Assalamualaikum wbt..
Salam ukhwah semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan peliharaan Allah swt selalu hendaknya..amin
Dikesempatan ini ustazah ingin berkongsi tajuk AS-SOBUUR Allah iaitulah salah satu dari Asmaul Husna (nama-nama Allah yg baik). Tajuk dalam buku teks Pendidikan Islam , bidang aqidah sukatan pelajaran tahun 5.
ASSOBUUR bermaksud ALLAH MAHA SABAR, ini bermaksud ALLAH itu TIDAK TERBURU_BURUatau TERGESA-GESA.
Ciri-ciri Allah itu Assobuur pula ialah…
1. Allah tidak membalas perbuatan manusia yang derhaka kepadaNya dengan segera, dan menangguhkan sehingga HARI KIAMAT/AKHIRAT
2. Allah swt juga memberi peluang dan kesempatan untuk hambaNya yg menderhaka serta berdosa itu masa untuk bertaubat
3. Allah swt juga mengampunkan semua dosa dan kesalahan hamaba-Nya yang bertaubat
4. Allah memberi rezeki dan nikmat kepada semua hambaNya, walaupun yang menderhaka kepadaNya
Allahu Akbar sayangnya Allah pada kita semua ye..
Jadi marilah kita sentiasa melakukan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
Bersegeralah memohon ampun dan maaf serta bertaubat sekiranya kita melakukan dosa terhadap Allah. Allah pasti ampunkan kita..
Jika dalam kehidupan seharian kita.. kita tak mampu nk buat banyak PAHALA jadi elakkan kita dari melakukan maksiat dan DOSA.
Akhir kata, Selamat beramal..
-USTAZAH AZIMAH-