Zikir menghapus dosa

Assalamualaikum wbt..tasbih

Alhamdulillah..sesungguhnya puji-pujian itu hanyalah untuk Allah Tuhan Sekalian alam..
yg telah mengizinkan dan melapangkan masa bagi ustazah menulis dan mencoretkan sesuatu dilaman blog ini. Walaupun sekian lama ustazah tidak menulis tetapi ustazah tidak pernah lupa utk mendoakan kesejahteraan dan kebaikan buat semua pelawat2 ustazah yg selalu ke mari utk membaca. Mungkin juga ternanti-nantikan post ustazah yg terbaru.

Terima kasih juga buat suami yg telah meng-up gradekan blog ustazah ini. Terima kasih Allah kerana menganugerahkan suami yg sentiasa membantu dan seterusnya memahami kehendak dan keperluan ustzah.

Jadi pada kali ini ustazah ingin berkongsi Hadis Nabi saw tentang zikir yg boleh menghapuskan DOSA..

Sabda Rasulullah saw :
Barangsiapa yang membaca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33 dan Allahu Akbar 33 dan menambah satu lagi Allahu Akbar , Laa ilaha illa wahdahu la syarikalah, lahulmulku walahulhamdu yuhyi wayumit.. Allah akan menghapuskan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

Oleh itu selepas solat janganlah kita tergesa-gesa atau cepat2 bangun dari sejadah tanpa mengamalkan zikir ini.

ANDA BUAT ANDA DAPAT!
SELAMAT BERAMAL..
-ustazah azimah-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>