagi dia minum..
Ya Allah, alhamdulillah terus dia boleh menyusu. Hebatnya sedekah..sedekah itu UBAT..maksudnya anak ustazah dh tk rasa sakit tu yang dia dh boleh menyusu.
Oleh itu berazamlah kita supaya tangan kita ini sentiasa menjadi tangan yang di atas.
kalau sakit kita bersedekah la…insyaAllah Allah akan menyembuhkan.
Akhirul kalam..
tidak akan miskin orang yang bersedekah.
selamat beramal
-ustazah azimah-