Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah Segala pujian selayaknya utk Allah , Tuhan sekalian alam.
Yang mengizinkan ustazah utk menulis lagi kali ini dgn tajuk “SAHAM AKHIRAT” Pembaca yang dirahmati Allah..
Ramai orang yg suka main saham, beli saham dengan harapan nak hidup mewah nak hidup senang..pada masa akan datang. Sedangkan pengertian masa akan datang atau masa depan itu sendiri kita semacam tidak pasti. Ustazah mmg tk pandai main saham beli saham pun tk pernah melainkan AMANAH SAHAM MALAYSIA BERHAD shj iaitu ASB. Itu pun dulu..sekarang tidak lagi.
Tapi kali ini ustazah nak ajak pembaca semua bersama2 ustazah utk membeli “SAHAM AKHIRAT”..bagi membantu kita di kehidupan yg jauh nanti..
Ada banyak cabang/jenis saham akhirat…antaranya seperti berikut:
1. membeli al-quran dan disedekah/diwakafkan – selagi orang membaca quran tersebut selagi itulah pahalanya ada buat kita
2. membeli kerusi roda utk hospital atau klinik agar dpt digunakan oleh org ramai
3. meletakkan watercooler utk kemudahan orangramai minum..
4. membeli kipas dan diletakkan di surau, masjid, dewan orgramai dll
5. turut serta dalam pembinaan masjid
6. menderma/memberi sumbangan/sedekah/wakaf wang tunai kpd pihak2 yg memerlukan seperti anak yatim , fakir miskin, ibu tunggal, org tua yg daif lemah, pelajar tahfiz , pelajar sek agama kerana mereka ini adalah golongan jihad fi sabilillah..
Ingatlah tidak akan MISKIN orang yg suka berSEDEKAH.. SEDEKAH itu kan AJAIB… hanya org yg pernah melaluinya akan tau betapa besarnya KEAJAIBAN ..kuasa SEDEKAH itu
Oleh itu ustazah sekarang ini sedang mengumpulkan dana bagi membantu murid2 di Maahad untuk memperbaiki kemudahan infrastuktur asrama pelajar2 di sana.
seperti membaiki kolah mandi, membeli rak menyimpan quran, membeli watercooler yg baru bagi memudahkan pelajar mendapat air minuman yg bersih dsb.
Sekiranya pembaca berminat untuk turut serta menyalurkan sumbangan ke akaun ustazah sebagai wakilnya pihak PIBG Maahad tersebut iaitu AKAUN BANK ISLAM BERHAD 0801 -3023 -476848 atas nama Norazimah bt Ismail semoga segala kebaikan yg kita lakukan akan dibalas oleh Allah swt seperti janji-janjiNya..insyaAllah amin
Selamat Beramal, Anda buat anda dapat..
-ustazah azimah-